BAGHDAD
setiap kali aku terdengar
nama baghdad
ingatan aku datang
air mata aku berlinang
lalu aku teringat kepada kamu
kepada lengok kamu
kepada irama kamu
kepada suara kamu
mententeram jiwa resah
anak muda dalam pelarian
aku membuka seluar dalam
tegak berdiri dihadapan mu
bersedia untuk mendakap kamu
lalu aku tundukkan muka
lalu kamu ku cium
sedalam mungkin
hilang dahaga hati
hilang resah panas bulan julai
hilang resah hati berkelana
oh kekasih ku dajlah
kau melintasi kota baghdad
janji kau tetap setia
kau sentiasa menunggu
diluar diluar tingkap bilikku
dajlah
kau tidak pernah
aku lupakan
kemana saja aku berada
kau tersimpan selamat
dalam ingatan
luka kau
adalah luka hati ku
----------
Ape bende ni
BalasPadam