WOIT
LAT
KAMU
DIMANA
Ejen haram tolong pendatang haram percepat proses pengampunan
BERIBU orang pendatang asing tanpa izin (Pati) mendapatkan khidmat ejen haram untuk memohon program Back for Good (B4G) untuk pulang ke negara asal mereka.
Disebabkan Jabatan Imigresen hanya dapat memproses antara 200 hingga 250 permohonan sehari di setiap cawangan negeri, ejen haram ini mengambil kesempatan memperdaya Pati dengan mengenakan bayaran antara RM200 hingga RM300 untuk mempercepatkan proses.
Program pengampunan yang diumumkan pada Julai itu bermula dari 1 Ogos hingga 31 Disember, membenarkan Pati menyerah diri dan membayar RM700 tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Seawal jam 4 pagi, beratus orang Pati mula beratur di pejabat cawangan imigresen negeri dengan keutamaan diberi kepada mereka yang mempunyai tiket penerbangan ke negara asal.
Ketika berada di luar pejabat imigresen di Kuala Lumpur, The Malaysian Insight didatangi seorang ejen haram.
Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai “Vella” itu bertanya jika dia boleh “membantu” untuk mempercepatkan proses. Dia meminta maaf kerana menghampiri secara tiba-tiba kerana terdapat anggota polis dan pegawai agensi anti rasuah di kawasan itu.
“Semasa kerajaan dulu senang. Dulu kita tak perlu terlalu berhati-hati,” katanya.
Vella kemudian memberitahu kami dia adalah pesara tentera udara.
Apabila wartawan memberitahu mahu mendapatkan bantuan untuk menghantar pulang 10 Pati, Vella berkata: “Tak ada masalah. Beri pada saya dan proses akan siap dalam masa dua hingga tiga jam.”
Vella juga meminta pemohon menunggunya di kafeteria sementara permohonan diserahkan terus kepada pegawai imigresen.
Proses akan siap sebaik sahaja RM700 dibayar dan cap jari diimbas, tambahnya.
Apabila ditanya jika dia bekerjasama dengan pegawai imigresen, Vella tidak menjawab sebaliknya memberi jaminan semua urusan akan selesai.
“Kena yakin sebab saya bekas tentera. Saya jamin tidak ada masalah. Ada benda yang terlalu rumit, susah nak cakap dekat sini. Kita boleh jumpa di pejabat saya.”
Pada hari itu, kira-kira 300 pemohon termasuk warga Bangladesh Indonesia, Myanmar, Filipina dan Afrika beratur di pejabat imigresen di Kuala Lumpur. – 24 September, 2019.
SAH MASANYA
DAH TIBA TIM
WARTAWAN
MENYAMAR
KES RASUAH
KES TIPU
KES TIPU
UNTUK PECAH
LUBANG
DIWUJUDKAN
-------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan