WAL TAMATTUN
WAL AKHIRUN
WAL NAJIBON
WA SUKA PUN
Peguam Negara dijangka buka semula kes Altantuya
KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tommy Thomas dijangka membuka semula kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, yang didakwa mempunyai kaitan dengan Najib .
Dua bekas pegawai polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri dan Sirul Azhar yang juga pengawal pengiring Najib disabitkan kesalahan membunuh wanita berkenaan pada 2006.
“Semua orang mengetahui bahawa adalah tidak masuk akal bahawa hanya kedua-dua mereka yang dipersalahkan. Kita tahu bahawa cerita itu tidak lengkap,” kata Tommy dalam temubual bersama Bloomberg, Jumaat lalu yang disiarkan hari ini.
Mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul yang dilihat tidak mempunyai motif menyakinkan, manakala kenyataan akuan bersumpah (SD) terbaru oleh Azilah menunjukkan ada fakta terhadap sebab pembunuhan.
“Lebih banyak untuk polis melakukan siasatan dan kami akan melihatnya,” katanya apabila ditanya jika beliau akan membuka semula kes berkenaan.
Azilah sebelum ini memohon supaya Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan bersalah dan hukuman mati terhadapnya dengan membuat kenyataan bersumpah yang mengejutkan.
Dalam kenyataan itu, Azilah antara lain mendakwa bahawa Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri mengarahkan beliau menahan, seterusnya membunuh Altantuya didakwa sebagai ejen pengintip asing yang mengancam keselamatan negara.
Najib menafikan sebarang pembabitannya dalam kes itu, malah turut melakukan sumpah laknat, Jumaat lalu, dengan menyatakan beliau tidak pernah membuat arahan berkenaan atau bertemu Altantuya.
Pendirian Peguam Negara itu dilihat memberi kelegaan kepada bapa Althantuya, Shaariibuu Setev yang sejak lebih sedekad lalu cuba untuk mencari keadilan di atas kematian anak perempuannya.
Malah, beliau mendesak pihak berkuasa Malaysia membawa pulang seorang daripada suspek pembunuhan anak perempuannya, yang melarikan diri ke Australia, supaya dapat memberi maklumat sebenar di sebalik kes berkenaan.
AL PADAN MUKA
WAL BOOS KU
KAH KAH KAH
---------
Mampoos wal Najib al Juboori
BalasPadamIngat tak dulu masa kecoh2 kes ni, tiba2 bukit aman terbakar. Rakyat memandang ada cubaan hapus bukti. Jadi eloklah dibuka kes ni untuk keadilan semua pihak termasuk Najib sendiri. Main2 sumpah2 ni anak2 aku pun buat jugak. Kemuka bukti di mahkamah la. Baru fair n square. Nik abduh yg warak, tinggi ilmu agama pun sehat ja pihak yg disumpah yg kasi bocor rahsia dia.
BalasPadamaljuburi ... albottomti ...altopipi .. allubango... aljantantu .. alkorekbu... alamak...
BalasPadamkata hari jadi kerajaan esok harga minyak turun .. -- alsyeikh alpapari algoto alnurul aljijah