Isnin, 23 Disember 2019

PEMIMPIN ISLAM MAKIN BODOH



PEMIMPIN ISLAM

MAKIN BODOH

MAKIN BANGANG

MAKIN NGOK


Apabila Najib hanya baca tajuk berita


ADA satu perkara yang Najib Razak perlu lakukan sekarang, dan lakukan dengan segera – belajar membaca berita, dan belajar dengan betul.

Berhenti dan ubahlah perangai daripada hanya baca tajuk berita.

Sibuk macam mana sekali pun pergi balik dan naik turun mahkamah, kalau hendak baca berita, ambillah masa sedikit. Bacalah dari awal sampai habis. Jangan baca tajuk saja, dan selepas itu buat rumusan dalam kepala tentang cerita yang tidak tentu hujung pangkalnya.

Nampak macam sangat tidak bijak apabila Najib hanya baca tajuk berita dan kemudian membuat rumusan berdasarkan daripada sebaris maklumat saja. 

Lebih malang dan tidak patut, pemahamannya itu beliau sebarkan pula kepada umum. Orang yang membaca komentarnya di Facebook atau mendengar ucapannya pula percaya. Mereka ini percaya sungguh apa yang keluar dari mulutnya.

Najib seorang bekas ketua kerajaan dan bekas ketua parti politik terbesar di Malaysia. Beliau sudah jadi pemimpin politik lebih 40 tahun, pernah memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan dan parti. Beliau cukup berpengalaman dan berpengaruh. Memang patutlah kalau orang percaya kata-katanya.

Tetapi Najib sangat tidak patut dan tidak adil kepada dirinya sendiri apabila menyebarkan pandangan yang dibentuk dengan hanya membaca tajuk berita. 

Bukan saja tidak adil kepada dirinya sendiri, beliau malah tidak adil kepada reputasi baiknya sebagai pemimpin berpengalaman – tidak kiralah entah apa lagi yang tinggal berbaki.

Di Facebook minggu ini,  Najib memetik sekurang-kurangnya dua laporan berita dan menulis komentar pendek, hanya selepas membaca tajuk berita.

Celakanya, orang percaya.

Pertama, Najib memaparkan tangkap layar daripada berita bertajuk “Kabinet setuju penubuhan Majlis Media Malaysia”. Laporan itu memetik kenyataan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith mengenai keputusan kabinet secara dasarnya bersetuju mengenai penubuhan majlis itu. 

“Media di Malaysia semakin ketat dikawal oleh kerajaan PH. Pengerusi mesyuarat majlis juga Menteri PH. Kerajaan BN dahulu tak wujudkan majlis macam ini. Kenapa PH perlu fobia sangat?,” tulis Najib di Facebook.

Ini masalahnya apabila tidak baca penuh isi berita dan tidak ikut wacana penuh isu.

Penubuhan majlis media bukan untuk mengawal media. Penubuhan majlis media untuk meningkatkan etika dan profesionalisme kewartawanan. Ia sesuatu yang dituntut oleh pengamal media, yang mahukan wujud sebuah badan untuk mereka sendiri menjaga kerja-kerja kewartawanan tanpa campur tangan politik dan kerajaan.

Ini bukan untuk kawal media. Ini untuk memperbaiki media. 

Kerajaan BN, yang Najib kata “tak wujudkan majlis macam ini”, malah jauh lebih teruk lagi mengawal dan menyekat media. Semua orang tahu apa yang Najib sendiri buat kepada media semasa berkuasa dulu. Tidak usahlah sekarang pura-pura buat tidak tahu.

Tetapi tidak mustahil Najib memang tidak tahu. Misalnya, beliau tidak tahu bahawa penubuhan majlis media di Malaysia pertama kali disebut oleh ayahnya sendiri semasa jadi perdana menteri pada 1974.

Kedua, semalam Najib naikkan pula tangkap layar berita ”Selepas reformasi sistem, tiada lagi pilihan raya kecil Parlimen”. 

“Setelah kalah 4 PRK (pilihan raya kecil) berturut-turut tahun ini kepada BN (kita tak tanding Sandakan) termasuk kekalahan teruk di Tanjung Piai, PH mahu mansuhkan PRK,” tulisnya, mengiringi gambar tangkap layar dari portal ini.

Ini lagi satu masalah – baca tajuk berita saja.

Cadangan ini datang daripada jawatankuasa khas yang kerajaan bentuk untuk mengkaji sistem dan undang-undang pilihan raya Malaysia. Matlamat akhirnya untuk melihat bagaimana dua perkara itu boleh diperbaiki.

Jawatankuasa diketuai Ab Rashid Ab Rahman, tokoh yang bukan asing dalam hal ehwal urusan pilihan raya di Malaysia. Beliau ada 27 tahun pengalaman menguruskan pilihan raya sebagai setiausaha dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.

Jawatankuasa ini mahu mencadangkan sistem pilihan raya perwakilan berkadar bagi Dewan Rakyat, menggantikan sistem undian pemenang undi terbanyak atau first past the post yang diamalkan sejak Merdeka.

Di bawah sistem itu, parti politik akan membuat senarai panjang calon ahli Parlimen yang bertanding dalam pilihan raya. Pengundi akan memilih parti, bukan lagi calon. Hanya bagi Dewan Rakyat. Untuk dewan undangan negeri, sistemnya dicadangkan kekal seperti sekarang.

Pada kertas undi bagi Parlimen nanti hanya akan ada logo parti, kata Rashid kepada The Malaysian Insight, dalam laporan berita yang Najib hanya baca tajuknya saja itu.

Jumlah peratusan undi yang diperolehi oleh parti politik akan menentukan pula peratusan kerusi yang diwakilinya di Dewan Rakyat nanti.

Ada beberapa perincian lain lagi yang dilaporkan dalam laporan berita itu, setakat yang disebut oleh Rashid dalam wawancara bersama The Malaysian Insight. Rashid tidak memberikan butiran yang terperinci dan mendalam kerana perkara itu, katanya, masih dalam kajian.

Laporan awal kajian akan diserahkan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam masa beberapa hari lagi, sementara cadangan penuh jawatankuasa untuk pembaikan menyeluruh sistem dan pilihan raya akan dikemukakan pada Ogos 2020.

Ada lebih kurang lapan bulan lagi, tetapi Najib tentulah lebih selesa membuat rumusannya sendiri berdasarkan tajuk berita yang beliau baca, daripada cuba mencari tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Rumusan beliau itu malah menjadi pegangan Umno. Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dalam reaksi terhadap laporan The Malaysian Insight mengulangi dakwaan Najib kononnya kerajaan hendak ubah sistem pilihan raya kerana kalah empat pilihan raya kecil sepanjang tahun ini.

Mohamad orang bijak, rasional dan waras. Apakah Mohamad tidak tahu bahawa wakil Umno hadir dalam salah satu taklimat oleh jawatankuasa khas mengenai kajian dan cadangan mereka? Mustahil Mohamad tidak tahu – beliau timbalan presiden parti.

Atau apakah wakil Umno yang datang ke sesi taklimat dan perbincangan itu tidak faham? Atau faham, tetapi tidak memaklumkannya pula kepada parti?

Sistem perwakilan berkadar bukan perkara baru dalam wacana tentang pilihan raya Malaysia. Ada buku pernah ditulis mengenainya; ada forum, seminar dan perbincangan juga sejak bertahun-tahun lalu.

PAS, yang sekarang kawan baik Umno, pun pernah bercakap mengenainya semasa muktamar tahunan parti Islam itu, sekurang-kurangnya baru saja tiga tahun lepas. Mungkin Umno boleh belajar dengan PAS.

Namun, Najib – dan banyak pihak lain juga – akan terus membaca hanya tajuk berita dan selepas itu bersyarah panjang mengenainya seolah-olah mereka sudah tahu semua perkara. Syarah mereka itu akan jadi pembohongan, yang kemudiannya disebar melata ke mana-mana.

Pada zaman politik pasca kebenaran seperti sekarang, fakta sudah tidak lagi penting. Emosi dan akal tidak sihat akan jadi raja.

Inilah cabaran besar politik masa kini. – 21 Disember, 2019.


JANGAN DENGAR

FITNAH NAJIB

MAKAN

NASI KANGKANG

ROSMAH
KAH KAH KANG

----------

1 ulasan:

  1. Memang lah yang bodoh jadi pemimpin, tak salah, berani lawan tidur atas jalan, rakyat ingat pejuang tapi bodoh sakan, sampai sigh cek pun dah tahu bukan sign dia, berapa masuk keluar tak tahu, semua tak tahu, samada nasi kangkung belachan Ros atau memang dari awal bodoh belaka kah kah kah, nasib oh nasib rakyat Malaysia kena tengok sandiwara Najib yang suci syumul berlakon kah kah kah

    BalasPadam