MALAM INI
BERSAMA ITO
BLUES GENG
DI STRAND MALL
Blues takkan hilang - Ito
KUALA LUMPUR: Kumpulan tersohor, Blues Gang, yakin genre diperjuangkan mereka tidak akan hilang walaupun nuansa lain semakin mendominasi industri muzik tanah air.
Vokalis kumpulan itu, Ito Mohd, berkata masih ada golongan pelapis yang akan meneruskan perjuangan bagi memastikan muzik berkenaan terus bertapak di negara ini.
"Mungkin ada yang melihat blues kurang menonjol di arus perdana, berbanding genre lain. Namun, ia tidak bermakna muzik terbabit tidak diminati.
"Sebagai pihak yang terbabit dalam penganjuran acara Blues Festival, yang kali akhir diadakan di Pulau Langkawi, dua tahun lalu, saya lihat masih ramai anak muda kita membawakan muzik sebegitu.
"Ia juga tidak lagi didominasi oleh pemuzik lelaki, malah golongan wanita turut sama menguasainya. Ia sesuatu yang sangat mengagumkan, sekali gus membuktikan blues masih mempunyai penggemar tersendiri," katanya kepada BH Online.
Walaupun ia dikatakan kurang diberikan pendedahan di radio, kumpulan yang popular dengan lagu Apo Nak Dikato itu enggan menyalahkan sesiapa.
Sebaliknya, tegas Ito atau nama sebenarnya Mohd Arif Kendur, 70, untuk meneruskan kelangsungan muzik terbabit, artis itu sendiri perlu mencari jalan mempromosikan produk mereka, tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain.
"Dalam hal ini, kami bernasib baik kerana masih ada stesen radio yang memutarkan lagu kumpulan ini. Mungkin ia disebabkan jenama Blues Gang agak kuat di arena muzik.
“Namun, jika ada pihak merungut lagu mereka tidak mendapat tempat, kita ada banyak cara lain yang boleh dilakukan. Jangan cepat putus asa," pesannya ketika hadir di Balai Berita, di sini, untuk mempromosikan acara Tempatan Festival Universe 2019.
Menurut Ito, pada acara yang menghimpunkan beberapa band terkenal itu, mereka diberikan masa setengah jam untuk menghiburkan peminat.
"Kami sangat teruja untuk menghiburkan peminat dan saya harap, penyokong Blues Gang serta penggemar muzik akan terhibur dengan persembahan kami nanti," ujarnya yang akan menyampaikan lima lagu popular kumpulan itu pada acara dijadualkan berlangsung di Strand Mall, Petaling Jaya itu.
Selain Blues Gang, antara kumpulan muzik yang akan membuat persembahan pada hari pertama ialah OAG, Salammusik, Koffin Kanser, Pesawat, SOG dan Prasasti.
Pada hari kedua pula, pengunjung akan dihiburkan oleh Sonaone, Alif (Sleeq), K-Clique, Benzooloo, Flow Lounge dan ramai lagi.
Peminat boleh mendapatkan tiket untuk menyaksikan persembahan berkenaan di laman sesawang http://tempatanstage.ubertickets.my.
MASIH COOL
MASIH
COUNTER CULTURE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan