Rabu, 23 Januari 2019

REST MAY CASE






INI BUKAN

TUKAR TIUB

TAPI THE STAR

KAH KAH KAH




BACA DISINI







BACA DISINI
http://mymonaz.blogspot.com/2009/03/kes-altantuya-talam-dua-muka-pegawai.html


Kes Altantuya : Talam Dua Muka Pegawai Konsulat Mongolia


Demi menjaga 'periuk nasi', kadang-kadang manusia sanggup melakukan apa saja walaupun terpaksa 'bermuka-muka'. Golongan manusia sebegini disebut orang 'kiri kanan dia sapu'. Jumpa pihak A, dia cakap sokong A dan burukkan pihak B. Bila bersama dengan pihak B, dia akan bertindak serupa juga. Inilah sikap yang ditunjukkan oleh Datuk Syed Abd.Rahman al-Habshi, pegawai Konsulat Mongolia di Malaysia. 

Selepas pembunuhan Altantuya, Datuk Syed Abd.Rahman dengan rasa murah hati telah menghubungi Stev Shaaribuu (bapa Altantuya) dan memberitahu "Saya bersedia melakukan apa saja untuk menolong anda." Sikap didikasi dan ramah-tamah yang ditunjukkan oleh Datuk Syed membuatkan Stev percaya dengan keikhlasannya untuk menolong. Stev semakin yakin apabila Datuk Syed dilihat menyebelahinya dengan mendedahkan rahsia : "Kerajaan Malaysia bersedia untuk membelanjakan Euro 500 ribu untuk menutup kes pembunuhan ini."

 Stev Shaaribuu sebagaimana kebanyakan rakyat Mongolia, adalah seorang yang berterus-terang dan jujur. Beliau tidak dapat membayangkan segala tipu muslihat yang dilakukan oleh lelaki berfikiran machiavelli ini. Maka, bila Datuk Syed meminta daripadanya segala dokumen (gambar, laptop, filem, file komputer) untuk membantu siasatan kes pembunuhan anaknya, tanpa berfikir panjang Shaaribu menyerahkan segala dokumen yang diambil dari apartmen Altantuya di Ulan Bator.

 Apa yang berlaku sangat mengecewakan Shaaribuu. Rupa-rupanya Diplomat 'talam dua muka' ini hanya menyimpan segala dokumen milik Altantuya sebagai simpanannya. Tidak diserahkan kepada mahkamah, atau dedahkan ke laman website berita internet. "Kami ingat dia (Datuk Syed) bekerja untuk kami, tetapi sebenarnya dia bertindak bagi pihak Malaysia", kata Shaaribuu dengan nada marah. 

Sehubungan dengan itu, Shaaribuu telah meminta Kementeriaan Luar Mongolia memecat Datuk Syed daripada jawatan sebagai Pegawai Konsulat. Untuk sementara waktu, Kementerian tersebut telah memanggil pegawai diplomat ini di Ulan Bator untuk mendapatkan penjelasan berhubung pendiriannya. Sebagai membenarkan sikapnya, 

Datuk Syed memberitahu Shaaribuu : "Diberikan saya kedudukan yang tinggi dalam UMNO, adalah mustahil untuk saya menentang Najib Razak." Manusia talam dua muka ini selalu bercakap bagi pihak Shaaribuu kepada pihak media tanpa persetujuan Shaaribuu. Pernah semasa Shaaribuu melawat ke pejabat NGO Wanita di Kuala Lumpur, Datuk Syed mengikuti dan memerhatikannya seperti seekor helang sedang memerhati mangsa. 

Kita jangan lupa, Raja Petra Kamarudin (RPK) pernah mendedahkan tentang pertemuannya dengan Datuk Syed di Bangsar. Dalam pertemuan itu, Datuk Syed memberitahu RPK bahawa Rosmah yang mengarahkan pembunuhan Altantuya. Dia juga bagitau kat RPK bahawa KPN nasihatkannya agar berpindah ke luar negara jika Najib jadi PM. Inilah contoh manusia munafiq yang berada dalam UMNO. Lebih jahat dari golongan kafir. Betapa kejinya perangai manusia yang bernama Syed Abdul Rahman ini. 

Dalam kes pembunuhan yang sekejam ini pun dia masih sanggup mengkhianati keluarga Altantuya. Sebagai seorang Muslim, kita mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap Altantuya. Marilah kita berdoa' semuga Allah dedahkan identiti sebenar individu yang terlibat dengan pembunuhan ini. Jazakallah. Anda mungkin juga meminati: Pakar Ekonomi - Ekonomi negara makin jatuh Isu SUK : SPA diminta kaji semula lantikan Khusrin Bangkit perkauman untuk tutup kehilangan RM52 bilion Linkwithin

-------------

MANA GAMBAR ITU





INGAT
SEPUPU ALTANTUYA ADA MELIHAT
GAMBAR NAJIB 
RAZAK BAGINDA  BERSAMA ALTANTUYA
SEDANG MAKAN MALAM DI PARIS
TIAN CHUA DITANGKAP
KERANA MEMBUAT IMIJINASI
GAMBAR INI

SOALANNYA
DIMANA GAMBAR INI?

KUATKAN INGATAN
SILA RUJUK KEMBALI
SEMUA BERITA AKHBAR

ADA LAPORAN BAGAIMANA
ATAH ALTANTUYA
TELAH MEMBERIKAN
SEMUA GAMBAR GAMBAR INI
KEPADA KONSUL MOGOLIA 
DI KUALA LUMPUR

SIAPA MAMAT INI?

MAMAT INI BERNAMA
SYED ABDUL RAHMAN ALHABSHI
POLIS WAJIB PANGGIL MAMAT INI

CASE CLOSE


----------------------

SUMPAH DALAM MASJID








WOIT
SUMPAH DALAM

MASJID

KAH KAH KAH



Najib nafi jumpa Altantuya

Najib  enggan melayan dakwaan sepupu Altantuya Shaariibuu kononnya mendiang pernah menunjukkan gambarnya bersama pakar pertahanan Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang menurutnya bernama “Razak”.

“Itu fitnah. Tipu. Saya tidak pernah jumpa dia. Saya sudah sumpah dalam masjid,” katanya ketika ditemui media di Kampung Lubuk Kulit Kuala Lipis hari ini. 

Sepupu Altantuya Burmaa Oyunchimeg di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi mendakwa Altantuya telah menunjukkan gambarnya bersama dua orang lelaki ketika dalam lawatan ke Paris.



SUMPAH
DALAM MASJID?

KAH KAH KAH

TOK ARAB

ARI ARI SUMPAH

DEPAN KAABH

PUN TIDAK 

ADA MAKNA

KALAU BOLEH 

SEMUA PENYAMUN

BOLEH SUMPAH

DALAM MASJID

KAH KAH KAH

VICENT TAN

BOLEH SUMPAH

YANG DIA

BUKAN TOWKAY

JUDI

KAH KAH KAH


------------------

ANAK RAZAK CUCU RAZAK







SOALAN

KURUN 

INI

Altantuya pernah tunjuk gambar bersama TPM bernama Razak, kata sepupu

SEPUPU mendiang Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu mahkamah yang model dan penterjemah itu ada menunjukkan sekeping gambarnya bersama kekasihnya, Abdul Razak Baginda dan seorang timbalan perdana menteri yang juga bernama “Razak”.

Burmaa Oyunchimeg, 37, memberi keterangan sebagai saksi pertama bagi tuntutan saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga Altantuya terhadap kerajaan Malaysia.

Menurut Oyunchimeg, ketika mereka berada di Mongolia, Altantuya menunjukkan gambarnya bersama kekasihnya, Abdul Razak di Paris. Lawatan ke Paris adalah sebelum pertemuan antara Oyunchimeg, Altantuya dan Abdul Razak di Singapura pada 2005.

“Saya nampak gambar tiga orang, dua lelaki dan Altantuya. Saya tanya siapa mereka, dan dia kata salah seorang daripada mereka adalah timbalan perdana menteri dan seorang lagi ialah Razak yang sama-sama bekerja dan menjalankan perniagaan.



HAMIL
ALTANTUYA HAMIL

KETIKA DILEDAK

JUSTERU

ADAKAH INI

ANAK RAZAK

ATAU

CUCU RAZAK

SOALAN 

KURUN INI

PASTI AKAN

DIKETAHUI

TIDAK LAMA LAGI


-------------------

DEMI LEBAI HADI





DEMI LEBAI HADI
Maaf Tuan TT nak minta lalu dan tumpang tanya...harap Tuan TT tidak marah... Apa ke jadahnya TT engkau ni sikit-sikit sumpah atas nama Demi Zeus sikit sikit Demi Zeus. 
Apa tak ada nama lain ka bersifat tempatan seperti Demi Chief Lebai haji Hadi atau Demi King of Troll Najib the Pirate or at least demi Ahmad maslan...atau nak glamour lagi demi Lokman Adam...pirahhh tanya macam tu pun nak marah ka...! 
on WARTAWAN DAN MALAYSIA BARU
Publish | Delete | Spam
Asrul Sani
at 4:28 PM

Dai


---------------

GAMBAR KARUT?





GAMBAR KARUT?
Ini gambar karut! Tak pakai sarung tanggan! Pakai t-shirt no-sleeve?? Mampus dah lama. Frost bite dan semua pun keras batu! Bohong lagi bohong. Pernah nampak gambar Sherpa pakaibaju T dan tak ada sarung tangan?? 
on MALAS NAK ULAS
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/23/19 




-----------------

MAMAT BERANI








MAMAT BERANI
Berani betul Mamat ni ngaku diri sebagai KING. Atok Gwa adalah kerabat Sultan Sumatera Timur yang lari dari kena semelih semasa Revolusi Sosial Sumatera pada 1946. Tika lari ke Semenanjong Melayu ..
Atok Gwa tak ngaku berdarah Rajo ..hinggo sanggup tukar nama untuk jadi rakyat berklas sengkek. Apo kato BETO balik ko Sumatera dan lantik diri jadi Sultan ..lopeh tu carik Awek Russia ..ada berani. 
on MAKAN TANGGUNG BERAK CANGKUNG
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 1/23/19




------------------

TEKNIK PAU CHINA MERAH









WOIT
GUA DAH CAKAP

RAMAI TAK CAYA

CHINA MERAH 

GUNA TEKNIK

 PAU


ECRL Will Go On After All, Says Daim

The Pakatan Harapan (PH) government suspended the China-backed rail project that connects the Klang Valley to the peninsular east coast over concerns it was overpriced.

Daim was also asked if Penang-born Low Taek Jho, better known as Jho Low who is wanted here in connection with the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) financial scandal, was used as a bargaining chip.

“I can’t respond to speculation,” he replied.

Daim, a close aide of Dr Mahathir, also said he offers his views only “when my advice is sought” when asked if he was still advising the prime minister.


CARA  PAU 

CHINA MERAH

MALAYSAI  NAK

TANGKAP JHO LOW

JADI SAKSI 1MDB

CHINA MERAH

DIPILIHARA 

 JHO LOW

CHINA MERAH 

UGUT

KALAU 

NAK  TANGKAP

JHO LOW

BERI PROJEK

ECRL

NAMPAK CILAKA

CHINA MERAH

-----------

BILA NAK MASUK PENJARA











BOSAN
BOSAN BOSAN

RAMAI DISIASAT

RAMAI DIREMAN

SPRM tahan bekas pengurus kanan produk, dijangka direman esok

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang bekas pengurus kanan produk sebuah syarikat, bagi membantu siasatan berkaitan kes menerima rasuah yang dianggar bernilai lebih RM2 juta.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.35 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas hadir memberi keterangan.



WOIT
BILA NAK 

MASUK PENJARA

RAKYAT TAK SABAR

NAK TENGOK 

SEMUA PENJAHAT

MASUK PENJARA



----------------

WARTAWAN DAN MALAYSIA BARU









WARTAWAN DAN

MALAYSIA BARU


‘ Maaf ya Datuk, maaf Datuk Seri,  maaf Tun …boleh tanya… nak tanya sikit … jangan marah Datuk.. minta maaf.. nak tanya sikit… jangan marah...Ni tentang… nak minta komen tentang….’

Ini cara Hishamuddin Rais mengambarkan  para wartawan Malaysia.  Dailok ini adalah hasil pemerhatian. Dailok ini adalah juga  pengumpulan pengalaman saya  apabila berhadapan dengan wartawan dan pemberita bergenre Malaysia a.k.a genre bodek.

Semenjak tahun 1971 - saya telah berhadapan dengan media. Ini ketika saya mula terlibat dalam gerakan pelajar.  Pada ketika itu saya tidak berapa faham sangat akan peranan wartawan dan pemberita.  Tapi pada tahun 2019 - saya berani mengeluarkan dailok - hampeh - diatas. Ini untuk menerangkan apakah makna genre bodek dalam kewartawan  bergenre Malaysia.

Pernah saya mendengar satu surah klasik tentang wartawan Malaysia. Surah ini disampaikan kepada saya  oleh seorang bekas wartawan NST  ( New Straits Times) yang akhirnya kami sama-sama bekerja di BBC London.

Surah ini bermula dengan lawatan Tina Turner penyanyi dari Amerika. Tina Turner telah sampai ke Kuala Lumpur untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada 25 Febuari 1988. 

Ketika sampai di lapangan terbang Subang Ratu Rock n Roll dan Raja Rhytm ini telah diserbu oleh pengamal media. Satu sidang akhbar telah diadakan. Jurugambar dan perakam berita dari stesen Tv juga sibuk. Semua ingin mendapat berita tentang Ratu Rock ini.

Dengan rambut  Afro mengerbang dan kasut tinggi tumitnya  Tina Turner telah bersedia  untuk  menjawab  apa sahaja soalan dari wartawan. Sidang akhbar ini juga bertujuan untuk membuat  promosi jualan tiket. 

‘ Miss Tina… I am Chin Ling ( bukan nama sebenar) from Female magazine. The leading fashion and beauty magazine in Malaysia… 

‘ Yes.. what is your question darling… Sampok Tina.

‘ Miss Tina.. may I know when do you start singing….’

Tina Turner menarik badan kebelakang. Dia tergamam. Semua wartawan Malaysia tak faham apa yang sedang berlaku. Untuk beberapa ketika semua senyap menunggu jawapan dari Miss Tina.

‘ Darling… go and read my book... Read it…before you come here….’ Jawapan  Miss Tina mungkin masih tidak difahami oleh  ramai para  wartawan dan pemberita  bergenre bodek hingga ke hari ini.

Saya sendiri pun mengalami pekara yang sama. Pada tahun 1994 satelah dua puluh tahun  berkelana saya pulang ke Malaysia. Tiga hari sesudah sampai ke Jelebu saya telah ditahan dibawa ISA - Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dua minggu kemudian saya telah dibebaskan.

Dua hari satelah dibebaskan  saya telah mengadakan sidang akhbar  di Pejabat Datuk Zaid Hamidi - kawan lama saya.  Ramai pengamal media yang datang ke sidang akhbar ini.

Tetiba ada seorang wartawan entah dari akhbar mana dengan bangga bangun bertanya.

‘ Inchek Hishamuddin apa sabenarnya berlaku pada tahun  1974…..’

Saya pandang muka Mamat ini. Saya teringat surah Tina Turner yang telah  saya dengar awal di London sebelum saya pulang ke Malaysia. Saya nak ketawa salah. Saya nak menangis pun salah. Nak ber’darling’ macam Miss Tina dengan Mamat ini nanti disalah tafsir pula.

Nasib baik ketika itu ada kawan lama dari Universiti Malaya. Lalu saya minta kawan lama saya tarik keluar Mamat Pemberita ini dan beri dia kuliah  tentang perjuangan petani dan penoreh getah di Baling pada tahun 1974.

Demi Zeus saya tidak faham kenapa si Mamat Pemberita ini dihantar menemu bual saya tanpa si Mamat  ini mengetahui latar belakang perjuangan warga miskin Baling 1974.

Hari ini dengan adanya internet mustahil tidak dapat dibaca kembali babak sejarah 1974. Mustahil tidak dapat diketahui bila dan dimana Tina Turner mula menyanyi. Jika masih  ada pemberita atau wartawan  yang datang tanpa mengetahui latar belakang apa yang ingin disidang akhbarkan  maka saya akan sumbat talipon bimbit Nokia saya ke mulut wartawan ini. Amin.

Wajib diberita tahu disini bahawa kerja sebagai pemberita dan wartawan ini adalah tugas yang maha suci. Satu pekerjaan yang amat-amat dihormati. 

Apakah para wartawan dan pemberita genre Malaysia  tidak sedar  bahawa semua mereka ini digulungkan ke dalam   - the fourth estate. Atau  perkataan  ‘estate’ ini hanya memberi kefahaman kepada mereka sebagai tanah yang bersangutan dengan kebun getah.

Astaga. Demi Zeus saya beharap mereka akan sedar makna estate ini. 

Untuk memahami konsep estate ini mari kita kembali ke zaman sebelum Revolusi Peranchis 1789. Ini dizaman  Czar, Emperor, Sultan dan Raja memerentah ikut suka hati. Masyarakat  dibahagi kepada tiga kumpulan atau estate. Estate pertama kuam Agamawan. Estate kedua kaum Bangsawan. Estate ketiga ialah Rakyat Jelata.

Satelah dipenggal  kepala Louis ke 16 maka di Parlimen United Kingdom muncul konsep  - the fourth estate. Ini untuk memberi penghormataan  kepada para wartawan dan pemberita  yang melaporkan apa yang berlaku di Parlimen.

Malah dalam konteks  moden pemberita dan wartawan memainkan peranan yang amat-amat penting. Tanpa mereka tamadun moden jadi kucar kacir.

Utusan Melayu sebelum menjadi akhbar ‘kaki bodek ‘ milik United Malays National Organisation telah memainkan peranan yang amat penting dalam mengaris  dan melaungkan ombak MERDEKA kepada Bani Melayu. 

Tanpa Utusan Melayu adalah mustahil untuk Bani Melayu diberi kefahamam tentang garis  politik  Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang menuntut Merdeka. Atau garis perjuangan radikal  Angkatan Pemuda Insaf  (API) yang bersedia mengangkat senjata melawan Inggeris. 

Malah para nasionalis awal Melayu semuanya berpayung dibawa Utusan atau terlibat dalam bidang kewartawan atau penulisan. 

Wajib dirakam untuk sejarah bahawa kader bawah tanah PKM ( Parti Komunis Mlaaya) yang mengajukan konsep  Barisan Nasional dan membuat hubungan diplomatik dengan China Merah ialah seorang wartawan bernama Samad Ismail. Dia juga penulis ucapan dan penaseht Perdana Menteri Razak Husin hingga ditahan dibawah ISA pada thaun 1976.

Kemenangan rakyat pada 9 Mei 2018 pasti telah memeranjatkan ramai para wartawan dan pemberita yang dibaluti oleh budaya bodek.

Saya berani berkata sademikain kerana saya amat yakin budaya bodek  ini amat tebal dikalangan para wartawan dan pengamal media di Malaysia ketika ini.

Kalau dulu mereka membodek Najib. Kalau dulu mereka  membodek Rosmah . Kalau dulu mereka membodek Zahid Hamidi tup tup tup  pada 10 Mei 2018 mereka mula beralih kiblat. Kini mereka  membodek  Mahathir. Mula membodek  Azmin Ali. Mula membodek Lim Guan Eng.  

Dalam sakelip mata mereka berubah tuan. Hakikatnya budaya bodek amat amat tebal dalam rangka dan nafas para wartawan dan pengalam media Malaysia. Untuk saya ini amat bahaya. Pada hemat saya ini perosak agenda perubahan.

Saya tidak mahu mereka membodek. Saya tidak mahu mereka menyokong Pakatan Harapan. Atau membenci Barisan Nasional. Parti mana yang mereka sokong itu hak mereka. Apa  yang saya mahu ialah mereka menjadi wartawan, pemberita dan pengamal media yang jujur dan tulin. Bukan Mat Bodek atau Minah bodek.
Hentikan perangai bodek. Perangai bodek inilah yang telah membawa kemusnahan kepada Tanah Melayu selama ini. Perangai bodek ini telah menjadikan United Malays National Organisation beraja dihati dan bersultan dimata selama 60 tahun. 

Perangai bodek inilah yang membuatkan bertan-tan pasir dijual ke Singapura  walau pun dilarang. Perangai bodek inilah yang menjadikan Rosmah terkinjak-kinjak sebagai First Lady of Malaysia sambil merembat harta negara. Perangai bodek inilah yang memboleh  Jho Low menipu dan mengsonglap duit rakyat berbilion ringgit.

Hentikan budaya -  ‘ Maaf Datuk… Maaf Tan Seri.. Maaaf Datuk Serii.. Maaf Tun… nak tanya sikit jangan marah….’

Woit. Tugas kamu sebagai wartawan dan pemberita bukan sebagai  peminta maaf.

Tugas sebagai wartawan ialah mencari kebenaran. Menulis  kebenaran. Melapor kebenaran. Wartawan bukan ajen kerajaan Pakatan Harapan. Atau ajen kerajaan Barisan Nasional.  Wartawan bukan ajen kepada kuasa. Wartawan  ialah  ajen rakyat. Kepada orang ramai para wartawan bertanggung jawab. Piagam ini wajib difahami.

Rakan sejawat  kamu ialah Pak Sako, Ahmad Boestamam, Rahim Kajai, Samad Ismail, Tongkat Waran, Carl Bernstein, Bob Woodward, Saymour Hersh,  dan John Pilger. Kamu juga wajib mengingati  arwah Jamal Khashoggi yang disalib oleh  Muhamad bin Salman Putra Raja Saudi. 

Dan paling terkini kawan kamu  yang wajib dijadikan contoh ialah Julian Assange. Anak muda kelahiran Australia ini sedang terperangkap  di Kedutaan Ecuador London untuk tahun ke enam. Sosok ini adalah pemula WikiLeaks  - kewartawan zamam internet dn digital.

Kamu wajib juga mengenali Jeremy Hammond pemecah berita yang kini merengkok dalam penjara di  Milan Michigan Amerika. Jeremy ditahan semenjak bulan March 2012.

Jika nama nama ini amat asing bagi kamu ertinya mas telah sampai masa untuk kamu mula membaca dan mengkaji apa itu kewartawaan. Jika tidak kamu akan terus tenggelam dalam budaya bodek.

Kewartawan ialah perjuangan. Berjuang untuk menegakkan keadilan. Berjuang untuk kebenaran. Bukan untuk membodek.

Cuba mulakan budaya baru. Sila tanya Mat Sabu. Sila tanya Anwar Ibrahim. Sila tanya Mazlee Menteri Pendidikan.

‘Abang Mat.. kenduri kahwin anak Abang Mat baru selesai. Ini kenduri besar. Abang Mat baru sahaja menjadi Menteri. Adakah kenduri mewah ini ditaja oleh Towkay senjata?’

‘ Saudara Anwar.. ketika Pilihan Raya Kecil di Port Dickson dulu ada dilaporkan saorang kepala samseng yang bernama Tee Yam @ Koo Tee Kam datang menyambut saudara untuk jamuan makan malam. Apakah jamuan ini ditaja oleh kepala samseng ini? Apa hubungan saudara dengan kepala samseng ini?

‘ Salam mualiakum Ya Aki  Mazlee mana lebih penting menghapus Akta Universiti dan mengembalikan hak pelajar untuk berpesatuan saperti tahun 60’an dan 70’an dari  mengubah warna kasut sekolah.  Apakah ada syarikat kasut yang mencadangkan kepada saudara perubahan ini.’
Jika soalan-soalan berbentuk ini terus keluar dari mulut wartawan da pemberita Malaysia, saya yakin masa depan Malaysia  akan cemerlang.

Tetapi jika  budaya … maaf Datuk… maaf Tan Seri.. maaf Datin Seri…diteruskan maka masa depan Malaysia Baru akan terus gelap. (tt)




NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45



---------------------

DALAM DUA BAHASA






 DUA BAHASA

Mi spik no Inglis. 
Mi no undestan Inglis buk. 
on BRO - BUKU NAK KELUAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/22/19

encik isham..macam ne nak beli buku ni?
brapa rega? jual online tak? 
on BRO - BUKU NAK KELUAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 1/22/19

-------------

AWAS KEPADA CHINA MERAH







AWAS

CHINA MERAH

BUKAN NEGARA

PENGAMAL

SISTEM EKONOMI

SOSIALIS

KINI 

CHINA MERAH

JADI KAPITALIS

MENGEMBANG

UNTUK 

JADI IMPERIALIS

Waspada teknologi 5G China, kata Daim



MALAYSIA perlu berwaspada terhadap peningkatan teknologi 5G China berikutan keupayaannya mencetuskan ancaman keselamatan siber dan digital terhadap negara, kata Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata terdapat kebimbangan teknologi itu akan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencuri maklumat penting dan menceroboh ‘kedaulatan digital’ Malaysia.


CHINA MERAH

BAKAL MENJADI

MUSUH NEGARA

DUNIA KETIGA

MENGGANTI

AMERIKA




-------------------