MADEY TERUS
JADI PIEM
ABAM TAK TAHU
KENA BINCANG
MAJLIS PRESIDEN
Anwar tak tahu usul minta Dr Mahathir habiskan penggal
ANWAR Ibrahim berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usul supaya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad terus berkhidmat sehingga habis penggal.
Menurut presiden PKR itu, jika ada sebarang usul seperti itu mahu dibentangkan di Parlimen, ia harus dibawa ke Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) terlebih dahulu.
“Tak ada dengar. Kalau ada usul kerajaan, ia mesti dibawa ke Majlis Presiden PH dan kita tak ada mendengar (usul),” katanya kepada pemberita di lobi Parlime hari ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Port Dickson, berkata sekiranya ada rancangan usul pintu belakang, maka pihak yang terbabit perlu memberi penjelasan.
“Kalau ada usul pintu belakang, kena tanya orang yang terlibat,” kata Anwar.
Terdapat desas-desus bahawa satu usul supaya Dr Mahathir meneruskan perkhidmatan sehingga habis penggal akan dibentangkan pada sidang terakhir Dewan Rakyat 5 Disember ini.
September lalu, Anwar berkata beliau menjangkakan akan mengambil alih tugas perdana menteri pada 2020.
Tekanan supaya Dr Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar semakin kuat sejak Barisan Nasional (BN) menang besarpada pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini.
Bagaimanapun, Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada minggu lalu memutuskan barisan Kabinet akan dirombak, tetapi tidak menyentuh tentang isu peralihan kuasa. – 26 November, 2019.
ABAM CAKAP
DIA JADI PM
BULAN MEI 2020
TAHUN DEPAN
DAH BINCANG
ATAU BELUM
DALAM
MAJLIS PRESIDEN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
-----------
Majlis presiden cuma ada LKS, mat sabu & DSAI je.
BalasPadamUsul atok jadi PM hingga habis penggal sewaktu sidang parlimen boleh diluluskan ke?
Ikut law,
Walaupun hari ni majoriti MP sokong atok,
Esok jika majoriti sokong orang lain,
Jawatan PM boleh bertukar tangan.
Apa gunanya nak buat usul yang tak boleh kekal dikuat kuasakan?
Lebih baik bentang undang-undang jawatan PM wajib kekal sepenggal?
Kalau iapun anti DSAI,
Jangan sampai istilah Lokman Adam bertukar jadi Hisham Rais.
mei 2020 nightmare abam..gelap gambar lagi sape jadi piem..kalau che det umur panjang che det terus memimpin..dan abam menanti dan terus menamti...menunggu buah tak gugur dan kalau gugur disambar org lain..
BalasPadam