MELAWAN GEMOK
Minggu lalu saya telah menulis tentang gemok dan gedebab. Tulisan saya itu berlatar belakangkan kematian wakil rakyat Dr. Farid Rafik. YB Tanjung Piai merangkap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dr Farid - pakar bius - meninggal dunia pada umur yang masih muda. Al-Fatihah.
Berlatar belakangkan kematian Timbalan Menteri ini saya menulis untuk menyentoh sikap para YB Pakatan Harapan yang gemok-gemok. Terlalu ramai YB GEMOK dalam parlimen Malaysia – dari Pakatan dan dari Barisan. Pada hemat saya para YB tidak sedar bahawa rakyat telah dan sednag melabor terhadap sosok tubuh badan mereka. Pelaburan ini bukan saham dalam bentuk wang ringgit atau intan berlian. Rakyat membuat pelaburan harapan.
Kerana pelaburan ini tidak dapat dilihat turun naik di Papan Pertama atau Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur maka para YB kita kurang sedar. Maka muncul Hishamuddin Rais dengan nada kasar mengingatkan para YB dan juga mereka yang memasang jala untuk jadi YB agar jangan gemok. Rakyat sedang melabur.
Hakikatnya - satu undi untuk Mat Sabu atau untuk Saifuddin Abdullah adalah satu harapan. Perlaburan ini berharap agar Mat Sabu atau Saifuddin akan hidup panjang untuk terus menjadi pemimpin negara. Harapan orang ramai satelah memilih dan mengundi mereka ialah para YB akan mengkotakan apa yang mereka janjikan. Mereka terus sehat lincah dan bugar dalam parlimen bukan terlantar dalam hospital.
Pelaburan harapan inilah yang gagal dilihat dan dirasai oleh para YB. Justeru mereka terus melantak hingga gedebab.
Kenapa saya menghebohkan pekara gemok gedebab ini hanya untuk para YB? Ramai lagi sosok gedebab dalam negara kita ini. Apakah gedebab mereka dianggap ok. Boleh diterima? Sabar dulu biar saya beri pencerahan.
Gemok dan gedebab para YB agak berlainan. Jika Pak Dip Gemok pemilik warung di Kepala Batas meninggal dunia yang bersedih hanya anak isteri dan sanak saudara yang berdekatan. Tetapi apabila YB yang meninggal dunia akan berlaku kelam kabut politik. Pilihan raya kecil wajib dijalankan. SPR memerlukan dana kerajaan. Parti politik akan mencurah tenaga bersama kepala Agong. Bukan itu sahaja PRK akan menjerut pekara yang lain saperti yang telah berlaku di Tanjung Piai baru baru ini.
Gemok dan gedebab bermakna berat badan melebihi ketinggian sosok. Cara mentakrif gemok gedebab ialah melalaui BMI ( Body Mass Index ) atau UIB ( Ukuran Indek Badan ). UIB ini dilakukan secara saitnifik . Pendekatan ini diwujudkan oleh pakar bomoh dan tabib dari WHO ( World Health Organisation). Justeru kita tidak perlu bertengkar atau bertelagah dalam hal ini. Kita terima pendekatan Badan Kesehatan Dunia (WHO) ini sebagai pegangan hidup. Amin.
Dengan hati terbuka saya berani berkata bahawa anak semua bangsa tidak memerlukan UIB atau BMI. Sekali pandang pasti kita boleh nampak si Mamat itu gemok atau si Minah itu gedebab atau langsing. Apatah lagi jika Sang Gemok berdiri dihadapan kita. Pasti pandangan kita terlinding oleh daging badan yang berlebihan. Mata menjadi dacing pengukur yang paling jujur.
Terimalah hakikat bahawa dalam negara ASEAN – Malaysia adalah negara TERGEMOK. Maknanya di Malaysia ramai warganya gemok dan gedebab berbanding dengan negara ASEAN yang lain. Kenapa ini berlaku.
Pada hemat saya telah sampai masanya Malaysia melancarkan kempen nasional melawan gemok. Saya hairan kenapa menteri kesehatan yang bersedia untuk mendenda 10 ribu ringgit terhadap perokok tidak berani melakukan apa apa terhadap warga yang gemok. Malah kita tidak terbaca apa-apa dasar baru terhadap gemok dan gedebab.
Apakah sikap Menteri Kesehatan muncul kerana ramai YB yang gemok terdiri dan rakan dan kawan Menteri sendiri. Maka Sang Menteri langsung tidak berani bersuara menyatakan betapa bahayanya gemok.
Hakikatnya antara perokok dan gemok dari kajian kesehatan gemok lebih banyak membawa mudarat. Penyakit lebih cepat datang kepada sosok gemok dan gedebab.
Laporan kesehatan membuktikan bahawa badan gemok akan menjemput masaalah. Tidur berdengkur. Badan gedebab mengganggu pernafasan. Badan gemok juga menjemput cholestoral dan memanggil lemak datang berkumpul disaluran darah. Badan gemok akan menjemput darah tinggi. Akhirnya datang kencing manis.
“ Kencing manis ini macam stesen Astro…’ kata-kata dari seorang Abang Pemandu Grab yang yang tumpangi awal tahun ini. Saya pelik dan tidak faham apa hubungan Astro dengan kencing manis.
‘ Kalau ada kencing manis… macam kita ada Astro… bila ada Astro … banyak saluran tv masuk… darah tinggi masuk, gaut masuk, buah pinggnng mula sakit… lutut mula lemah …semua saluran sampai…badan bertambah gemok….’ Saya ketawa terbahak bahak bila memahami metapora yang bijak ini.
Pasti ada yang akan menuduh saya ini kurang sopan. Tidak beradab kerana daripada pandangan para Agamawan Pondok gemok itu pemberian tuhan. Pernah tiga tahun dahulu saya diserang oleh kaum feminis. Serangan ini timbul kerana saya selalu membuat lawak berdiri tentang berat badan melalui watak Rosmah Mansor. Saya dituduh ‘ sexist’ .
Saya menjawab - saya bukan sexist tapi saya ‘ sizeist’. Saya bukan benci perempuan . Saya benci gemok. Saya akan menjadi kelam kabut bila melihat orang gemok. Saya menjadi risau . Saya menjadi gelabah.
Kita ada terbaca tentang orang phobia apabila melihat cacing. Ada yang takut pada ruang sempit. Ada phobia melihat lubang. Ada yang takut melihat jarum. Malah Najib dan sepupunya Hishamuddin dihinggapai oleh xanthophobia - penyakit takut melihat warna kuning.
Saya akui saya dihinggapi oleh gemokphobia. Saya sedar gemok phobia – ini belum lagi diiktiaf oleh WHO sebagai penyakit. Tapi inilah phobia yang saya hadapi sekarang. Malah saya juga sedang memerangi diri saya sendiri kerana kilo saya semakin naik. Saya amat-amat takut dengan stesen Astro.
Justeru apa yang wajib dilakukan? Jawapan kepada soalan telah lama terpampang dihadapan kita semua. Hanya kita kurang sedar.
Kita semua tahu jika sesiapa mahu menjadi anggota PDRM atau menjadi soldadu dalam angkatan tentera mereka wajib memiliki ketinggian sekian sekian. Berat badan sekian sekian. Ukuran dada kita sekian sekian. Jika kurang atau melebih maka kita akan gagal.
Ertinya sosok gemok gedebab dan pendek tidak akan diterima untuk menjadi anggota polis atau askar. Ini cara yang tepat. Polis dan askar wajib dilihat tampak , segak, kacak dan bergaya. Khalas.
Malah saya juga difahamkan bukan hanya PDRM atau tentera yang mengadakan syarat sademikain. Syarikat penerbangan juga memastikan pramaguri dan pramagura memiliki tinggi dan berat badan yang ditetapkan.
Mustahil akan muncul seorang pramaguri gedebab ke hulu ke hilir dalam kapal terbang sambil bertanya ‘… tea atau kopi…’ Kapal terbang akan berat sebelah jika ada pramaguri yang gededab. Malah saya difahamkan orang gemok diwajibkan membeli 3 tiket sekali harung untuk satu penerbangan. Ini kerana tempat duduk dalam kapal terbang bukan untuk gedebab.
Pada hemat saya sebelum kita bertemu dengan pramaguri yang langsing dan cun atau pramagura yang kacak dan jambu – kita wajib memiliki kesedaran bahawa gemok adalah musuh negara. Gemok membawa penyakit. Terbukti Malaysia negara tergemok dalam Asean. Ini bermakna belanjawan kesehatan negara akan melonjak. Pesakit akan berduyun duyun memerlukan rawatan. Ini membebankan negara.
Justeru ibu bapa wajib kita sedarkan dahulu. Melawan gemok ini wajib bermula dari rumah. Menteri Kesehatan wajib berani menyatakan dengan jelas dan terang kepada ibu bapa bahawa makanan segera saperi McDonald dan Ketucky ada pembawa gemok. Makanan segera bermudarat tanpa khasiat. Jika perlu larangan saperti rokok maka kita luluskan undang-undang. Gula dan gua-gula wajib diserang dan diperangi habis-habisan. Minuman berkabonate saperti Coca Cola wajib dilawan.
Ibu dan ayah wajib diberitahu dan disedarkan tentang mudarat makanan segera. Disekolah bukan sahaja budi bahasa wajib diajar. Bahaya makanan segera juga wajib masuk ke dalam mata pelajaran. Kenapa ada mata pelajaran latihan jasmani. Kenapa anak murid diajar bersenam untuk sehat? Tapai tidak diajar musuh kepada sehat.
Anak murid juga diajar dari awal tentang bahaya rokok terhadap kesehatan. Musuh negara bukan hanya rokok. Anak anak sekolah juga wajib disedarkan dan diberitahu tentang McDonald dan Coke yang juga musuh negara.
Jika kaum pemodal antarabangsa melawan kembali maka kita lakukan kempen sedunia melawan makan segera, Jepun, Sepanyol, Itali dan Belgium telah wujud NGO yang melancarkan serangan terhadap makanan segera. Malaysia wajib menjadi pemula di ASEAN kerana kita tergemok.
Dari kajian kesehatan badan WHO telah terbukti bahawa makan segara adalah pembawa gemok. Gemok pembawa penyakit. Penyakit pembawa hospital. Hospital pembawa belanjawan kerajaan. Syarikat makanan segera hanya meraih untung. Bil dan kos hospital kita yang membayar dengan harga kesehatan yang membebankan. Semua berpunca dari gemok.
Kempen juga wajib dimulakan kepada semua kanak-kanak yang mahu masuk sekolah wajib. Sebelum masuk sekolah ditetapkan ukuran index badan. Jika melintasi index yang ditetapkan maka anak murid ini tidak akan diterima masuk ke sekolah. Ibu bapa diberi nasehat dan amaran agar menurunkan berat badan Si Cilik.
Langah sademikian pasti mendapat sokongan. Tetapi wajib dijalankan kempen mengolah persetujuan terlebih dahulu. Jangan lakukan saperti kempen anti rokok. Jangan buat undang senyap saperti Perjanjian Rome atau ICERD. Jauhkan Wijawamoorty. Mazlee yang menjadi Menteri Pelajaran wajib disekolahkan dahulu bukan hanya tentang bahaya gemok tetapi tentang cara dan Teknik media untuk mengolah persetujuan orang ramai.
Jika semua ini kita lakukan maka Malaysia akan menjadi negara terlangsing di ASEAN. Anak muda kacak bergaya. Anak dara cun bergetah. Ibu ayah datuk nenek semua segar bugar. Gemok dan gedebab menjadi sejarah. Warga gemok membebankan negara. Warga yang langsing menceriakan semua. Amin. (TT)
Tulisan ini juga disirkan dalam
SUARA KEADILAN
akhbar dwi bulanan
sesiapa ingin melanggan sila pukul talipon
03-92-21-30-45
Gemok is seni tiada kurus tidak gemok oversized overweigh over its limited edition hukhukhuk hoi org gemok romantis di ranjang hebat berombak katil suami dilayan seumpama raja dgn viuman cinta abg ani windu anak dh tido jom bang abg pejam mate i have something new for u bee wow ngengaaard ini adalah the empower of gemok jgan remeh org gemok tak kenal maka tak cinta the truth is org gemok lebih setia dlm hubungan
BalasPadam