Selasa, 29 Oktober 2019

BUAT UNDI TAK PERCAYA SEKARANG!






BUAT UNDI TAK PERCAYA
SEKARANG

Tamrin Ghafar

Ahad - 27/10/19

1. Bagaimana negara nak maju jika kita terus bertelagah sesama sendiri

2. Kedudukan rakyat sejak setahun yang lepas tak ubah seperti gunung berapi yang mengeluarkan asap tebal tetapi maseh tidak meletup 

3. Asap tebal itulah yang menyebabkan keadaan serba salah dan keluh kesah ; nak lari mungkin tak meletup tapi jika duduk pula mungkin menempah maut ; tidak ada ketentuan dan semacam tidak ada kesudahan

4. Selagi jerawat yang sudah mula menanah di atas hidung tidak dipecahkan selagi itulah perasaan tidak senang akan berterusan

5. Sama ada kita berada dikedai kopi dan warong , di restoran atau dipejabat , di bandar mahupun di Felda isu peralihan kuasa adalah topik yang sentiasa diperkatakan

6. Isu ini bermula dan berterusan sehingga kehari ini sejak Pilihanraya Umum ke14 yang diadakan pada hari Rabu 9hb Mei 2018 ; ia akan terus di perkatakan selagi tidak dimuktamadkan

7. Umpama ' Rumah Siap Tapi Pahat Maseh Berbunyi ' berbagai kenyataan terutama dari mereka yang mahukan peralihan kuasa berlaku hari ini juga

8. Otai Reformasi pula menetapkan Mei tahun hadapan , 2020 bagi Tun meletakan jawatan dengan keyakinan Reformasi akan hanya berlaku selepas pemindahan kuasa 

9. Ada yang berpendapat REFORMASI yang dilaung - laungkan sejak kira - kira 30 tahun dahulu adalah hanya slogan bagi menghalalkan hawa nafsu dan cita - cita sahaja

10. Jika ditanya setiap orang dikalangan mereka berkemungkinan mereka tidak boleh beri jawapan sebenar apakah yang di maksudkan dengan REFORMASI , dan perubahan / pembaharuan bagaimana yang mereka mahu

11. Semasa kempen Pilihanraya Umum dulu mereka mengarak , melangit memuji dan memuja Tun , kini orang yang sama mengutuk dengan kata - kata kesat melupai segala jasa, pengorbanan dan peranan Tun menjayakan kemenangan PH

12. Ini kah MARUAH orang Melayu yang bukan sahaja tak tahu membalas malah TAK PEDULI budi orang ; mereka ini lah yang mencemarkan nama baik orang Melayu itu sendiri

13. Mereka percaya hanya Anwar Ibrahim sahaja mempunyai 'Lampu Ajaib' atau ' Magic Lamp' yang boleh membaiki labu yang telah ditebuk oleh tikus atau mendirikan semula rumah yang telah dihancurkan oleh anai - anai dalam sekelip mata sahaja

14. Apakah selepas peralihan kuasa nanti pelabur - pelabur asing akan berduyung - duyung melabur sehingga semua graduan akan mendapat pekerjaan jestru tidak ada lagi pengganguran dan isu geladangan

15. Apakah hutang negara akan turun secara mendadak , dan simpanan negara bertambah justeru nilai Ringgit Malaysia ( RM ) akan lebih kukuh dari keadaan sekarang jika dibandingkan dengan Dolar Amerika dan Singapura

16. Apakah Kerajaan PH pimpinan baru akan menghapuskan segala Akta bersabit keselamatan kerana ketika itu mereka berpendapat khidmat Pasukan Polis hanya sekadar mengawal kesesakan jalan raya sahaja

17. Bukan sahaja mahukan Tun mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri , Ronnie Liu , seorang Ahli Jawatan Kerja Tertinggi DAP dengan lantang dan berani mencadangkan agar BERSATU dikeluarkan dari PH kerana mengikut beliau PH boleh terus memerintah TANPA BERSATU

18. Mengikut perkiraannya gabungann DAP , PKR , AMANAH dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak sudah mencukupi bilangan majoriti yang diperlukan dalam Parlimen bagi membuat undi tak percaya

19. Sama ada pandangan tersebut atas dorongan atau sebaliknya ia tidak penting ; yang penting beliau adalah merupakan salah seorang Pemimpin Kanan DAP

20. Bagi membuktikan DAP bukan parti yang anti Melayu , anti Islam dan anti Tun Mahathir , Ronnie Liu yang sebelum ini lantang mahukan Tun diusir sebagai Perdana Menteri WAJIB dipecat serta merta sebagai Ahli DAP 

21. Kepimpinan Tertinggi DAP juga PERLU MEMBERI AMARAN kepada mana - mana Ahli nya agar TIDAK celupar dan biadap seperti Ronnie Liu

22. Alasan KONON NYA beliau cintakan PH dan berniat baik dengan pendirian nya itu hanya membuat rakyat khususnya pengundi - pengundi Melayu HILANG KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN terhadap DAP

23. Kepada mereka DAP sudah melampai batas ( cross the line ) dan telah 'Menjolok Sarang Tebuan' 

24. Lazimnya orang Melayu akan bersatu apabila ketuanya ( sama ada suka atau tidak ) dicabar

25. KEIKHLASAN DIBALAS DENGAN LEMPARAN NAJIS KE MUKA ; ini lah yang dikatakan 'Sudah Dapat Madu Sepah Di Buang'

26. Jika tidak dibukti dan muktamadkan dengan UNDI TIDAK PERCAYA di Parlimen terhadap Tun selaku Perdana Menteri dan digantikan dengan Anwar Ibrahim , situasi seperti 'Kapal Tidak Ada Haluan' akan berterusan , dan ini tidak baik bagi rakyat yang menagih pembelaan

27. Mana - mana Ahli Parlimen samada DAP , PKR dan lain - lain boleh mengemukakan dan menyokong Usul tersebut

28. Persoalan nya ada kah puak - puak yang sentiasa berkokok seperti ayam jantan yang mahu kan Tun dibuang mempunyai sokongan majoriti dalam Parlimen atau temberang yang diulang tayang bagi mendapatkan sokongan ?

29. DAP jika mahu membersihkan diri atau sebaliknya SEHARUSNYA membuat pendirian resmi dalam Parlimen menyokong Tun sebagai Perdana Menteri atau pun tidak ; jika tidak , mereka harus meninggalkan PH serta merta - DAP TAK PERLU BERKUNTAU LAGI !!

30. Kebelakangan ini Pemimpin - Pemimpin DAP dengan lantang dan tanpa peduli perasaan masyarakat Melayu / Islam dan keselamatan Negara menyoal beberapa isu seperti Pendakwah Zakir Naik , Kehadiran Tun di Kongress Maruah Melayu , LTTE , Buku Komik berunsur falasafah Komunis dan yang terbaru mahukan Tun dan BERSATU dipecat sebagai ahli PH

31. Ini lah cara yang paling baik bagi MEMBUKTIKAN dan MEMASTIKAN siapa yang rakyat mahu memimpin mereka dan negara ini , Tun Dr. Mahathir Muhammad atau Anwar Ibrahim

32. SEMOGA NEGARA DAN RAKYAT MAJU SEMULA

Wassalam
Terima Kasih






------------

6 ulasan:

  1. perubahan amat sukar selagi kita rakyat Malaysia masih bersikap agenda perkauman, keagamaan, selagi itu tiada pembaharuan, kita tidak boleh lagi salahkan British, merdeka sudah 62 tahun, salah siapa ? adakah politik perkauman ? adakah kepimpinan negara ? atau rakyatnya pecah belah akibat kaum dan agama, tiada penyatuan rakyat, tiada agenda rakyat, yang ada hanya agenda sendiri, nak jadi PM, nak jadi menteri, nak jadi YB, nak jadi GLC, semua fikir pasal diri, tiada siapa fikir masa depan negara, biar berpecah belah, biar bergaduh biar rosak segala asal dapat pegang jawatan, asal terus berkuasa, asal terus dapat keistimewahan duniawi, negara lain terus maju dengan idea, ekonomi, Malaysia pulak terus terkebelakang, asal orang kita, asal orang bodoh, terus diperbodohkan dengan pelbagai agenda sempit kaum agama kah kah kah Malaysia boleh maju atas nama saja, kalau hijrah tu mungkin, pasti ramai bijak pandai sudah pergi ke tempat lain, orang bijak sesuatu bidang tidak boleh cemerlang di negara ini, hanya Ahmad Mazlan sardin yang boleh, begitu lah keluhan rakyat, yang tak boleh sepatah cakap Inggeris jadi guru Bahasa inggeris kah kah kah apa lagi mahu? kah kah kah saja tinggal, seluruh dunia ketawa mengetahui tahap negara ini....

    BalasPadam
  2. ya buat undi tak percaya terhadap atuk, atuk bagi pencen awal, kemudian penyamun perompak jadi PIEM, senang cerita, walau curi, walau rompak rakyat terus senang hati, bagi kak ros shopping lagi, supaya daya import negara terus makmur, kah kah kah, bila sampai Hari Raya dapatlah Kain pelikat, beras gula minyak masak untuk semua,.negara yang berhutang bakal muflis, baru tahu langit tinggi atau rendah...kah kah kah

    BalasPadam
  3. Kami oran kampun sokon Anwar Berahing.

    BalasPadam
  4. Sebelum ni org ckp dia ni anjing mahathir yang diarah untuk menghentam raja2.. Aku rileks je.. Tp bila dia hentam anwar.. Aku dgn ini mengesahkan dia mmg anjing belaan mahathir. Sekian Terima Kasih.

    BalasPadam
  5. Janganlah guna perkataan anjing untuk sifatkan peribadi seseorang. Menghina tu perbuatan hina.... gunakanlah bahasa yang baik walaupun marah. Jangan ikut bisikan setan yang sesat lagi menyesatkan... tak gitu ke...

    BalasPadam