Jumaat, 8 November 2019

AJEN CHINA MERAH



JO LO  BERADA

DI CHINA MERAH

JO LO  AJEN

CHINA MERAH


Jho Low didakwa 

bedah wajah menyerupai

beruang, berjalan 

macam seladang

TAWAU: Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini mendedahkan pelbagai alasan yang  tidak dapat diterima akal diberikan oleh pihak berkuasa negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian Low Taek Jho atau Jho Low.

Ini termasuklah mendakwa ahli perniagaan dalam buruan itu sudah membuat pembedahan wajah dan kini menyerupai beruang dan berjalan seperti seladang.

“Kononnya dia (Jho Low) ini sekarang susah hendak dikesan. Dia sekarang sudah menyerupai beruang dan ada kalanya bila berjalan itu, dia menyerupai seekor tambadau (seladang). Maka dari belakang bila kita lihat dia macam tambadau. Begitulah rupanya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Hamid memaklumkan dakwaan tersebut tidak logik dan mustahil memandangkan Jho Low dikehendaki di beberapa negara.

Abdul Hamid mengulas laporan akhbar tempatan Cyprus, Politis, mengenai ahli perniagaan itu di negara terbabit selain didakwa turut memiliki pasport negara kepulauan di Mediterranean itu selepas didakwa terbabit skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low juga didakwa mendapatkan khidmat broker pasport dan kewarganegaraan bagi tujuan itu dipercayai untuk mengelak pergerakannya dikesan pihak berkuasa antarabangsa dan Malaysia.

Pada Mei lalu, Abdul Hamid memberitahu polis sudah menemui petunjuk positif dalam gerakan memburu Jho Low yang gagal dikesan sejak 2015.

Dakwaan terbaharu ini muncul hanya beberapa hari setelah tersebar berita tentang laporan bahawa Jho Low ditawarkan suaka di Emiriah Arab bersatu (UAE) dan dikatakan kerap berulang alik di antara rantau Asia Barat dan Eropah sejak Jun lalu.


CHINA MERAH

GUNAKAN JO LO

UNTUK PAU

TANAH MELAYU

CHINA MERAH

MAHU 

PELABUHAN

TENTERA LAUT

DI SABAH

---------








Tiada ulasan:

Catat Ulasan