Khamis, 26 Disember 2019

DARI FAIL SEJARAH






PAK SAKO
DARI FAIL SEJARAH

Wahai Para Pembacha TukarTiub Yang Budiman

Dari selepas Jepun sampai ke tahun 1960an baik British mau pun Kerajaan Malaya dan kemudian Malaysia kerap bagi Pak Sako makan free.....yakni di tahan samada sebagai tahanan politik atau di bawah undang2 darurat. Ada kala dibuang daerah saperti dilalui YB Menteri Pertahanan  YB Mohamed Sabu juga di Kuala Pilah.

Semasa saya maseh kechil kerap juga Pak Sako berkunjong dan bermalam di rumah kami di Kampong Lundang di Kota Bharu. Bila agak remaja baru faham dia akan datang selalunya lepas dibebaskan dari Pusat Tahanan saperti Batu Gajah....sejurus selepas Pak Sako meninggalkan rumah akan datanglah pegawai2 SB menemuduga Arwah Abah. 

Mereka ingin menanya mengapa dan apa tujuan Pak Sako kemari.Abah terpaksa menerangkan bahawa Sahak Hantu Raya  (keluarga kami tak panggil dia Pak Sako)itu sahabat lama dari sebelum Jepun.Tak kan lah tak nak sambut dan layan.Mujorlah pegawai2 SB tersebut pun faham.

Saya semasa budak pun ada bertanya  Arwah Mak sama ada Pak Sako itu orang jahat kerana selalu kena tahan...jawab Mak.."Kena tahan macham Pak Sahak Hantu Raya itu bukan pasal menchuri atau bunoh orang. Dia kena tahan kerana lawan kerajaan..tak payah malu"...masa itu nak kata faham  bukan sepenohnya tapi tahulah Pak Sahak Hantu Raya itu baik orangnya. Juga tak setuju dengan kerajaan itu bukan jenayah.

ANUGERAH IJAZAH 
KEHORMAT DOKTOR PERSURATAN 
DARI UNIVERSITY  MALAYA
Pada 29hb June 1973  jasa dan pengorbanan Pak Sako akhirnya diiktiraf. Tentu Al Marhum Tun Razak pun terlibat  dengan anugerah Doctor of Letters ini. Pada tahun 1976 dinobatkan Pejuang Sastera.

Pak Sako sesudah dapat pengiktirafan telah dapat kerja tetap dari  majikan lamanya Utusan Melayu/Utusan Malaysia.Jika sebelum ini anak2 buahnya yang menjadi pengarang kena churi2 bagi kerja...semenjak di kosherkan oleh Tun Razak..tak payah sorok2 bantu Pak Sako.Itulah ketinggian budi orang Melayu.

NASEHAT PAK SAKO
Pak Sako tinggal di Hulu Langat..bila dia nak ke Utusan Melayu mungkin untok menyerahkan penulisan mingguan Pak Pandir Moden..alma'alom tak ada email zaman itu, dia naik bas atau prebet sapu.

Pada suatu hari abang saya Kamaruzzaman menjemputnya di hentian bas Puduraya. Semasa minum di kedai kopi bersebelahan mereka terdapat dua gadis berseluar jeans dan amat lepas laku. Pak Sako yang amat peramah bertanyakan hal mereka...kata gadis2 tersebut mereka  dari Johore Baru dan nak ke Langkawi..masa itu Pulau Sumpahan Mahsuri itu belom dimajukan kerajaan.  Perbualan mereka kurang lebeh adalah saperti berikut;

Pak Sako :"Anak2 ni gadis remaja. Pulau Langkawi tu  jauh perjalanan dan terdapat ramai pelanchong hippies dan sudah tentu tempat itu penoh dengan pancharoba..tak takut kah?"

Gadis 1 :"Apalah nak takut pakchik. Kami bukan tak biasa merantau kesini sana. Lagi pun kami ini keturonan orang baik baik..bak kata orang tua tua..Kalau dichampak ke mana lautan pun, jadi pulau!"

Pak Sako :" Tiada lah pakchik sangkal kamu ni dari keluarga baik2. Memang benar kalau  kamu dichampak ke lautan, kamu akan jadi pulau. Janji jangan jadi Pulau Dayang Bunting , sudahlah.

Kah kah kah

Begitulah tajam dan quick wittednya  Arwah Pak Sako






-------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan