Khamis, 7 November 2019

CHINA MERAH PILIHARA JO LOW







CHINA MERAH

MASIH

PILIHARA 

AJEN MEREKA  

Cyprus akan 

batal kerakyatan Jho Low


CYPRUS akan membatalkan kerakyatan 26 individu yang mendapat kerakyatan melalui program pelaburan pasport negara itu, termasuk ahli perniagaan perniagaan yang diburu, Low Taek Jho, lapor Bloomberg.

Mereka yang akan dibatalkan kerakyatan itu terdiri daripada pelabur dan ahli kerluarga mereka, kata Menteri Dalam Negeri Cyprus, Constantinos Petrides.

Seorang pegawai kanan kerajaan berkata selain Low, pembatalan melibatkan sembilan warga Rusia, lapan dari Kemboja, China (5), Kenya (2) dan seorang warga Iran. 

Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, dikehendaki pihak berkuasa Malaysia atas tuduhan jenayah berhubung skandal Malaysia Development Bhd (1MDB).

Minggu lepas Low capai penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ)  untuk mendapatkan semula hampir AS$1 bilion (RM4.18 bilion) yang didakwa diseleweng dari dana 1MDB.

Penyelesaian itu bagaimanapun bukan bermaksud pengakuan salah atau tanggungjawab oleh Low dan tidak juga dikaitkan dengan tindakan jenayah terhadapnya.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador semalam berkata Low bersembunyi sebuah negara lain yang terpencil dan bukan di Cyprus seperti dilaporkan media.

Sementara itu, kira-kira 4,000 kes individu yang menerima pasport di bawah program Cyprus juga akan dikaji semula, kata Petrides. Tambah beliau, langkah tersebut perlu untuk memelihara imej negara itu. – 7 November, 2019.


MESTI SEDANG

DUDUK

DI CHINA MERAH

MUSTAHIL 

DI CYPRUS

KALAU DI CYPRUS

BILA BATAL

NAK LARI

MACAM MANA

KPN PUN KATA

BUKAN DISANA


----------

1 ulasan: