Rabu, 4 Disember 2019

18SX-18SG-18PL-18BU






                                         18SX - 18SG - 18PL- 18BU


Dalam negara kita ini ada  klasifikasi apabila hendak menonton filem atau program tv. Pendekatan klasifikasi sademikian digunakan dalam banyak negara. Justeru Malaysia bukan tersendiri. Yang membuat klasifikasi ini ialah Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dibawah kawalan Kementerian Penerangan.

Klasifikasi filem atau program tv yang  ada tanda U - bermakna  umum – emak, abah adik, kakak semua boleh menonton bersama. Kalau ada tanda 18SG maknanya filem ini ada babak seram dan ganas. Bawah umur 18 tahun dilarang menonton. Kalau ada tanda 18SX ini bermakna banyak adigan  sex. Bawah 18 tahun dilarang menonton. Kalau ada tanda 18PL – ini bermakna wajib waspada kerana ada unsur agama dan politik. Bawah 18 tahun dilarang menonton.

Saya sedar hari ini telah wujud rangkaian internet  dan media sosial. Justeru sama ada larang ini masuk akal atau tidak  bukan pekara yang hendak saya lakar. Saya mahu melakar satu lagi klasifikasi 18 yang lain dari yang lain.

Saya – Hishamuddin Rais mencadangkan satu lagi kategori 18.  Ini saya namakan 18BU. Bukan tentang sex, bukan tentang hantu atau keganasan.   Kategori 18BU ini bermakna warga  yang berumur 18 tahun boleh mengundi.  Ini dasar baru kerajaan Pakatan Harapan yang telah diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Kerajaan Pakatan Harapan telah juga menunaikan satu lagi tuntutan orang ramai yang  mahu pendaftaran  untuk menjadi pengundi dilakukan secara automatic. Ini bermakna ada kerja sama yang intim antara Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN) dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini telah  dan sedang dilakukan.

Bersama pendaftaran  automatic dikahwinkan  dengan dasar 18BU. Sesiapa yang melintas masuk umur 18 tahun maka secara automatic Si Polan dan Si Polan itu akan didaftar sebagai bakal pengundi. Dasar ini kelihatan  radikal, progresif dan maju mara membuka ruang  demokrasi. Amin.

Laporan media yang saya baca menunjukkan pada  PRU15 nanti ada 7.8 juta 18BU  yang didaftarkan secara automatic. Pada PRU14 ada  14.9 juta pengundi. Pada tahun 2023 jumlah pengundi kurang lebih 22.7 juta.  Inilah penambahan pengundi dari apa yang saya namakan  18BU. Wow!

Dalam sorak sorai merayakan 18BU ini saya cuba membawa para pembaca ke satu jalur pandangan yang agak berbeza dari kegairahan 18BU. Ini bukan niat saya untuk  ‘potong stim’ atau untuk memperlekeh kejayaan janji Pakatan Harapan. Saya menyokong hak 18BU ini. Tetapi…. tetapi apa?

Sebelum memasuki politik 18BU biar saya nyatakan sajelas mungkin bahawa bakal pengundi 18BU untuk PRU15 yang akan datang pada ketika ini berada dalam tingkatan tiga.

Sila ambil perhatian. Saya ulangi sekali lagi. Bakal pengundi ini sedang berada dalam tingkatan tiga.  Betul. Mereka dalam Tingkatan Tiga. Umur mereka  baru masuk 15 ke 16 tahun. Kah kah kah.

Untuk ini – saya menjemput para pembaca melayari kembali ingtaan  ketika kita di tingkatan tiga.  Untuk warga saluran  satu mungkin agak susuh untuk membuka kembali data tingkatan tiga. Mungkin failnya telah  korup, berkarat, rosak dan terputus-putus atau 404.

Hishamuddin Rais bukan Abu Hurairah yang boleh mengumpul kembali kesah dan  cerita  yang telah berlangsung 200 tahun yang lalu.   Saya sendiri pun merasa agak susah untuk membuka kembali  fail  ingatan tahun 1966 ketika saya dalam tingkatan tiga. Internet membantu  saya mencerahkan ingatan. Walau pun banyak yang menjadi 404. Terima kaseh Ronald Reagan. Amin.

Saya masih ingat lagi di panggung wayang Ruby Theater di Kuala Klawang  Jelebu menayangkan filem  The Bridge on the River Kwai pada tahun 1957. Saya ingat pekara ini kerana   kain layer puteh  panggung Ruby  wajib ditukar untuk screen yang lebih luas.  Tahun ini juga saya masuk sekolah.  Jelas dari ingatan bahawa saya  bertandang ke panggung lebih awal dari bertandang ke sekolah.

Pada tahun 1966 empat orang anak muda dari Liverpool yang memanggil diri mereka The Beatles telah keluar dengan lagu  A Hard Days Night .  Di Persekutuan Tanah Melayu pada ketika  yang sama itu M Osman  anak muda dari Jay Bee telah muncul  dengan lagu Oh Suzana. Pada tahun 1966 juga  muncul A. Ramly dan The Rhythm Boys dengan Kenangan Mengusikk Jiwa dan Oh Fatimah.

Dunia saya berubah.  Saya berjuang mahu menyimpan rambut panjang. Mahu dilihat cool macam anak muda dari Liverpool walaupun tidak tahu  dimana letakanya Liverpool. Atau tahu bezanya antara  Sungai Mersey dengan Sungai Thames.

Tahun 1966 saya dalam tingkatan tiga. Ada pepereksaan Lower Certificate of Education (LCE) pada tahun itu.   Saya tidak ambll pot sangat tentang LCE ini. Kenapa tidak ambil pot. Kerana umur saya baru 16 tahun.  The Beatle, Jeffrey Din dan The Siglap Five, Rolling Stones dan Mick Jagger kelihatan  penting  dan lebih menarik dari LCE.

Saya juga tidak ambil pot  dan ambil tahu apa yang terjadi kepada  Elvis Preseley dan Cliff Richard yang sebelum ini menghantui kakak saya. Saya melihat  Elvis dan P. Ramlee mengalami nasib yang sama . Mereka dilanggar oleh  kugiran   anak muda yang lebih rancak dan lebih mengghairahkan.

Dunia telah berubah. Dunia tidak akan  kembali kepada zaman Elvis dan P. Ramlee. Era pop  Yeah Yeah Yeah  dan Sixties sedang mengoncang dunia.

Kenapa pada tahun 2019 saya menulis hal ini?  Apa sangkut pautnya dengan 18BU?

Saya menulis dengan tujuan untuk memberi ingatan bahawa ketika saya dalam tingkatan tiga  saya tidak ada langsung memiliki kesedaran tentang arah dan tuju negara. Saya sedar ada Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia. Saya tahu Presiden Indonesia namanya Sukarno.  Nama Pengerusi Parti Komunis Indonesia (PKI) namanya D. N Aidit.

Saya sedar ada rancangan untuk mewujudkan Malaysia.  Saya tidak faham kenapa Sukarno marah dengan Tunku. Hakikatnya saya tidak ambil pot. Politik bagitu asing untuk anak sekolah dalam tingkatan tiga.

Mengenai kemasukan Sabah dan Sarawak untuk menjadi Malaysia  yang dingati oleh  hampir semua anak muda generasi  saya ingat - ialah potongan rambut Temenggong Jugah Anak Barieng. Ini kerana  potongan rambut  Jugah Anak Barieng  ini hampir menyamai potongan rambut John Lennon dan The Beatles.  Temenggong Jugah dilihat cool. Amin

Bayangkan ketika  saya sibuk-sibuk dengan John Lennon dan Temenggog Jugah  tetiba tiga tahun kemudian  - dalam PRU3 dalam tahun 1969  - saya diwajibkan mengundi. Saya wajib mengundi kerana umur saya telah masuk 18 tahun. Saya wajib memilih dan menentukan garis dan arah tuju  negara.  Ini satu tanggung jawab. Aduh!

Maka kembali kita  kepada persoalan  18BU. Anak anak muda melintasi umur 18 tahun ini boleh mengundi. Mereka boleh memangkah. Mereka di benarkan memilih siapa menjadi wakil mereka di Dewan Negeri dan  Dewan Rakyat. Hebat bunyinya.

Inilah yang kita hadapi sekarang. Betul. Memang  bukan The Beatles, bukan A. Ramly dan bukan Temenggong Jugah yang menjadi  hot dikalangan ank sekolah tingkatan tiga. Apa  yang menjadi hot dan kontemperori dalam dunia budak sekolah yang berumur 16 tahun sekarang? Saya kurang arif. Kalau mengikut Salalatul Salatin jawanya cukup senang -  walahu alam bissawab.

Betul dan saheh apabila anak muda masuk 18 tahun mereka boleh menjadi polis dan soldadu. Boleh angkat senjata. Boleh  bunuh  orang jahat atau musuh. Justeru tidak ada masalah bila masuk 18 tahun juga mereka boleh mengundi dan memilih perwakilan. Amin.

Tapi timbul persoalannya kematangan. Jadi solddu dan jadi polis dengan senapang dan pistol – tetapi mereka mengikut kawalan dan arahan.
Justeru disinilan persoalan hakiki untuk kurun ini. Untuk anak muda 18BU  dalam PRU15 – siapa  mengawal dan siapa yang memberi arahan?

Saya sedar gulungan Pak Lebai ektremis agama sedang menunggu. Saya juga sedar gulungan   ektremis perkauman sedang membuka pintu untuk menjemput masuk generasi 18BU. Saya sedar bahaya ada dibelakang pintu.

Saya tidak pisimis.  Saya juga bukan optimis gila-gila. Saya realis. Saya akui ini realpolitik. Maka wajib difahami dengan tuntas dan jelas.
Justeru, saya yakin pasti akan muncul  dari kampong  entah mana? Dari pekan  entah mana? Dari ulu kampong entah mana seorang anak muda  saperti Joshua Wong pemimpin Gerakan Payung Hong Kong yang telah memulakan kerja politik ketika berumur 14 tahun.

Saya juga yakin akan muncul pemimpin anak muda Malaysia saperti anak gadis sunti Greta Thunberg yang baru  berumur 16 tahun  dari Sweden. Greta sedang memimpin gerakan Perubahan  Cuaca  (Global Warming ) di pentas dunia. Nota: Gerakan Global bukan gerakan sekolah atau kampong.

Jadi timbul persoalan - apa agaknya agenda 18BU untuk PRU15.  Agenda 18SX? Agenda 18SG?  Saya ada pandangan. Tunggu minggu hadapan. (TT)




Tulisan ini juga disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
akhbar 2 minggu sekali
Sesiapa ingin melanggan 
sila pukul talipon:
03-92-21-3045







----------

4 ulasan:

  1. Tt cakap bahaya ada dibelakang pintu, atau sebenarnya bahaya ada dipintu belakang. Bila sebut belakang maknanya golongan muda ni kemut keliling berahi amat pantang disua pasti mendapat. Nanti akan ada disekolah sosok se lokman adam dan se jamal jamban.

    BalasPadam
  2. aku cadangkan lagi satu iaitu 18b..18 baca..remaja malaysia sekarang malas membaca..aku teringat buku yg aku baca zaman remaja iaitu the old man and the sea karya hemingway..tentang kegigihan pelaut tua..aku rasa kalau remaja kita membaca dan menghayati novel ini pasti 10 tahun akan datang malaysia menjadi negara maju..tiada lagi sailang dalam politik..

    BalasPadam
  3. 1974 gwa ambik LCE ..batch las yg subjek semua dlm BI. Pakai seluar pendek ..90% murid boi tak pakai spender ..sebab kos.

    Gegirl dah tak heran dgn burong boboi ..tapi ada satu studen amoi tanya gwa ..apasat lu punye bulong pakai topi Jelmen ..

    Lepas LCE ..bln disember siswa demo besar ..sumber info gwa radio dan utusan ..studen Melayu digambarkan macam monyet ..malas, bodoh, ngisap, ngentot, suka hiburan ..tak sedar diri ..gwa picaya apa yg diberitakan.

    BalasPadam
  4. LPF bawah Kementerian Dalam Negeri laa TT bukan kementerian peneangan. Adoyai.

    BalasPadam