Jumaat, 6 September 2019

RINDU ABANG TAMRIN




RINDU

ABANG TAMRIN
Tt nape tk post tulisan Abang Tamrin. Adeq rindu dh lma sgt rsa tk bca tulisan dia tak tgok gmbo dia tk ciom kentut dia..adeq hnya ada pipit yg brsedia utk ratapan enggang bng tamrin... 
on 
SAM SELIT
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 06/09/19


POLITIK SEMPIT DAN REMPIT
POLITIK  SEMPIT  DAN  REMPIT


1.   Hari ini 62 tahun yang lepas buat kali pertamanya Bendera Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan selepas bendera Penjajah British, Union Jack diturunkan.

2.  Di Stadium Merdeka, dengan disaksikan oleh Raja - Raja Melayu dan ribuan rakyat berbilang kaum, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj telah melaungkan laungan MERDEKA !!!

3.  Perundingan Kemerdekaan tercapai apabila Raja - Raja dan sebahagian besar masyarakat Melayu BERSETUJU  memberi kerakyatan  kepada pendatang  dari China dan India yang dibawa masuk oleh British dengan syarat penduduk asal negara, Melayu/ Bumiputra diberi sedikit  Hak Istimewa.

4.  Kegembiran mencapai Kemerdekaan terbantut apabila rusuhan kaum berlaku pada 13hb Mei 1969.

5.  Kesan dari rusuhan  itu maka syak wasangka dan tuduh menuduh di antara 3 kaum utama berterusan sehinggalah ke hari ini.

6.   Bak kata Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri bagi  kali 2, dan yang mempunyai pengalaman luas selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, bukan senang memimpin sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia.

7.   Umpama 'Menatang Minyak Yang Penuh' , masing - masing kaum   sering berkokok dan bertindak bagai cuba 'Menegak Benang Yang Basah'  TANPA PEDULI  perasaan orang lain.

8.  Tanpa disedari pihak asing telah berjaya meniup  api perkauman di kalangan rakyat ketika itu.

9.  Ia ditambah pula oleh beberapa faktor dalaman yang tidak sabar melihat perubahan kepimpinan.

10.  Adalah tidak adil sama sekali menuding jari menyalahkan satu kaum atau parti semata - mata sebagai punca utama perbalahan kaum itu sedangkan 'Tepuk Sebelah Tangan Takkan Berbunyi'.

11.  Kini selepas peristiwa berdarah itu  berkubur genap 50 tahun lamanya namun perpaduan dan kerharmonian berbilang kaum mula menghantui kita semula.

12.   Berbagai isu yang sepatutnya tidak berbangkit telah dengan sengaja diperbesarkan sebagai  tajuk perbincangan utama oleh mereka yang mempunyai motif tertentu.

13.  Kebebasan bersuara disalahgunakan secara berleluasa oleh media cetak dan elektronik dan oleh segelintir pengamal - pengamal sosial media yang cuba menjadi juara yang dipanggil 'loud minority' yang TIDAK bertanggungjawab.

14.  Sepatutnya mereka membantu menyejukkan suhu yang sedang membara, BUKANNYA 'Menyimbah Minyak Ke Dalam Api'.

15.  Mereka yang mempunyai cita - cita dan gelojoh, berharap kepimpinan negara hari ini boleh ditukar ganti dengan angkara tersebut.

16.  Bagi mengelakkan  pergaduhan kaum dari berlaku, Mufti Perlis telah menyarankan agar corak pentadbiran Saddam Husein dilaksanakan.

17.  Walaupun Saddam dianggap sebagai 'kuku besi' namun ketika itu jarang sekali kedengaran perbalahan serius diantara berbagai puak dan Pemisah Kurdish di Iraq.

18.  Tun Hussein Onn, Bapa Perpaduan, pernah berpesan  "Jangan sampai anak cucu kita mengencingkan kubur kita dek kerana kegagalan mengurus negara dalam keadaan porak peranda".

19.  SEBENARNYA  MENGURUS  NEGARA  TAK UBAH  SEPERTI  MENGURUS  KELUARGA  KITA  SENDIRI.

20.   Walaupun Zakir Naik telah memohon maaf  namun serangan berterusan oleh DAP dan pelampau Hindu sebenarnya cuba 'Menutup Pekung' yang LEBIH  BAHAYA :-

i   Kenyataan terbuka Pemimpin Tertinggi DAP yang juga Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran bahawa orang Melayu adalah pendatang sedangkan orang India adalah penduduk asal negara ini.

ii.  Wathya Moorthy yang pernah menuduh bahawa rakyat Malaysia keturunan India di sini dianak-tirikan, namun beliau tetap dilantik sebagai Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal perpaduan.

iii.  Dr. Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang lagi 'extremist' yang berkiblatkan politik perkauman yang sempit.

21.  Negara sepatutnya mempunyai pemimpin - pemimpin yang bersikap sederhana dan toleransi BUKANNYA sikap pelampau yang ditonjolkan oleh mereka.

22.  Pelampau Cina pula melalui Dong Zong terus berkeras asalkan mereka berjaya mendapat apa yang mereka rancang.

23.  Setiap kali Pilihanraya Umum diadakan, mereka akan mengemukakan berbagai tuntutan berupa 'ugutan' atau 'blackmail' jika mahukan sokongan pengundi masyarakat Cina.

24.  Dunia dan masyarakat Cina tempatan  tahu dan sedar bahawa kaum Cina di Malaysia menikmati kemewahan ekonomi dan kesejahteraan hidup, adalah dengan sikap bermurah hati penduduk asal.

25.  Mereka memilih menutup mata bahawa sekolah aliran Cina dan India TIDAK  dibenarkan wujud di Indonesia dan Singapura, begitu juga di Thailand.

26.  Mereka juga sepatutnya berterima kasih dan menghargai dengan bantuan kerajaan yang menelan ribuan jutaan ringgit yang diberikan sebagai bantuan kepada sekolah sekolah mereka selama ini.

27. Sebenarnya apa yang sedang dimiliki oleh kaum Cina dan India dalam bidang pendidikan di negara ini adalah TIDAK MENGUNTUNGKAN mereka! Kedudukan ini serupa dengan kewujudan sekolah sekolah antarabangsa yang diterokai oleh sebahagian besarnya dari kalangan kaum pendatang.

28. Belum pernah perbalahan antara kaum utama berlaku sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 tapi kini dengan isu - isu yang berbangkit ia mula menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat yang cintakan keamanan!, lebih bahaya penyakit benci membenci ini diperturunkan kepada anak - anak muda yang tidak memahami sejarah.

29.  Memahami kelemahan dan kegagalan orang Melayu itu sendiri, UMNO dan PAS pula membakar semangat kebencian terhadap kaum lain dengan menggunakan isu perkauman dan agama, sedangkan berbagai bagai dasar dan agensi diperkenalkan bagi membantu kaum Melayu dan Bumiputra. Sayangnya, semua ini masih belum berjaya mencapai apa yang diidamkan oleh semua.

30.  Mereka lebih mementingkan kedudukan diri dan parti masing - masing dari kepentingan masa depan anak bangsa Malaysia itu sendiri.

31.  JANGAN  MENGOTORKAN  LEBUHRAYA  MALAYSIA  BARU  DENGAN  MENABUR  SAMPAH  SARAP.

32.  JANGAN  AMALKAN  POLITIK  SEMPIT  DAN REMPIT  WALAUPUN  PUN  MAJORITI  KITA  TAHU  MEREKA INI  ADALAH  KELOMPOK  YANG KECIL YANG DIPANGGIL  'LOUD  MINORITY', jika tidak dibendung dan lebih baik lagi dihapuskan sahaja, ia pasti membahayakan pengguna yang lain. Mereka ini sebenarnya sedang cuba untuk meruntuhkan apa yang telah terbina selama ini.

33.  Kepada Perdana Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan kepada Ketua Polis Negara, ingatlah,  jawatan yang dipegang ini adalah satu  AMANAH yang pasti dipersoalkan diakhirat kelak.

34. Semoga kita dapat membuang segala yang KERUH dan jadikan sambutan Kemerdekaan kali ke 62 Tahun ini sebagai titik permulaan Malaysia yang kita benar benar cintai..

Wasallam  Tamrin
Terima Kasih


---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan