Jumaat, 27 September 2019

JELAS KENAPA SAUDI TAKUT










SEKARANG JELAS

NGAPA SAUDI TAKUT

-----------

AL- FATIHAH









FATIHAH

Mangsa gempa bumi Maluku cecah 23 orang




ROSMAH

DIMANA

SAJE 

TANYA


-------------

NAJIB JANTAN SUCI







NAJIB JANTAN

SUCI WARAK
aaah temberang kou kaki temberang ini semua tidak mungkin najib seorg ustad tidak tidak najib tidak begitu rosmah isteri mithali goreng lempeng tidak hangus cium kaki suami duduk bersimpuh tium hahi suami jgn fitnah dose jho low seorang budiman mintak 20sen kasi sehigit ini x betol fitnah semata kamu semua jahat. 
on 
AJEN CHINA MERAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
at 15:01

Sua


----------

SEMUA DIAMBIL KIRA










SEMUA 

DIAMBIL KIRA
Suami Mappadulong, 
Puan Seri Puti Rhino masok dulu?. Simbioltik nye pelantar kantin Penjara Sg.Buloh sedang dibesarkan muat untuk 17 bijik kontena ..lobang jamban sebesar 6 kawah sedang digali ..utk mandi dan chebok, Sg.Paya Jaras sedang didlmkan. Tu lah Bik Mama ni ..tak dijel masalah, dijel lagi masalah. 
on 
ROSMAH 
MASUK DULU
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 27/09/19

Cu



-----------

CILAKAK MADEY







CILAKAK

MADEY

ANWAR

CAKAP

MEI2020

NI LAIN

PULAK

Dr Mahathir janji letak jawatan sebelum PRU15

DR Mahathir Mohamad berkata beliau akan meletak jawatan sebagai perdana menteri sebelum pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri Malaysia yang berusia 94 tahun itu berkuasa untuk kali kedua selepas kemenangan gabungan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum Mei 2018.

“Saya berjanji bahawa saya akan meletak jawatan sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan kepada calon lain. Jadi, saya mungkin ada masa paling lama pun tiga tahun,” katanya dalam satu dialog yang diadakan di Majlis Hubungan Luar Negeri di New York pada Khamis.


WOIT

JANGAN

JADI

NGOK

BULAN 

APRIL

2020 ADA

PRU15
KAH KAH


------------

KENAPA JAWAB DI C.F.R








KENAPA

MADEY

JAWAB

DI C.F.R
Dia ada 3 tahun lagi! 
Kah! Kah! Kah! 
on 
NEW YORK CFR
Anonymous
on 27/09/19



TT, gwa cuntpius lagi. Yang angan-angan nak jadi piem tu asyik berpolitik, buat - janjian- bawah meja untuk dapat sokongan. Kalau mamat tu rajin buat kerja ahli Parlimen, ikhlas serbis rakyat, masyarakat dan negara, sudah tentu rakyat sokong jadi piem. Kan senang. Rakyat yang bagi kuasa, tak yah bagi duit gelap. 
on 
PELIK 
TETAPI BENAR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 27/09/19







---------

APA DIA CFR









ANWAR KATA
MADEY WAJIB

BERHENTI

MEI 2020

MADEY JAWAB

DI NEW YORK
DI COUNCIL FOR

FOREIGN  RELATION
NGAPA MADEY TAK

JAWAB

DI GOMABK

ATAU 

DI SENALING

JENG JENG JENG

APA DISEBALIK

C. F. R

HANYA TT

BERANI

LANGGAR




--------

JAWAPAN MADEY







ANWAR

KATA

MEI2020

INI 

MADEY

JAWAB

Berbaki tiga tahun, tiada jaminan pengganti akan lebih baik - Tun M

Dr Mahathir Mohamad akui bahawa beliau mempunyai baki tiga tahun lagi untuk mencapai pelbagai matlamat Malaysia. 

NEW YORK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akui bahawa beliau mempunyai baki tiga tahun lagi untuk mencapai pelbagai matlamat Malaysia.

Katanya, beliau akan melepaskan jawatan sebelum pilihan raya umum akan datang bagi memberi laluan kepada penggantinya.

“Saya berjanji untuk mengundur diri sebelum pilihan raya akan datang dan memberi laluan kepada calon lain.

“Saya mungkin ada sekitar tiga tahun mungkin. Dalam tempoh tiga tahun ini, saya perlu mencapai kejayaan dalam pelbagai perkara,” katanya pada sesi bersama Majlis Hubungan Luar (CFR) di sini pada Khamis.

Dialog bersama anggota CFR itu adalah program sampingan beliau dalam rangka lawatan kerja lima hari ke Amerika Syarikat seiring Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) sesi ke-74.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata tiada sebarang jaminan semua usaha yang dilakukannya ketika ini akan mencapai kejayaan seperti diharapkan.

Jelasnya, sewaktu melepaskan jawatan pada 2003, beliau meninggalkan kerusi Perdana Menteri Keempat dengan kedudukan ekonomi, politik dan pentadbiran yang baik.

Namun, ia berubah apabila penggantinya mempunyai idea yang berbeza.

“Malangnya, apabila anda mempunyai pemimpin yang berpandangan lain, perkara buruk boleh berlaku. Sekarang saya tidak boleh memberi jaminan sama ada akan melakukan yang lebih baik atau yang tidak baik.

“Namun kita akan pastikan segalanya teratur, anggota pentadbiran telah dibersihkan dan melantik mereka yang lebih jujur, tapi kurang latihan, namun mampu untuk melakukan tugas,” katanya.

Jelasnya, beliau telah berjaya membetulkan situasi kewangan negara, mengurangkan hutang, dan merancang untuk menjadikan hutang sedia ada kepada peluang masa hadapan.

CILAKAK

KAH KAH
KAH KAH


---------

INI KEJAYAAN POLITIK JALAN RAYA





SALUT

KEJAYAAN

 POLITIK

ANAK MUDA

TURUN 

KE JALAN RAYA

Jokowi timbang batal undang-undang anti rasuah selepas protes pelajar

JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo berkata pada Khamis bahawa beliau kini menimbang untuk membatalkan undang-undang baru yang mengawal agensi anti rasuah negara itu yang menimbulkan kebimbangan aktivis dan mendorong protes besar-besaran pelajar dalam tempoh beberapa dekad.

Dalam satu ucapan di TV, Jokowi berkata beliau menerima banyak maklum balas berhubung undang-undang baru itu termasuk sama ada beliau akan menggunakan kuasanya untuk menggantikannya dengan satu peraturan semata-mata.

“Tentu kita akan menimbangkannya, menilainya dengan segera,” katanya kepada pemberita.

Aktivis berkata semakan ke atas undang-undang yang diluluskan Parlimen minggu lepas akan menggugat usaha memerangi rasuah. Perubahan tersebut termasuklah menyekat kebebasan agensi untuk mengintip dengar suspek dan mewujudkan sebuah jawatankuasa untuk memantau agensi berkenaan.

Kemarahan terhadap undang-undang baru itu dan rancangan untuk menyemak kanun jenayah Indonesia yang akan mengharamkan hubungn seks luar nikah serta menghukum perbuatan menghina presiden telah mencetuskan protes pelajar.

Puluhan ribu menyertai perhimpunan terbesar sejak protes pelajar 1998 yang mencetuskan kekacauan dan membawa kepada tumbangnya bekas presiden Suharto.

Jokowi menangguhkan pengundian di Parlimen berkait kanun jenayah itu, yang akan menggantikan undang-undang era kolonial Belanda dengan berkata, persidangan baru Parlimen perlu menyemak undang-undang itu bulan depan.


BILA PARLIMEN

TERBUKTI GAGAL

JALAN RAYA

JADI JAWAPAN


-------------

AJEN CHINA MERAH






MASIH ADA

YANG TAK CAYA

CHINA TEMBAM

INI AJEN

CHINA MERAH


Jho Low beri cek AS$100 juta ‘derma’ Saudi tetapi minta saksi tak tunaikan

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan Low Taek Jho atau Jho Low menyerahkan empat keping cek berjumlah AS$100 juta yang didakwa sebagai “derma” dari keluarga diraja Saudi kepada Tabung Amanah Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi diberitahu untuk tidak menunaikannya.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, mengesahkan mengenai empat keping cek yang diterimanya daripada Jho Low pada September 2010 apabila Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pendakwaan merujuk dokumen itu kepadanya semasa pemeriksaan utama.

Sri Ram: Datuk Shahrol, pada September 2010, adakah anda menerima apa-apa cek dari Jho Low?

Shahrol Azral: Ya, saya terima. Saya menerima cek-cek ini dari Jho Low. Dia mengarahkan saya untuk menyimpan cek-cek tersebut ini dan tidak melakukan apa-apa, sehingga diarahkan. Tidak ada arahan lanjut, dan pada akhir tempoh perkhidmatan saya sebagai ketua pegawai eksekutif (Mac 2013) saya menyerahkan cek-cek ini kepada jabatan kewangan 1MDB untuk disimpan.

Saksi kesembilan pendakwaan itu berkata cek-cek tersebut diberikan kepadanya semasa kepentingan 1MDB berjumlah AS$1 bilion dalam joint venture dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) ditukar kepada pelaburan melalui pinjaman kepada PSI.

Kepada perkara ini, Sri Ram meminta saksi itu menjelaskan konteksnya.

“Konteksnya adalah semasa Joint Venture PSI pada September 2009 dan sekitar masa itu, kami menukar ekuiti dalam JV kepada nota Murabahah, Jho Low memaklumkan kepada saya bahawa keluarga diraja Saudi mahu menyumbang AS$100 juta kepada Yayasan 1MDB,” katanya. 

Sri Ram: Sila teruskan

Shahrol Azral: Saya masih ingat Jho Low meminta saya menyediakan cek-cek berkenaan dan saya masih ingat membuat pertanyaan kepada AmBank mengenai nama yang sesuai untuk diturunkan pada cek-cek itu. Jadi sekitar September, mengikut tarikh cek, Jho Low menyerahkan cek-cek tersebut kepada saya. Cek-cek itu tidak pernah ditunaikan.

Sri Ram: Adakah anda tahu tandatangan siapa yang tertera pada cek-cek tersebut?

Shahrol Azral: Tidak

Pada 28 Ogos lalu, Sri Ram dalam pernyataan pembukaannya yang dibacakan pada hari pertama perbicaraan berkata selepas skandal 1MDB terbongkar pada awal Julai 2015, tertuduh bersama Jho Low yang disifatkan sebagai “bayangnya” mengambil langkah untuk menutup jejak jenayahnya.

Beliau berkata dokumen palsu dihasilkan untuk menunjukkan seolah-olah derma daripada seorang Putera Arab, antaranya adalah surat-surat dan empat keping cek, masing-masing berjumlah AS$25 juta yang dikatakan ditulis oleh seseorang yang didakwa sebagai penderma dari Arab.

Bagaimanapun, saksi tersebut berkata cek-cek itu tidak bermaksud untuk ditunaikan dan tidak pernah ditunaikan.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung pada Isnin. – Bernama, 26 September, 2019.


NASIB BAIK

PH MENANG

KALAU TIDAK

TANAH MELAYU

DAH JADI

PROVINSI

CHINA MERAH




----------------

KENG2 TERUS BELOT






KENG2

TERUS

BELOT
BAYANGKAN KALAU NAJIB
TIDAK KITA HUMBAKAN
DALAM PR14 DULU
KITA TAK TAHU SEMUA INI
LANUN BUGIS ANAK BERANAK
BERSAMA AJEN CHINA MERAH
ROMAK NEGARA
DAN 
JUAL  TANAH MELAYU

Bank Negara benar 1MDB pinjamkan AS$330 juta kepada PetroSaudi


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberikan kebenaran kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) untuk memberi pinjaman mata wang asing tambahan berjumlah AS$330 juta kepada PetroSaudi BVI pada Mei 2011.

Perkara itu didedahkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, pada hari ke-14 perbicaraan kes Najib Razak melibatkan dana 1MDB semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Kanan Gopal Sri Ram.

Terdahulu, saksi pendakwaan kesembilan itu mengesahkan surat bertajuk “Kebenaran BNM berkenaan pemberian pinjaman mata wang asing kepada bukan pemastautin bertarikh 20 Mei 2011”.

“Pihak BNM telah merujuk kepada permohonan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Radhi Mohamad bertarikh 18 Mei, 2011 serta mesyuarat antara pihak 1MDB dengan BNM pada keesokan hari iaitu pada 19 Mei, 2011, yang memberikan kebenaran kepada 1MDB untuk memberi pinjaman mata wang asing tambahan berjumlah AS$330 juta kepada PetroSaudi BVI,” katanya.

Saksi juga dirujuk surat daripada AmBank Berhad kepada 1MDB bertajuk “Confirmation of a foreign exchange transaction” bertarikh 20 Mei, 2011.

“Surat ini adalah pemberitahuan kepada AmIslamic Bank Berhad berkaitan arahan pemindahan wang sejumlah AS$30,000,000  ke akaun bernombor 11116073.2000, di mana beneficiary bagi akaun ini adalah atas nama PetroSaudi International Limited (PSI),” katanya. 

Katanya, arahan untuk memindahkan wang ke akaun bernombor 11116073.2000 adalah daripada CEO PSI, Tarek Obaid berdasarkan surat dari Tarek Obaid bertarikh 12 Mei, 2011 yang menyatakan nombor akaun itu.

Ketika dirujuk kepada surat “remittance instruction” daripada 1MDB kepada AmIslamic berkenaan “FX confirmation” bertarikh 23 Mei, 2011, saksi berkata surat itu adalah pemberitahuan kepada bank itu berkaitan arahan pemindahan wang ke akaun PetroSaudi International Limited berjumlah AS$65,000,000. 

Shahrol Azral juga dirujuk kepada “Letter of Instruction (FX Deal)” daripada 1MDB kepada Deutsche Bank berkenaan “remittance of US$110 million” bertarikh 27 Mei, 2011.

Katanya, surat itu adalah pemberitahuan kepada AmIslamic Bank Berhad berkaitan arahan pemindahan wang ke akaun bernombor 11116073.2000 berjumlah AS$110,000,000 dan beneficiary bagi akaun itu adalah akaun nombor 11116073.2000.

“Saya mendapat arahan daripada Tarek Obaid untuk memindahkan wang ke akaun bernombor 11116073.2000 berdasarkan surat dari Tarek Obaid bertarikh 12 Mei, 2011 yang menyatakan nombor akaun itu. 

“Arahan untuk menggunakan benificiary name account number 11116073.2000 adalah berdasarkan surat daripada Tarek Obaid bertarikh 25 Mei, 2011,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos, 2013, di tempat sama.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung. – Bernama, 26 September, 2019.


BELOTLAH KAMU

SEBELUM KAMU

DIBELOTKAN
--------------

NEW YORK CFR






CFR

NEW

YORK

MADEY BERUCAP

DI C F R

APA DIA

C F R

APA MAKNA

MADEY 

BERUCAP

DI C F R 

HANYA TT

BERANI LANGGAR


------------

BERITA APA INI DARI NEW YORK






WOIT

INI 

BERITA

APA 

DARI

CFR

NEW 

YORK



Berbaki tiga tahun, tiada jaminan pengganti akan lebih baik - Tun M

BERITA MENYUSUL

------------


PELIK TETAPI BENAR








PELIK

TAK 

FAHAM

APA 

MAKNA

BERITA

INI ?

Semoga jasa Dr M tak dilupa kerana salah pilih pengganti - ASRI

Yang amat berhormat (YAB) perdana menteri, saya menulis warkah terbuka ini dengan saya penuh sedar tentang semangat YAB Tun mempertahankan identiti tanah air ini.

Pengalaman saya mengenali Tun sejak dulu, menerusi perbualan dan perbincangan sendirian, menjadikan saya percaya ‘semangat Melayu’ Tun melebihi saya.

Walaupun mungkin dalam beberapa isu agama, kita berbeda pandangan, namun saya dapat merasai semangat Islam itu berada dalam urat nadi Tun. Pengetahuan saya tentang hal inilah yang menyebabkan saya menyokong Tun dalam beberapa isu.

YAB Tun, langkah menjatuhkan kerajaan yang lepas atas isu rasuah dan salah guna kedudukan yang berleluasa disebabkan lamanya berada di tampok kuasa mengembirakan ramai rakyat jelata.

Malangnya, dalam membentuk kerajaan baru, pasukan yang bersama Tun dilihat tidak seindah yang diimpikan bagi memenuhi harapan rakyat. Banyak masalah yang tidak sewajarnya muncul satu demi satu.

Ia bukan sahaja faktor kurang pengalaman, tapi faktor kekurangan akal budi, keceluparan, sikap perkauman sehingga melupai identiti negara, ketandusan idea tentang urus tadbir yang baik, dan tidak boleh dinafikan juga keinginan pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa selepas ketiadaan Tun.

YAB Tun, justeru saya ingin mengemukakan beberapa perkara untuk diberikan perhatian;

Walaupun kita memuji usaha menghapuskan rasuah dan perasuah, namun seperti yang kami rakyat bawahan rasai, keadaan negara semakin membimbangkan.

Kebiadaban dan kemelampauan golongan yang ingin menghapuskan identiti negara yang termaktub dalam perlembagaan makin ketara. Sementara kita ketandusan pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi yang dapat diletakkan kepercayaan majoriti rakyat kepadanya.

Bukan seperti diwar-warkan

Jika hal ini terus berlaku, negara akan hilang arah kepimpinannya, lantas keadaan yang tidak aman dan tenteram akan berlaku.

Saya menulis warkah terbuka ini apabila teringat sebelum YAB Tun menjadi PM semula, ketika saya di rumah YAB Tun minum petang bersama Tun dan Tun Siti.

Ketika itu saya ada bertanya tentang kerjasama politik Tun dan siapakah bakal menjadi PM Malaysia jika rancangan politik Tun diteruskan. Seingat saya, jawapan ketika itu tidaklah sama dengan apa yang diwar-warkan sekarang. Namun, itu bukanlah satu isu.

Apapun strategi politik yang YAB Tun susun dan apapun tekanan keadaan YAB Tun sekarang, saya sebagai seorang rakyat Malaysia berharap masa depan negara tidak tergadai disebabkan keadaan yang ada.

Saya percaya negara bukan satu hadiah peribadi yang boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja tanpa satu penelitian dan renungan terhadap masa depan identiti, keluhuran budi dan nilai keinsanan yang waras.


YAB Tun, seperti yang Tun lebih maklum bahawa hukum alam menyatakan bahawa manusia apabila sampai kepada tahap tertentu, mereka tidak mampu lagi melakukan hal-hal yang mereka telah lakukan semasa mereka muda dan sihat.

Umur mempunyai peranannya. Allah telah menjadikan YAB Tun dalam satu keadaan yang luar biasa dan istimewa untuk manusia di zaman ini. Kesihatan dan tahap pemikiran yang masih kuat pada usia yang begitu lanjut.

Pun begitu, ia pasti menuju kepada tahap pengakhirannya. Demikian itulah ketetapan Tuhan bagi penciptaan manusia dan alam.

Jasa dikenang

YAB Tun dalam sejarah, Rajak bin Haiwah merupakan penasihat yang soleh untuk khalifah-khalifah Bani Umayyah. Sulaiman bin ‘Abd al-Malik merupakan khalifah sebelum ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz.

Sebelum Sulaiman meninggal, dia telah meminta nasihat daripada Rajak bin Haywah tentang siapakah yang wajar menjadi penggantinya. Rajak bin Haywah menjawab: “Antara yang dapat memelihara khalifah dalam kuburnya adalah apabila dia melantik orang yang baik memerintah kaum muslimin”.

Akhirnya, Sulaiman sendiri membuat cadangan yang menyalahi kebiasaan pentadbiran sebelum itu. Dia mencadangkan seorang yang bukan saudara kandung, juga buka anaknya, tapi sepupunya ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz.

Apabila Sulaiman bertanya pendapat Rajak bin Haywah, jawabnya: “Saya berpendapat dia seorang yang baik, muslim yang mulia, sukakan kebaikan dan sukakan orang-orang yang baik. Cuma aku bimbang saudara- saudaramu tidak bersetuju dengannya”.

Kata Sulaiman: “Nampaknya begitulah”. Lalu Sulaiman bin ‘Abd al-Malik mengambil langkah politik agar cadangan itu mendapat sokongan kaum keluarganya yang mencengkam pemerintahan Bani Umayyah ketika itu dengan mencadangkan ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz sebagai khalifah, sementara adik Sulaiman iaitu Yazid bin ‘Abd Malik sebagai timbalan (Waliy al-‘Ahd). Dia menulis surat wasiatnya seperti berikut: “Bismillah al-Rahman al-Rahim, ini surat Sulaiman bin ‘Abd al-Malik untuk ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz. Aku telah melantiknya menjadi khalifah selepasku, dan selepasnya Yazid bin ‘Abd al-Malik. Kamu semua dengar dan taatlah kepadanya (‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz). Jangan kamu berselisih pendapat nanti musuh-musuh akan bertindak ke atas kamu” (lihat: Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 9/207, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

YAB Tun, walaupun ada perkara-perkara yang dipertikaikan tentang Khalifah Sulaiman bin ‘Abd al-Malik, namun beliau dikenang jasanya dalam sejarah kerena tindakan berani yang mengenepikan kebiasaan dan melantik calon yang agak jauh menjadi khalifah yang telah membawa rahmat kepada Dunia Islam.

‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz telah menjadi khlaifah yang sangat adil dan soleh. Dalam tempoh dua tahun memerintah, dia telah mencatatkan sejarah pemerintahnya dengan tinta emas bertatah berlian.

Sulaiman bin ‘Abd Malik walaupun tidak setanding ‘Umar bin ‘Abd al-‘Aziz, namun sejarah akan mengenangnya kerena dialah yang memberi laluan tersebut kepada khalifah yang adil itu.

Ini semua kerana dia menerima nasihat Rajak bin Haywah bahawa melantik pengganti yang soleh merupakan amalan yang dapat memelihara seorang khalifah apabila dia menemui Allah nanti.

Saya berharap banyak jasa Tun pada negara ini tidak dilupai disebabkan melantik pengganti yang salah. Sebaliknya, jasa yang banyak itu bertambah dikenang dengan pelantikan pengganti yang baik di sisi Allah dan rakyat.

YAB Tun, dalam sejarah awal Umat Islam, Khalifah Pertama Saidina Abu Bakr al-Siddiq telah mencadangkan agar Saidina ‘Umar bin al-Khattab sebagai pengganti beliau. Di sini saya terjemahkan surat Abu Bakar mengenai cadangan tersebut:

“Bismillah al-Rahman al-Rahim. Inilah apa yang dipesan oleh Abu Bakr bin Abu Quhafah di waktu akhir hayatnya di dunia ini, sedang keluar daripadanya. Ketika permulaan tempohnya di Akhirat, sedang masuk ke dalamnya. Di kala seperti ini, seseorang yang kafir akan beriman, seseorang pendusta akan bercakap benar. Maka aku –dalam keadaan begini- melantik pemerintah kamu selepasku ini ‘Umar bin al-Khattab. Maka dengar dan taatlah kepadanya. Aku tidak akan mengurangkan sedikit kebaikan pun pada (ajaran) Allah, rasulNya, agamaNya, diriku dan kamu. Sekiranya ‘Umar berlaku ‘adil, maka itulah sangkaan dan pengetahuanku mengenainya. Jika dia sebaliknya, maka setiap individu dibalas berdasarkan apa yang dikerjakan. Sedangkan aku inginkan kebaikan dan tidak pula aku tahu perkara yang ghaib. “Nanti orang-orang zalim akan mengetahui di mana kesudahan mereka” Wa al-Salam ‘alaikum wa rahmatulLah”. (al-Sayuti, Tarikh al-Khulafa, 32, Beirut: Dar al-Fikr).

Dalam surat di atas, jelas bahawa pencalonan yang dibuat oleh Abu Bakr, bukan atas kepentingan dirinya. Dia mencalonkan seorang calon yang terbaik pada keyakinannya dengan penuh rasa takutkan Allah dan hukuman Allah apabila dia mati kelak.

Padahal ‘Umar itu insan terbaik selepas dirinya. Pun begitu Abu Bakr masih bimbang dan memberikan amaran yang keras kepada bakal penggantinya tersebut.

Sebagai seorang rakyat muslim, saya mengharapkan YAB Tun mencalonkan pengganti yang benar-benar membolehkan YAB Tun menjawab di hadapan Allah tentang orang yang akan mengambil kuasa politik tertinggi dalam negara ini.

Jangan sampai kuasa itu jatuh ke tangan si rakus yang sanggup menggadaikan apa sahaja untuk kehendak dirinya berkuasa.

YAB Tun, berdoalah, beristikharahlah agar Tun membuat pilihan yang betul dalam hal ini. Semua akan menutup tirai hayatnya di dunia ini. Amalan kita akan dibawa bertemu Allah.

Semoga baki waktu berharga dalam umur Tun ditutupi dengan amalan yang paling soleh iaitu mewariskan kuasa pada pengganti yang baik untuk agama, negara dan rakyat.

Saya berdoa agar kuasa itu tidak jatuh ke tangan pihak yang akan merosakkan segala kebaikan dan kerahmatan yang ada. Jika itu berlaku dengan pilihan seseorang pemimpin sebelum dia pergi, ia merupakan pengakhiran yang buruk.

YAB Tun, maka nekadlah dalam menentukan masa depan negara. Janganlah dipandang wajah sesiapa, pandanglah keredhaan Allah dan murkaNya pada hari kita bertemu denganNya, kemudian tentukan calon, atau biarlah rakyat membuat pilihan untuk diri mereka sendiri.



MADEY DAH

PILIH ATAU

BELUM ?

KAH KAH KAH

BARU FAHAM

ASRI BERI

INGATAN PADA

MADEY JANGAN

SALAH PILIH

RETINYA

MADEY BELUM

PILIH LAGI

PUKRAK MUKRAK

KAH KAH KAH

BERAT 

 MAKIN BERAT
-----------