Selasa, 3 Disember 2019

HANYA KERAJAAN PAKATAN BERANI LAWAN








HANYA KERAJAAN

PAKATAN BERANI

LAWAN 

Hentikan budaya 'minum-minum' bersama pemohon tender

PEGAWAI awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat dalam pemberian tender perlu menghentikan budaya “entertainment dealing”, minum kopi atau teh tarik bersama pemohon tender, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya.

Beliau berkata langkah pencegahan amalan rasuah seperti tidak keluar minum bersama pihak berkepentingan adalah penting dalam memastikan proses integriti adalah “hidup” dan bukan sekadar mantra.

Menurutnya, dalam proses permohonan tender, terdapat pegawai yang cenderung untuk keluar berjumpa pemohon tender yang berpotensi di luar pejabat dan luar waktu pejabat untuk minum dan “buat deal”.

“Saya tidak bermaksud tidak boleh berjumpa langsung. Jika pegawai itu mempunyai kuasa untuk meluluskan lesen atau tender dan sebagainya, dia tidak seharusnya berjumpa dengan orang tertentu di luar (waktu bekerja) dan mengatakan ia sekadar minum-minum,” katanya.

Ditemui selepas membentangkan kertas bertajuk “Combatting Corruption: Corporate Scandals and Its Challenges” pada sambutan Hari Integriti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Cyberjaya hari ini, Latheefa berkata langkah pencegahan rasuah perlu dipertingkatkan walaupun larangan pemberian hadiah sudah dilaksanakan.

Dalam kertas kerjanya, Latheefa berkata 32 daripada lebih 100 GLC di negara ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi dalam amalan rasuah.

“Pegawai kanan SPRM ditempatkan di 32 GLC berkenaan sementara pegawai lain ditempatkan di GLC berisiko sederhana dan rendah. Mereka mengetuai Unit Integriti dan Governans (IGU) di GLC,” katanya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada October tahun lepas mengumumkan setiap GLC wajib menubuhkan IGU dalam tempoh dua tahun.

Sementara itu, Pengerusi SKMMAl-Ishsal Ishak dalam ucapannya berkata SKMM dijangka melancarkan pelan anti rasuah organisasi pada awal 2020.

“Ia akan melibatkan pelbagai program dan sesi latihan kepada semua warga kerja supaya pengurusan, dasar dan prosedur SKMM mengutamakan integriti dan bersifat anti rasuah,” katanya. – Bernama, 2 Disember, 2019.


MULA MULA

MINUM2

KEMUDIAN URUT2

LEPAS TU ENTOT2

BARU DAPAT

BORANG TENDER

BELUM PROJEK

LAGI

KALAN NAK PROJEK

MAIN GOLF

LAWAT EROPAH

PERGI UMRAH

DAN DAN DAN

TIGA BEG

FULUSIKOM

---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan