Khamis, 12 Disember 2019

BERITA BAIK UNTUK MALAYSIA








BIARLAH NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

DILANTIK SEMULA

INI AMAT BAIK

UNTUK MALAYSIA

Ada gerakan angkat Najib jadi pengerusi BN, kata pemimpin Umno

ADA gerakan dalam Umno mahu mengangkat Najib Razak untuk kembali menjadi pengerusi Barisan Nasional (BN), sekali gus memecah tradisi jawatan yang selama ini dipegang oleh presiden Umno, kata beberapa sumber dalaman parti.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight usaha tersebut digerakkan oleh individu yang dekat dengan Najib dan rancak digiatkan di luar Perhimpunan Agung Umno 2019 yang berlangsung minggu lalu, antara 4 hingga 7 Disember.

Sepanjang empat hari perhimpunan, individu yang rapat dengan Najib menganjurkan siri pertemuan bersama pemimpin sayap parti dan ketua bahagian. Pertemuan itu berlangsung sebagai acara makan tengah hari dan makan malam bersempena Perhimpunan Agung Umno.

Sesetengah mereka yang hadir majlis itu mendakwa menerima RM400 dan RM5,000 daripada “orang Najib” pada pertemuan tersebut.  

Seorang sumber dari Pemuda Umno yang menghadiri majlis makan malam tersebut berkata mereka dimaklumkan bahawa Najib mahu berjumpa.

“Tiada masalah… tetapi selepas itu, masa dalam program, juruacara berita yang ketua-ketua pemuda ini bersetuju untuk Najib jadi pengerusi BN.

“Ramai yang datang itu terkejut dan majoriti tidak setuju. Rasa macam kena main.

“Tetapi hendak jaga air muka Najib, kita tunggulah sehingga selesai majlis,” kata sumber yang hadir yang dalam perjumpaan makan malam bersama Najib di Restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra, tempat perhimpunan parti berlangsung.


DIINGATKAN

JANGAN LUPA

BAWA ROSMAH

BERSAMA  

DEMI KEBAIKAN

MALAYSIA
KAH KAH KAH


----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan