Isnin, 16 Disember 2019

SURAT APA NI ?








WOIT
DULU CAKAP

24 JAM

SEKARANG DAH

DUA MINGGU

INI SURAT NAK

GERTAK

Anwar hantar surat tuntutan kepada peguam Yusoff


ANWAR Ibrahim telah mengeluarkan surat tuntutan kepada bekas kakitangan pejabatnya, Mohammed Yusoff Rawther untuk menjelaskan dakwaan serangan seksual yang dibuat dua minggu lalu, kata peguam presiden PKR itu, Ramkarpal Singh.

Ramkarpal berkata surat itu dihantar kepada peguam Yusoff, Haniff Kathri Abdulla selepas mereka gagal menyerahkan surat tuntutan tersebut kepada Yusoff sendiri.

Ramkarpal memberitahu The Malaysian Insight bahawa kliennya mahu Yusoff menjelaskan tuduhan serangan seksual yang dibuatnya terhadap presiden PKR, dan mendedahkan jika dia adalah individu yang memfailkan akuan bersumpah mengenai serangan seksual tersebut.

Ahli Parlimen Tasik Gelugor itu sebelum ini memberitahu pemberita bahawa beliau akan memfailkan saman fitnah bagi pihak Anwar sekiranya Yusoff mengaku sebagai individu yang membuat akuan bersumpah tersebut.

“Kami telah berjaya menyerahkan surat itu kepada peguamnya Hanif Kathri dan kami akan menunggu balasan daripada peguamnya,” kata Ramkarpal.

Sementara itu Haniff berkata beliau kini di Pulau Pinang dan belum dimaklumkan oleh kakitangannya tentang notis undang-undang tersebut.

“Sehingga Khamis lalu (saya) tidak (dimaklumkan lagi), saya berada di Pulau Pinang sejak Khamis dan akan kembali ke pejabat esok. Saya akan periksa apabila saya pergi ke pejabat,” katanya ketika dihubungi.

Yusoff, bekas kakitangan penyelidik untuk Presiden PKR, menuduh Anwar melakukan salah laku seksual.

Dia mendakwa dalam akuan bersumpah bahawa Anwar cuba memaksanya melakukan seks oral di Bukit Segambut pada 2 Oktober tahun lepas.

Akuan sumpah berkanun itu juga tular di media sosial selepas Yusoff mengadakan sidang akhbar.

Yusoff juga turut membuat laporan polis mengenai insiden itu Sabtu lalu, dan dipanggil untuk soal siasat sebanyak dua kali awal minggu ini oleh polis di Bukit Aman.

Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk merosakkan maruah seseorang.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, dipanggil pihak polis untuk memberi kenyataan Rabu lalu.

Anwar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut, dengan mengatakan bahawa beliau sedang berada di majlis memperingati Mahatma Gandhi pada hari kejadian.

Beliau berkata pada hari tersebut dirinya sibuk berkempen di Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Yusof adalah cucu SM Mohamed Idris, seorang aktivis hak pengguna yang juga teman rapat Anwar. – 15 Disember, 2019.


PASAI APA

ABAM NAK ANTA

SURAT

BUKANKAH ABAM

ADA NO PONE

YUSOF

DENGAR  KOBA

SELALU ONLINE

MINTA ENTOT2

OPPS.... SILAP

....MAAF

MINTA BUAT

RESEARCH
KAH KAH KAH


-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan