Rabu, 27 November 2019

APA ITU DEEP STATE - DAULAH TERPENDAM







NOTA

TULISAN DIBAWAH INI TERBIT
PADA RABU 23 JULAI 2014
LIMA TAHUN DAHULU
PERKAATAN DAULAH TERPENDAM 
DIPERKENALKAN UNTUK PERTAMA KALI
DI MALAYSIA

RAMAI YANG MENUDUH TT
PENGANUT TEORI KONSPIRASI
RAMAI TAK PERCAYA 
APA YANG DIPAPARKAN

RAMAI TIDAK PERCAYA
KEWUJUDAN 
DAULAH TERPENDAM

NOVEMBER  TAHUN 2019
BUKAN SAHAJA PERKATAAN
DAULAH TERPENDAM
DITERIMA PAKAI
MALAH KINI DIAKUI
WUJUD
DAULAH TERPENDAM

MEDIA SIBUK
DAULAH TERPENDAM

TUKAR TIUB
PERTAMA BERANI LAPOR
BERANI SELIDIK
BERANI BONGKAR

DARI ARKIB TT

APA ITU DEEP STATE-
 DAULAH TERPENDAM

PAGOH 4 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan. - dipungut dari Utusan Malaysia 4 Julai 2014


Deep State - terjemahan mudahnya ialah Daulah Terpendam. Apa sebenarnya Daulah Terpendam ini. Dan apa pula yang dapat kita semua fahami tentang maknanya Daulah Terpendam. Dari mana asalnya? Dan apa perananya?

Perkataan Deep State/Daulah Terpendam ini mula rancak bermain dalam media pada awal tahun 2011. Ini ketika berlakunya Tamarod di Mesir – ketika anak-anak muda Mesir sedang menggerak warga Mesir untuk turun ke jalan raya. Ketika anak muda sedang bertempur dengan polis di Cairo untuk menumbangkan kerajaan Husni Mubarak. Media dan ajensi media Barat mula menulis tentang wujudnya Deep State di Mesir.

Tetapi Daulah Terpendam atau Deep State ini bukan satu yang baru. Sebelum kita merungkai apa itu Daulah Terpendam biar saya jelaskan apa itu DAULAH. Daulah dalam bahasa Inggeris ialah STATE – tapi bukan negeri atau negara. Daulah ialah pemusatan kuasa atau kuasa yang dimiliki oleh satu sosok atau satu kumpulan.

Pada satu ketika dahulu sosok yang dipanggil Raja memiliki Daulah. Raja itu Daulah dan Daulah itu Raja. Justeru kita melaungkan 'Daulat Tuanku'. Daulat itu ialah kuasa yang dimiliki. Raja berdaulat atau Negara berdaulat memberi makna ada kuasa dibelakang raja dan negara.

Dalam konteks politik moden – kuasa dimiliki oleh satu kumpulan i.e parti politik yang berkuasa. Parti politik yang bekuasa ini memiliki struktur pembahagian kuasa. Dalam Malaysia parti politik yang berkuasa ialah United Malays National Organisation. Puncak kuasa terjatuh pada tangan Perdana Menteri.

Kuasa yang ada pada parti Gerombolan Ketuanan Melayu ini akan dilihat lompong – tidak berkuasa - jika tidak ada jentera untuk menunjukkan dan membuktikan kuasa tersebut wujud. Justeru – polis, askar, mahkamah - adalah jentera atau alat daulah untuk membuktikan kuasa itu wujud.

Dalam konteks Malaysia – Najib sebagai Perdana Menteri akan mengarahkan Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi untuk mengarahkan polis untuk menangkap Anwar Ibrahim. Polis hanya jentera daulah.

Najib juga boleh dan telah mengarahkan mahkamah untuk membebaskan kawanya Razak Baginda dari didakwa dimahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya. Mahkamah hanyalah jentera untuk kuasa.

Najib boleh dan telah mengarahkan Pengerusi SPR untuk merancang cara dan taktik undi tipu untuk memastikan United Malays National Organisation menang dalam PRU13 dan terus berkuasa.

