Isnin, 7 Oktober 2019

MADEY HINA MELAYU


YA

AMPOON
Presiden Ummah, Aminuddin Yahaya (kanan) 
pada sidang media 
yang disiarkan di Facebook hari ini.– 
Gambar Facebook, 6 Oktober, 2019.


LU ADA YAKIN

MUKA TIGA 

PEMIMPIN NI

BERUCAP 

DI OXPORT

ATAU

DI NEW YORK

SAJE TANYA

JANGAN MARAH

Ucapan

 Dr Mahathir hina 

Melayu, kata Gerakan 

Pembela Ummah

AMANAT Dr Mahathir Mohamad dalam Kongres Maruah Melayu hari ini menghina dan merendahkan orang Melayu, kata sebuah badan hak Melayu dan Islam, Gerakan Pembela Ummah (Ummah).

Presiden Ummah, Aminuddin Yahaya berkata kongres hari ini gagal kerana ucapan Dr Mahathir yang anti klimaks, yang merendahkan semangat orang Melayu.

“Bagi saya imej, maruah Melayu tak naik dalam kongres ini malah merupakan anti klimaks dan merendahkan semangat orang Melayu.

“Saya rasa majoriti rakyat kecewa dengan ucapan beliau. Selepas  ini rakyat kena bangun jangan pilih kerajaan begini,” katanya, dalam satu sidang media, yang rakamannya disiarkan secara langsung melalui Facebook.

Aminuddin berkata, Perdana Menteri tidak insaf kerana sering mengulang-ulang kandungan lama ucapannya, yang langsung tidak memberi gambaran mengenai perpaduan ummah.

“Saya kecewa kerana kenyataan Tun Mahathir tidak nampak sesuatu yang baru sebaliknya hanya menghina dan merendahkan orang Melayu. Ini sangat mengecewakan.

“Tidak nampak elemen untuk beliau insaf dan menuju ke perpaduan ummah tapi beliau berterusan merendahkan orang Melayu… kata mereka tak mahu susah, tak mahu bekerja  keras dan sebagainya,” katanya.

Ummah adalah antara badan masyarakat yang menyertai kongres separuh hari di Shah Alam, hari ini.

Kongres dianjurkan oleh Pusat Kecemerlangan Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Ia disertai pemimpin politik dari semua parti politik Melayu, antaranya Setiausaha Agung Umno Annuar Musa dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Dalam ucapannya, Dr Mahathir menegaskan maruah orang Melayu bergantung pada diri mereka sendiri – bukan pada kerajaan dan bantuan atau perlindungan yang boleh diberikan oleh kerajaan.

Dr Mahathir mengingatkan orang Melayu supaya tidak membiarkan pekerjaan yang ada di negara ini dikaut oleh warga asing, sama seperti orang Melayu membiarkan kaum Cina dan India dibawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong dan di ladang sebelum merdeka dahulu.

Katanya, mereka yang rajin berusaha itu akan berjaya, dan sejarah akan berulang semula.

Dalam ucapannya Dr Mahathir berulang kali mengingatkan orang Melayu supaya mengambil langkah berani membuang segala sikap negatif, kalau tidak mahu dipandang remeh oleh orang lain di tanah airnya sendiri. – 6 Oktober, 2019.

NASIB BAIK

MELAYU ADA

PEMBELA

KALAU TIDAK

DAH  LAMA

MELAYU LUNGKUP 

KAH KAH KAH
----------

1 ulasan:

  1. Muka mcm melaon.Presiden ummah ni ade brapa ekor ahli2.Aku rasa mereka 3ekor sekawan je..

    BalasPadam