Sabtu, 21 Disember 2019

INI PETANDA









TAHNIAH

INI PETANDA

PEMIMPIN ISLAM

YANG SUCI

YANG SYUMUL

YANG JUJUR

YANG WARAK

Ramai hadirin yakin dengan 'sumpah laknat' Najib 

TINDAKAN Najib Razak mengangkat sumpah di masjid hari ini bagi menafikan beliau sebagai dalang pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berjaya meyakinkan ramai hadirin yang menyaksikan upacara “sumpah laknat” itu.

Ribuan hadirin menunggu selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru untuk melihat bekas perdana menteri melakukan sumpah bahawa beliau tidak melakukan apa yang didakwa dalam akuan bersumpah oleh bekas komando Azilah Hadri, yang disabitkan atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006.

Hasnah Abd Rahman berkata, “sumpah laknat” perlu diambil serius. Ia bermakna sumpah atas nama Allah yang mana pelaku akan dilaknat sekiranya berbohong.

“Ia merupakan ikrar paling kuat bagi umat Islam dan Najib telah membuktikan beliau tidak bersalah dengan melakukannya. Sebagaimana yang diketahui umat Islam, ia merupakan sumpah yang paling kuat bagi membuktikan mereka tidak bersalah,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Amy Amieda yang datang dari Rawang untuk menyaksikan sumpah Najib itu berkata, apa yang dilakukan oleh ahli Parlimen Pekan hari ini adalah betul.

“Seseorang perlu takutkan Allah apabila melakukan sumpah sedemikian kerana ia bukan perkara kecil. Beliau berani melakukannya.

Menurutnya, hari Jumaat merupakan penghulu segala hari bagi umat Islam, juga hari yang betul untuk melakukannya, dan di masjid, tempat yang suci, juga menunjukkan kejujurannya.

Azilah dalam akuan bersumpah bertarikh 17 Oktober tahun ini berkata Najib secara peribadi telah mengarahkan beliau pada tarikh yang sama pada 2006 untuk membunuh Altantuya. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu dan Azilah merupakan salah seorang pengiring keselamatannya.

Najib menafikan dakwaan Azilah dan menyifatkan akuan bersumpah itu sebagai salah satu cara untuk kerajaan Pakatan Harapan menutup mulutnya.

Ini merupakan kali ketiga Najib melakukan sumpah di masjid berhubung kes Altantuya. Kali pertama pada 2007 ketika pilihan raya kecil Ijok dan kali kedua pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Menurut seorang pemerhati yang turut hadir di masjid hari ini, yang hanya mahu dikenali sebagai Hadi, 75, akuan bersumpah itu timbul ketika kerajaan PH perlu mengalihkan perhatian rakyat daripada isu lain.

“Ini cara yang digunakan PH untuk mengalihkan perhatian. Mereka cuba untuk menutup isu lain, jadi mereka bangkitkan isu ini. Sekarang Azilah adalah kambing hitam.

“PH perlu lebih fokus kepada bagaimana untuk menguruskan negara dengan lebih baik berbanding mencari cara untuk meletakkan Najib dalam lebih banyak masalah,” katanya.

Najib hari ini ditemani oleh isterinya Rosmah Mansor dan anak perempuannya Nooryana Najwa.

Turut hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan juga beberapa pemimpin dari Umno dan PAS.– 20 Disember, 2019.

SUMPAH INI

WAJIB DIBUAT

TIAP JUMAAT

DISETIAP MASJID

DI MALAYSIA

DAN BERAKHIR

DI KAABAH

OPOOS...

KALAU DAPAT

PASPOT

TAKUT  NAJIB

TERUS 

LARI KERNA

NAK BERIBADAT

JAGA 

KUBUR NABI

LAGI PUN NAJIB

DAH PERNAH BERI

SALAM

PADA KUBUR

MESTI KUBUR

INGAT

MUSTAHIL

KUBUR TAK INGAT
KAH KAH KAH



-----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan