Rabu, 18 September 2019

PENDATANG DAN NEGARA BANGSA





PENDATANG DAN NEGARA BANGSA

Pada satu ketika dahulu – dalam era   Kerajaan Melayu Melaka  Tanah Melayu  berbentuk homogenus dalam alam Melayu. Sila rujuk Hikayat Abdullah dimana kita  diberitahu  apa itu  Melayu Kedah, Melayu  Kelantan atau Melayu Sigapura. Justeru bumi   tempat tinggal Bani Melayu ini dipanggil Tanah Melayu.  

Pada ketika itu  Tanah Melayu  sama saperti  negara Jepun atau Korea hari ini. Bani Jepun tinggal dibumi Jepun justeru negara itu  dipanggil  negara Jepun. Bani Melayu tinggal di bumi Melayu  justeru  negara dinamakan Tanah Melayu. 

Justeru Raja Raja Melayu bukan Raja Raja Malaysia. Justeru Keretapi Tanah Melayu bukan Kereta Api Malaysia. Justeru Askar Melayu bukan Askar Malaysia. Justeru adat istiadat Melayu bukan adat Istiadat Malaysia. Justeru Bahasa Melayu bukan Bahasa Malaysia. 

Kini  Tanah Melayu  telah berubah polity budaya dan polity politik.  Ini hasil dari sejarah penjajahan Inggeris.  Kita sekarang ini dalam zaman pasca penjajah. Memasuki zaman pasca moden. Apa yang sedang berlaku disekiling kita  semuanya adalah hasil dari zaman penjajahan. 

Semua ini adalah fakta perjalanan sejarah kita. Ianya wajib kita ketahui.

Kehadiran YANG LAIN- the other -  pendatang dari Tanah Besar China dan India telah mengubah Tanah Melayu dari sebuah negara homogenus untuk menjadi  negara majmuk. Negara majmuk bermakna  negara pelbagai  bangsa , budaya dan agama

Bagaimana pendatang lama masuk di wilayah kita? Bagaimana pendatang baru masuk ke wilayah kita?

Awas! Konsep pendatang lama dan pendatang baru ini  muncul baru-baru ini dari  mulut seorang India bernama Zakir Naik. Tanpa diminta tanpa dipelawa  Zakir Naik terus mengaku  dirinya  sebagai pendatang baru. Ini bertujuan untuk membezakan diriya dari Lim Kit Siang atau Dr. Ramasamy  yang ditakrif oleh Zakir Naik sebagai  pendatang lama.

Sebelum soalan bagaimana pendatag meloroh masuk dijawab  tuntas kita  wajib memahami beberapa konsep. Kita wajib memahami konsep negara bangsa. Memahami konsep nasion dan konsep bangsa.  

Satelah kita memahami ini maka dengan tersendiri dan mudah untuk kita memahami watak Zakir Naik dan watak Dong Zong yang kini wujud dalam Tanah Melayu. Saya menggunakan konsep Tanah  Melayu yang homogenus  untuk membezakan dari konsep Malaysia yang majmuk.

Malaysia yang majmuk adalah hakikat. Malaysia majmuk adalah realpolitik. Menafikan ini  sama saperti menafikan garam itu masin.

Malaysia yang homogenus hanya ilusi. Malaysia yang eksklusif untuk Bani Melayu tidak wujud. Malaysia  tanpa  Lim Kit Siang, tanpa Ramsamy dan tanpa Zakir Naik tidak wujud. Ini realpolitik.

Tanah Melayu ini saya gunakan agar kita dapat memahami secara  jelas dan tuntas tentang konsep bangsa dan nasion. Juga untuk memahami  kenapa  politik kita , kenapa budaya  kita, kenapa bahasa kita  - saperti yang kita hadapi hari ini.

Apabila saya menggunakan – kita – ini bermakna sesiapa sahaja yang menganggap diri mereka  Melayu.  Kenapa adanya Zakir Naik dan kenapa adanya  Dong Zong. Ini bermakna kita wajib memahami  susur galur dan salasilah sejarah  kita sendiri. Tanpa memahami dari mana asal usul kita maka  kita tidak tahu kenapa kita disini. Dan  tidak tahu dari sini kita hendak ke mana.

Apa yang  sedang saya garap ini  dan saya lakukan ini  sama saperti tindakan  Beijing yang tidak mahu  lagi dipanggil Peking. Menolak   pengunaan nama Canton untuk kembali  kepada  nama asal usul Kwangtung. Atau  Bani Singhalese menolak  nama Ceylon dan kembali ke nama asal Sri Langka. Atau nama Burma dipadamkan dan dimashorkan nama   Myamar.

Sayugia diberi tahu bahawa ketika saya membesar dan masuk ke sekolah  Sekolah Umum -  arwah  ayah saya seorang soldadu  bertugas diwilayah  yang jauh. Manakala arwah emak saya seorang guru  bertugas dikampong. Ayah dan emak saya   sering berutus  surat cinta  bertanya khabar. 

Antara adik beradik - sayalah  yang bertanggung jawab mengambil surat itu dari Abang Posman. Saya  melihat surat ayah saya dialamatkan kepada  emak saya :  Zaleha Binti Sidek - Sekolah Umum  Batu Serambai Ulu Klawang Jelebu Negeri Sembilan PTM.

Ada perkataan PTM diakhir alamat. Apa dia  PTM ini? Abjad ini  membawa makna Persekutuan Tanah Melayu.  Khalas.

PTM ialah  negara  tempat saya dilahir ,  membesar, masuk sekolah sahingga tahun 1963 apabila perkataan PTM ini dilupuskan dan diganti dengan Malaysia. Melupuskan PTM ini  dilakukan oleh United Malays National Organisation – gerombolan politik yang ditaja dan dibina oleh kuasa penjajah Inggeris. 

Saperti  sering saya tulis dan paparkan bahawa Malaysia ini adalah projek kolonial Inggeris  untuk mematahkan gerakan nasionalis kiri di Tanah Melayu, di Indonesia dan di Kalimatan. Bila saya tulis Tanah Meayu ini bermakna termasuk pulau Singapura.

Keputusan menukar nama Persekutuan Tanah Melayu ini tanpa rujukan  dengan Bani Melayu. Ini  sama saperti tindakan Inggeris menukar nama Kwangtung menjadi Canton tanpa merujukan  dan bertanya  kepada anak watan China. Atau menukar Mumbai menjadi Bombay tanpa merujuk pandangan   anak watan India.

Ini salah satu jenayah United Malays National Organisation. Mungkin ramai warga  generasi hari ini tidak menyedari  kewujudan PTM. Tidak sedar jenayah dan pembelotan gerombolan yang mengakui berfalsafah ketuanan Melayu.

United Malays National Organisation bukan saperti  watan nasionalis  India atau watan nasionalis  China atau watan nasionalis Sighalese. Anak watan dan nasionalis dari negara negara ini  merampas kembali sejarah  nama tempat  mereka. Ini indentiti jati diri mereka.
Manakala  United Malays National Organisation walau pun mengakui pejuang Melayu  tetapi telah melakukan  pembelotan dengan menukar nama negara ini dari Tanah Melayu ke Malaysia.

Langkah pembelotan untuk menukar nama Persekutuan Tanah Melayu ini – sap sap sui – no sweat. Ini adalah  ada kesenimbungan  kerja penjajah Inggeris yang awalnya telah  membawa masuk kaum pendatang dari Tanah Besar China dan India. Semunya  dilakukan tanpa ada pungutan suara atau merujuk  kepada anak watan Tanah Melayu. Ini fakta sejarah.

Kemasukan China dan India ke Tanah Melayu berlaku kerana kepentingan penjajah Inggeris. Sistem kapitalis memerlukan buruh untuk menjarah harta kekayaan. Memerlukan orang ramai sebagai pembeli pengguna.  Justeru pendatang meloroh masuk. 

Ini tidak berlaku di Jepun, tidak berlaku di Korea dan tidak berlaku di Jawa atau di Sumatera. Di wilayah wilayah ini ada hukum-hukum politik dan hukum  ekonomi yang  menolak kemasukan pendatang asing ke dalam negara masing-masing. 

Wajib kita memahami apa itu negara bangsa? Apa itu nasion?


Nasion atau  bangsa ialah satu kumpulan yang sama etniknya. Ini bermakna Jawa, Jakun, Jambi  semuanya di takrif Melayu. Sama budayanya. Sama bahasanya. Berkongsi sejarah. Berkongsi kepercayaan. Justeru  nasion Melayu inilah  yang  melingkupi alam Melayu Nusantara.

Indonesia, Malaysia, Sabah,  Sarawak, Berunai adalah konsep ciptaan penjajah. Sempadan dan wilayah  ini bertujuan untuk  mempermudah  urusan tentera,  pentabiran dan urus niaga  kuasa kolonial. Contoh terbaik ialah Singapura  yang dicipta oleh penjajah Inggeris. Sama saperti Israel yang dicipta khusus untuk menghuru harakan  bumi Arab. Singapura dicipta khusus untuk menghuru harakan bumi Melayu.

Hakikatnya Bangsa Malaysia belum wujud . Hakikatnya Bangsa Malaysia masih dalam proses pembuatan. Proses untuk mendirikan negara bangsa ini bukan satu yang mudah. 

Masa menjadi  pereka yang baik dalam satu era sebelum kesampaian moden. Adunan etnik, adunan bahasa, adunan sejarah berjalan secara natural bersama masa. Yang menjadi saksi dan pemangkin adalah masa dan sejarah itu sendiri. Masa bukan hanya menjadi saksi malah menjadi pembina dan pembentuk nasion. Dari Jakun, dari Sakai masa membantu menjadikan  proto Melayu. Dan akhirnya  masa membantu kelahiran Bani Melayu . Saheh terbukti disatu era masa menjadi juru bina.

Hari ini diera pasca moden niat untuk mendirikan negara bangsa memerlukan bukan hanya masa. Malah dalam era pascamoden ini masa telah jauh ketinggalan peranannya. Pengadunan negara bangsa  memerlukan lebih dari masa.

Fikrah diperlukan. Pemikiran dan pandangan rasional diwajibkan. Penganalisan  sejarah, sosioloji dan budaya  wajib sentiasa ada   ketika merancang proses pembinaan untuk mewujudkan negara bangsa.

Masa bukan lagi fakta. Peranan masa dalam era internet untuk semua pekara telah berlalu. Internet telah memandulkan peranan masa.

Satu ucapan Zakir Naik akan menggelegakkan suasana. Satu kenyataan  Dr Ramasamy atau Tony Pua akan menaikkan  kemarahan Bani Melayu.  Internet untuk semua pekara kini boleh  menjadi perosak penghalang pembinaan negara bangsa.

Atau internet untuk semua pekara boleh juga membantu pembentukan negara bangsa.  Atau bolehkah  negara bangsa dibina diatas  keruntuhan Kota Melaka. Atau diatas keruntuhan Kota Melaka kita dirikan negara  bangsa. 

Apakah semudah itu. Apakah  peranan pendatang baru dan pendatang lama  ke Tanah Melayu ini.  Apa asasnya untuk mewujudkan negara bangsa. Apa asas untuk mewujdukan Bangsa Malaysia. Atau ini hanya retorik politik. Labon politik. Atau propaganda mengolah persetujuan untuk mendapat undi dan kuasa. Tunggu minggu hadapan. (TT)


Tulisan ini juga
disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
Sesiapa ingin melanggan
akhbar ini sila pukul talipon:
03-92-21-30-45









----------

2 ulasan:

  1. jgn lupa, kaum pendatang juga adalah mandep singh ..bengali putih dibawa british,org2 arab niaga rempah dari syarif mekah..malah pokok kopi,koko, kelapa sawit juga bukan asal persekutuan tanah melayu..didepan mckk ada pokok getah pertama dimalaysia..slogan mckk bukan tulisan melayu apatah lagi tulisan jawi..

    BalasPadam
  2. Nama parti UMNO haramjadah itu juga berteraskan penjajah, United Malay Nation Organisation bila diringkaskan menjadi UMNO. UMNO itu sendiri pun disebut 'AMNO sangat keinggerisan gaya sebutannya!!! Melayu UMNO telah meminggirkan kemelayuan, mengapa tidak guna nama PEKEMBAR iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu? PEKEMBAR adalah ringkasan nama parti dalam tulisan jawi. UMNO haramjadah itulah sebenarnya yang telah menolak tulisan jawi dari mulanya lagi.

    BalasPadam