POLITIK GEMOK - GEMOK POLITIK
Pilihan Raya Kecil (PRK ) Tanjung Piai baru selesai. PRK diadakan kerana kematian YB Farid Rafi pada 21 September yang lalu. Arwah ini mati muda. Umurnya baru mencecah 42 tahun.
Tulisan ini bukan bertujuan untuk menganalisa kenapa Pakatan Harapan kalah. Atau membutikkan dengan tuntas wujud unsur sabotaj yang menjadikan calon Pakatan kalah terok. Atau mengabsahkan berita bahawa ada gerombolan dalam Pakatan yang mahu Pakatan kalah untuk memberi tekanan kepada Mahathir Muhamad. Bukan, Bukan. Bukan. Tulisan ini bukan tentang semua ini.
Tulisan ini tentang gemok. Tentang sosok gemok. Tentang orang gemok gedempol saperti sosok Rosmah Mansor. Amin
Saya menolak pengunaan perkatan obese. Obese ini tidak memiliki makna yang lengkap dan mendalam dalam budaya Melayu. Ini sama saperti pengunaan perkataan penis untuk pelir, atau faraj untuk puki atau menggunakan khinzir untuk babi. Perkatan sademikian tidak ada membawa isi budaya Melayu. Perkatan ini tidak dapat dihayati sapenuh.
Cuba hamburkan …kamu obese.. kepada anak muda yang gemok. Kemudian cuba hamburkan … kamu gemok… kamu gedempol…kamu gedebab. Kamu obes ….tidak membawa apa-apa inti pati untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan kerana perkataan ini muncul dari budaya asing.
Bahasa Melayu kaya dengan perbendaharaan kata-kata. JIka tidak wujud perkataan tersebut saperti perkataan komputer atau radio maka untuk saya tidak menjadi kesalahan mengambil dari bahasa asing. Saya tidak memiliki sikap extremis saperti Akedemi Peranchis yang ditubuhkan semenjak tahun 1635 dahulu. Seramai 40 orang ahli akademi ini mengawal kesucian Bahasa Peranchis dari dicemari oleh bahasa asing.
Malah ketika saya belajar Bahasa Peranchis ini di Belgium, Cik Gu saya telah menerangkan bahawa mengunakan ayat – le bon week-end ( santai hujung minggu) – adalah kurang tepat. Ini campuran Peranchis dan Inggeris.
Hakikatnya kita tidak perlu berselindung kerana malu nak menyebut puki atau buret. Lalu berselindung dibelakang jubah Arab. Sayugia dingatkan bahawa perkatan-perkataan yang wujud dalam perbendaharaan kata-kata adalah penyambungan sejarah bangsa dan budaya Bani Melayu. Justeru jangan malu dan jangan segan. Gunakan gemok bukan obese. Obese ialah gedempol dan gedebab. Amin.
Kenapa saya merungkai pekara gemok ini. Pada hemat saya gemok adalah pekara darurat yang wajib kita selesaikan dengan serta merta. Untuk saya politik gemok ini lebih memerlukan perhatian dari politik siapa yang akan menggantikan Mahathir selepas Mahathir berundur. Politk gemok gedempol sedang mendesak anak semua bangsa.
Saya menimbulkan politik gemok ini hasil dari pengalaman berkempen dalam PRK Tanjung Piai. Saya lihat sosok sosok gemok dimana-mana saya berkempen. Gemok dan gedempol gedebab bertaburan.
Kematian arwah YB Farid Rafi memaksa saya untuk menggarap tulisan ini. Saya tidak kenal arwah ini. Saya tidak tahu sama ada arwah ini gemok atau tidak. Yang pasti kematian arwah mewajibkan satu PRK diadakan . Arwah mati ketika masih muda belia. Ketika umur sedang rancak dipuncak. Kematian arwah menjadi satu kerugian untuk warga Tanjung Piai dan negara. Arwah mati muda ertinya kesehatan tidak dijaga. Amin.
Saya dari awal lagi telah menentang gemok. Malah diri saya sendiri juga sedang bejuang , beperang melawan gemok. Gemok ini wajib dilihat sebagai musuh utama oleh anak semua bangsa. Gemok dan gedempol menyerang kita tanpa kita sedari. Gemok menyerang tanpa mengira bangsa dan agama. Tidak ambil kira kamu ini jantan betina mau pun sida.
Saya tidak meminati sosok gemok. Jauh lagi gedempol atau gedebab. Saya amat yakin ramai yang akan menuduh – kata-kata saya ini - kurang sopan. Lebih tepat lagi kurang ajar. Kata-kata saya dibaca kasar. Kenyatan saya ini dibaca sebagai bahasa politik yang salah. Hishamuddin Rais …politically incorrect…. saya celupar politik.
Sebelum menularkan tuduhan ini biar saya terangan kenapa saya tidak suka gemok. Kenapa kita wajib melawan gedempol. Kenapa kita wajib bangun berjuang menentang politik gemok.
Mengikut laporan Pertubuhan Kesehatan Dunia ( World Health Organisation ) – dari tahun 1975 – sosok gemok telah meningkat sebanyak tiga kali ganda. Sebanyak 39 peratus warga dewasa dalam dunia adalah gemok. Jumlahnya ialah 1.9 bilion. Seramai 13 peratus atau 650 juta warga dunia ialah jatuh ke tahap gemok gedempol dan gedebab. Seramai 340 juta kanak-kanak antara umur 5 ke 19 tahun adalah gemok. Seramai 41 juta kanak-kanak dibawah umur 5 tahun dalam dunia ini adalah gemok.
Hakikatnya statistik membuktikan manusia dalam dunia ini makin mengemok, makin gedebab dan makin gedempol.
Dalam 10 negara ASEAN - Malaysia adalah negara TERGEMOK. Warga Malaysia paling ramai gemok dan paling ramai gedempol. Rosmah Mansor haya satu ikon contoh.
Justeru berdasar statistik WHO dan stastik ASEAN maka masaya telah sampai untuk kita memerangi gemok. Kita berjaya memansukan ISA. Kita sedang berjuang melawan akta hasutan, melawan rasuah dan menentang SOSMA. Tidak ada sebab kenapa kita semua tidak boleh melawan gemok dan gedempol.
Saya rasa masanya telah tiba. Tiupan sangka kala melawan gemok telah kedengaran. Kita wajib mendirikan saf dan benteng untuk menyerang gemok. Musuh kita pada ketika ini adalah gemok. Barah gemok sedang merebak.
Apa sangkut paut PRK Tanjung Piai dengan politik gemok. Jawabnya – terlalu banyak. Gemok dan politik Malaysia tidak dapat dipisahkan.
Sesudah Pilihan Raya Umum ke 12 ( PRU12) Malayaia mengadakan 16 PRK. Sesudah PRU13 kita mengadakan 13 PRK. Ini untuk DUN dan Parlimen.
Sesudah PRU14 kita telah mengadakan 10 kali PRK. Semuanya kerana kematian penyandang kerusi YB. Rata-rata akibat dari YB gemok justeru mendapat serangan jantung. Kecuali PRK di Port Dickson, di Rantau dan di Cameron Highland. PRK di Belakong kerana YB penyadang mati dalam kemalangan. Gemok jelas dilihat sebagai musuh politik. Amin.
Apa maknanya ini? Maknanya para YB kita banyak yang gemok. Ramai yang gedempol. Mereka senang mati,. Mereka mudah dan cepat mati. Ada mati kerana seranga jantung. Ada mati disebabkan angin ahmar. Latar belakangnya ialah gemok gedempol gedebab. Apabila YB mati ini akan menyusahkan orang ramai yang sedang hidup.
Kita terbaca berita YB pengsan dalam Parlimen. Kita terbaca YB ditandu ketika pertabalan Yang di Pertuan Agong baru-baru ini. Kita terbaca ada seorang YB yang sedang terlantar dihospital. Semuanya kerana gemok . Inilah yang saya takrifkan sebagai bahaya politik gemok.
Saya berkelana di Belgium dan di United Kingdom selama 15 tahun. Ketika saya di UK tidak sampai 10 kali diadakan PRK kerana wakil rakyat meninggal dunia. Malah di Belgium langsung tidak kedengaran.
Para YB di negara Barat cukup setia menjaga kesehatan. Berbanding dengan YB kita dari Pakatan atau dari Barisan- terlalu ramai yang gemok. Ramai yang gedempol. Mat Sabu gemok. Saifuddin Abdullah gemok. Zuraidah gemok. Mujahid gemok. Fauziah Saleh gemok. Rina Harun gemok. Jelas dalam bacaan politik saya gemok dan gedempol adalah musuh politik kita.
“ Datuk… you ni gemoklaaa… turunkan sikit berat badan… rakyat melabor harapan kepada Datuk sebagai Menteri…’ Ini permintaan saya sajelas yang mungkin. Saya ajukan permintaan ini kepada Datuk Saifuddin Abdullah ketika dia memberi kuliah di Bangsar dua minggu lalu.
‘ Abang Mat… rakyat melabur harapan kepada sosok Abang Mat… jagalah kesehatan… turunkan berat badan …nanti rakyat kecewa…’ Ini kata-kata jujur saya kepada Menteri Pertahanan Malaysia Saudara Mat Sabu.
‘ Saudara…. jaga diri..rakyat melabor harapan yang tinggi …mereka memilih Amanah… dan bila tuan jadi Menteri mereka merasa gumbira…pelaburan mereka jangan dikecewakan…..’ Ini kata-kata saya kepada Mujahid di Temerloh tahun lalu ketika sambutan ulang tahun ke 3 Parti Amanah.
Seorang kenalan saya – Towkay China - memberikan 10 paket daun herba. Saya diminta menyampaikan herba ini kepada Hanipa Maidin yang telah dilaporkan jatuh pengsan ketika berdebat dalam Parlimen. Towkay ini melabor harapan bukan hanya kepada YB Hanipa tetapi kepada kerajaan Pakatan Harapan.
Saya merasa kempen Dr Zul melarang merokok ditempat awam adalah baik. Saya tidak menentang, Tetapi pada hemat saya kempen Menteri Kesehatan ini tidak memadai. Anti-rokok dilihat agenda popular untuk di lawan. Maka Pak Menteri berani untuk menganjurkan perlawanan menetang rokok.
Bagaiman dengan gemok? Bagaimana dengan gedempol? Bagaiman dengan gedebab? Bila nak serang gemok? BIla nak serang gedempol?
Saya rasa Menteri Kesehatan tidak berani melawan gemok. Tidak mahu ke hadapan menetang gedempol. Tidak berani memulakan kempen global anti gemok melalui WHO dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB).
Pada hemat saya Menteri Kesehatan wajib memperluaskan kempen jaga kesehatan untuk warga hingga ke akar umbi. Bukan sakerat jalan – hanya berani melawan rokok. Mati kerana gemok lebih banyak dari mati kerana merokok. Malah mati kerana serangan jantung berkait rapat dengan rokok dan gemok. Orang gemok yang merokok berkemungkinan mati cepat.
Kenapa Menteri Kesehatan Malaysia tidak berani melawan gemok? Tidak berani menimbulkan ajenda gedempol dalam Parlimen?
Apakah kerana kilang gemok dimiliki oleh syarikat syarikat gergasai – multinasional - yang besar besar saperti Kentuky dan Mc Donald. Atau Menteri Kesehatan tidak berani berkempen untuk memberi pencerahan kepada anak semua bangsa bahawa makanan segera saperti Kentucky dan Mc Donald adalah punca gemok gedempol.
Untuk permulaan para YB dan Para Menteri yang gemok dan gedempol wajib dikuruskan. YB yang sehat akan menafikan PRK. Jika tak ada yang mati maka tak ada PRK. Rakyat tak susah. Dana selamat. YB yang kurus Mereka wajib menjadi contoh ikutan. Imej Rosmah Mansor telah lupus dari media arus perdana. Jangan kita gantikan imej Rosmah dengan sosok Zuraidah atau Rina Harun atau Fauziah Salleh.
Sosok contoh yang wajib menjadi ikon langsing cun dan bergetah pastilah sosok Dr Wan Azizah , Mari Chin Abdullah atau Nurul Izaah.
Kenapa saya hanya memaparkan para YB yang gemok gedempol. Walhal ramai lagi warga Malaysia yang gemok. Kenapa saya tidak sebut nama mereka. Ini keran bila YB gemok - mereka berpotensi akan dapat serangan jantung yang membawa maut.. Bila mereka mati maka kita yang hidup menjadi susah. Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) wajib menjalankan PRK dengan belanja yang mahal. Semua kerana si YB ini gemok gedempol.
Ini hanya kritikan. Saya wajib brtanggung jawab mengajukan cadangan melawan gemok. Cadangan akan muncul minggu hadapan. (TT)
Tulisan ini juga disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa beminat melanggan
akhbar ini sila pukul talipon
03-92-21-30-45
-------------
Satu faktor gemuk juga adalah budaya berkereta & bermotosikal yang keterlaluan. Paling kelakar bila aku pernah terbaca komen pengguna kereta/motosikal yang beranggapan mereka 'tertindas' sebab kekurangan on-street parking. Sampai begitu malas untuk berjalan kaki sedikit jauh. Aku rasa dalam berkempen untuk guna public transport - boleh juga digalakkan aktif transport iaitu berjalan kaki & berbasikal. Galakkan rakyat tinggalkan kereta/motosikal untuk ke stesen. Mulakan dengan seminggu sekali dan perlahan2 ke dua kali seminggu. Aktif lah sikit - ini sampai guna walking eskalator pun kau tercegat berdiri macam batu.
BalasPadam