Tiga contoh diatas adalah bukti tentang kuasa daulah dan apa itu jentera daulah. Ini bukan bermakna Najib angkat talipon dan memanggil Ghani Patail '.... bebaskan Razak Baginda... dia kawan aku...' Cara kuasa daulah bergerak ada seninya. Cara kuasa bergerak halus dan terancang.

Satelah memahamai apa itu Daulah dan apa itu jentera daulah maka apa pula Daulah Terpendam?

Daulah Terpendam ini ialah satu lagi kuasa yang lebih berkuasa dari KUASA DAULAH. Apakah ini bermkana ada lagi yang lebih berkuasa dari kuasa Perdana Menteri Najib? Jawabnya betul – memang wujud kuasa ini. Ertinya ada yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri. Kuasa tertinggi inilah yang dikenali sebagai Deep State atau Daulah Terpendam.

Untuk memahami apa sebenarnya Daulah Terpendam saya akan membawa pembaca melihat bagaimana Daulah Terpendam ini bergerak melalui babak-babak sejarah.

Ketika Perang Dunia berjalan CIA telah merasakan bahawa parti nasionalis kiri dan parti komunis akan berkuasa satelah kalahnya Hitler. Ini kerana peranan penting yang dimainkan oleh parti-parti komunis di Itali, Sepanyol, Peranchis, German – ketika melawan Hitler. Tidak dapat tidak diera pasca Perang Dunia Kedua - parti parti komunis yang tersusun dan teruji dalam kancah perang akan menjadi amat popular. Parti-parti komunis ini pasti akan mendapat sokongan rakyat.

Justeru CIA telah merancang dan menubuhkan kumpulan-kumpulan rahsia di-negara-negara Eropah ini. Kumpulan rahsia ini wujud di Itali, Sepanyol, Peranchis, dan di Belgium. Hari ini satelah tamatnya Perang Dingin - sejarah telah merakamkan bahawa kumpulan-kumpulan ini adalah satu projek yang dinamakan GLADIO.

Peranan Gladio ini ialah untuk memastikan gulungan kiri dan parti komunis tidak dapat bekuasa di Itali, Sepanyol, Peranchis atau Belgium. Gladio ini ialah Daulah Terpendam. Siapa ahli-ahli Gladio? Hingga ke hari ini TIDAK diketahui.

Bagaimana Gladio sebagai Daulah Terpendam bergerak?

Pada tahun-tahun awal 70'an ada kemungkinan besar malah telah dirancang dan diketahui umum bagaimana Parti Christian Demokrat (CD) Itali yang berkuasa telah bersedia untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan Parti Komunis Itali.

Tetiba pada 16 March 1978 bekas Perdana Menteri dan pemimpin CD Aldo Moro telah di culik oleh Red Brigades kumpulan 'extreme kiri'. Suasana di Itali menjadi tegang. Bekas PM telah diculik. Negara gempar - 55 hari kemudian mayat Aldo Moro ditemui dihadapan balai polis di Rom.Itali menjadi kacau bilau.

Pada 2 Ogos 1980 satu letupan bom telah berlaku di Stesen Besar keretapai Bologna Itali. Seramai 85 telah tewas dan 200 cedera. Sekali lagi Itali gempar. Kali ini 'tukang bom' telah dilakukan oleh kumpulan Fascist extreme kanan Nuclei Armati Rivoluzionari.

Apakah saheh Red Bridges kumpulan kiri dan Nuclei Armati kumpulan kanan – bertanggung jawab? Hari ini sejarah telah membuktikan bahawa memang betul organisasi ini wujud tetapi dibelakang mereka adalah DAULAH TERPENDAM. Kedua-dua organisasi telah diresapi oleh Daulah Terpendam dan berrjaya digunakan untuk menakut-nakutkan warga Itali.

Dari segi kerja politiknya cukup senang. Takut-takut rakyat Itali dari menyokong parti komunis. Takut-takut rakyat Itali dengan kumpulan fascist. Maka rakyat Itali akan terus menyokong kerajaan yang sedia ada. Kerajaan yang wujud adalah yang pro-Nato, kerajaan yang membenarkan Amerika mendirikan pengkalan tentera di Itali. Ini bermakna kerajaan yang pro kaum pemodal akan selamat.

Penculikan, pembunuhan dan letupan bom ini memang TIDAK diketahui oleh politikus. Tidak diketahui oleh media. Semua ini dijalankan secara rahsia dan terancang. Siapa dibelakang Dualah Terpendam TIDAK penting. Apa yang penting ialah daulah dan negara selamat.

Di Amerika pembunuhan John F. Kaneddy dikatakan dirancang oleh DEEP STATE. Kenapa Kennedy dibunuh? Kerana berniat hendak menghentikan Perang Vietnam? Kerana melarang Israel membuat bom nuklear? Sebab dibunuh TIDAK penting – yang penting Daulah dan Kuasa imperilais Amerika terus berkembang.

Satelah membaca dokumen Gladio, satelah membaca tulisan-tulisan terbaru tentang Perang Dingin, satelah meneliti pembunuhan Kennedy – saya berani merumuskan bahawa Mei 13 1969 adalah kerja DAULAH TERPENDAM di Malaysia.

Betulkah pendapat rumusan ini? Bagaimana saya boleh sampai ke rumusan ini? Jawabnya cukup senang. Dalam PRU3 tahun 1969 parti United Malays National Organisation telah kalah di Pulau Pinang, di Selangor dan di Perak. Kuasa ditangan gerombolan Ketuanan Melayu ini terlucut. Maka Daulah Terpendam telah datang untuk menyelamatkan United Malays National Organisation dari terkubur.

Jika kurang percaya biar saya buktikan dengan satu kes yang pasti semua kita boleh ingat dan tak perlu ke Itali atau ke Amerika.

Pada tahun 2011 Najib yang ingin dilihat liberal dan terbuka telah mengumumkan penghapusan Ordinan Darurat. Dalam masa yang sama Najib juga telah mengumumkan ISA dan Akta Hasutan akan juga dihapuskan.

ISA digunakan untuk memenjarakan tanpa bicara musuh-musuh politik United Malays National Organisation. Manakala Ordinan Darurat ini digunakan untuk samseng , penjenayah dan tokan dadah. Dua-dua undang-undang menghalalkan tangkapan tanpa bicara. Dua-dua undang-undang ini diwujudkan oleh Penjajah British untuk memastikan kuasa mereka TIDAk dapat dilawan.

Ramai yang TIDAK bersetuju dengan langkah Najib ini. Dalam kes Ordinan Darurat ianya dilhat telah membawa mudarat ke atas negara. Ini kerana Ordinan ini telah membebaskan banyak samseng dan penjenayah. Suara-suara tidak bersetuju ini lantang tetapi Najib yang TIDAK berani membuat apa-apa keputudsan terus menikus.

Akhirnya Daulah Terpendam muncul. Dalam masa dua bulan rompakan bersenjata telah meledak disana sini. Pembunuhan terjadi bersilang seli. Apakah pembaca lupa laporan akhbar 20 Ogos 2013 seramai 5 orang samseng India telah ditembak mati di Pulau Pinang. Apakah ini bukan kerja Daulah Terpendam?

Saya berani berkata demikian kerana tidak lama sesudah ini satu undang-unadng baru diwujudkan. Undang-undang baru ini dikatakan bertujuan untuk melawan kembali samseng dan penjenayah yang tidak takut lagi kerana Ordinan Darurat telah dihapus.

Tup tup saperti telah disusun semua samseng India akur dan senyap. Mereka tidak menjenayah, tidak merompak dan tidak membunuh. Dari pemerhatian saya yakin rompakan , tembak menembak dan pembunuhan ini adalah perancangan Daulah Terpendam untuk mengolah persetujuan agar rakyat menerima undang-undang baru ini.

Pada ketika ini saya berpendapat memang telah ada perancangan licik untuk menimbulkan apa yang dikatakan oleh Muhyiddin ' ....Mei 13 berulang...'. Timbalan Peradan Menteri yang kurang cerdik ini telah gatal mulut. Pasti pembaca akan terus bertanya siapa-kah di belakang DAULAH TERPENDAM di Malaysia ini? Pada hemat saya, kita tidak berkeupayaan mengenali mereka. Pada ketika ini siapa mereka hanya akan dapat kita ciumi dengan memahami politik harian yang sedang berlaku. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam akhbar mingguan SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melangan sila pukul talipon
03-92-21-10-45













---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan