Selasa, 29 Oktober 2019

KES MAKIN JELAS








KES MAKIN

JELAS

NAJIB KENA 

TIPU

Saksi dedah urus niaga 'tipu' dengan Gold Star Ltd milik Jho Low


SAKSI kesembilan pendakwaan, bekas CEO 1Malaysia Development Berhad Shahrol Azral Ibrahim Halmi kembali memberi keterangan pada hari ke-27 perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak, hari ini.

Khamis lepas, saksi dalam keterangannya memberitahu yang Najib- menerusi orang tengah- mendesaknya supaya memeterai perjanjian antara 1MDB dan PetroSaudi International pada September 2009.

Shahrol berkata beliau diminta berbuat demikian oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho- atau Jho Low- dan Pengarah Eksekutif 1MDB ketika itu Casey Tan, walaupun wujud masalah dalam klausa perjanjian yang boleh menyebabkan syarikat menanggung hutang mencecah AS$700 juta (RM2.9 bilion).

“Pada masa itu saya terima banyak tekanan supaya meterai perjanjian. Jho Low dan Casey meyakinkan saya yang ia OK, dan Jho Low tegaskan yang bos (Najib) memang mahu ia dilakukan,” kata Shahrol.

“Jadi saya ambil keputusan untuk mengikut apa yang saya lihat sebagai arahan dari Najib dan tandatangani perjanjian itu.

“Saya percaya ia akan berjaya kerana Jho Low uruskan butirannya dengan Tang, dan Najib tahu mengenainya.”

Najib, 66, sedang dibicarakan dengan empat pertuduhan salah guna kuasa untuk mengayakan dirinya sebanyak RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram jumlah yang sama.

Pendakwaan menuduhnya bersubahat dengan Low untuk menipu dana pelaburan kekayaan negara itu.

Sharol juga mendedahkan yang 1MDB hanya melakukan kajian internet pada 2009 untuk mengesahkan aset dimiliki rakan kongsi usaha samanya, PetroSaudi.

Pasukan Tan mengendalikan proses pengesahan aset gas dan minyak PetroSaudi didakwa bernilai AS$2.2 bilion (RM9.2 bilion) di Argentina dan Turkmenistan, kata saksi berusia 49 tahun itu.


YANG MENIPU

CHINA

YANG KENA TIPU

MELAYU

NASIB BAIK ADA

MELAYU BELOT

KALAU TAK

TERGADAI

TANAH MELAYU

PADA 

CHINA MERAH
---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan