Rabu, 2 Oktober 2019

TAK ADA SEBUT NAMA ANWAR







TAK ADA SEBUT

NAMA ANWAR



----------

BILA KAYU TUMBANG





BERITA

BAIK

Hina pemimpin BN, ketua MIC Perak dilapor ke biro disiplin

Pengerusi Badan Perhubungan MIC Perak, V Elango dilaporkan ke biro disiplin parti tersebut selepas didakwa menggunakan perkataan yang tidak menghormati bekas berdana menteri Najib Razak, Presiden Umno Dr Abdul Zahid Hamidi dan bekas presiden MIC Dr S Subramaniam.

Timbalan Ketua MIC Cawangan Rungkup, Bahagian Bagan Datuk, Perak, S Subramaniam membuat laporan aduan di ibu pejabat MIC, hari ini.


BILA KAYU 

DAH TUMBANG

BANGLA PUN

BERANI BERAK
--------

JANTAN BETINA RASUAH







JANTAN

BETINA

RASUAH


Bekas CEO SSM dituduh 33 dakwaan rasuah RM5.66 juta


BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Zahrah Abd Wahab Fenner mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas 33 pertuduhan rasuah melibatkan RM5.66 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Anaknya Abdulazeez Wan Ruslan juga minta dibicarakan atas empat dakwaan rasuah melibatkan RM160,000.

Zahrah yang memakai jilbab hitam muncul di kandang tertuduh bersama anak lelakinya berpakaian baju lengan panjang berwarna hitam.

Kedua-duanya kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah membacakan tuduhan ke atas mereka yang mengambil masa setengah jam.

Zahrah yang kontraknya bersama SSM berakhir Julai lalu diwakili oleh Hamidi Mohd Noh manakala timbalan pendakwa raya Allan Summan Pillai mengetuai pendakwaan.

Hakim Azura Alwi menetapkan penguruskan kes pada 26 November. 

Azura membenarkan ikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin untuk Zahrah dan RM70,000 dengan seorang penjamin untuk Abdulazeez.

Pada Januari lalu, SPRM melakukan siri serbuan di Lembah Klang dan beberapa negeri lain termasuk Pahang dan Sarawak bagi menyiasat pemberian projek Sistem Laporan Perniagaan Malaysia bernilai RM500 juta secara langsung kepada syarikat Formis Network Services Sdn Bhd.

Siasatan khusus di Sarawak adalah berhubung perolehan dan pembelian bangunan pejabat bernilai RM30 juta di negeri itu.

Setakat ini juga, jejak kes rasuah, kronisme dan pengubahan wang haram itu membawa SPRM ke lebih 10 buah pejabat, serta gudang, bengkel dan kediaman individu yang dikaitkan dengan kes.

Siasatan ke atas SSM yang bermula awal Januari lalu digerakkan susulan gesaan sebuah pertubuhan masyarakat yang menyenaraikan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pelaksanaan projek berimpak tinggi di agensi itu.

Memorandum itu mendakwa beberapa projek SSM diberikan kepada individu dan syarikat yang sama.

Memorandum itu turut menyenaraikan maklumat yang sebelumnya dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin di Dewan Rakyat, yang mendedahkan dakwaan kelemahan SSM pada November tahun lalu. –  2 Oktober, 2019.



TENKUI

LATKOYA


-------

TAK SAPA TAHU





TAK SAPA TAU
PPotaseh. 
Masuk syurga atau neraka
 adalah ketentuan Allah. 
Ustaz atau mahkluk 
mana sekali pun tak tahu. 
on 
YA USTAD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 02/10/19

Ini






--------

TUTUP LINGKUP







TUTUP

LINGKUP
Siap bertudong litup ..nutop aurat 
..sebijik bulu pun tak nampak 
..tup tup, dicekup melahap rasuah.
 Yang mencekup pula adalah Lat Koya 
..bertudung nampak jambol. 
on 
KANTOI
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 02/10/19

keng bila m




----------

JAM 9 MALAM INI






JAM 9 MLM
APA MADEY

CAKAP HAL

ANWAR DI C.F.C

SILA TONTON



--------

JADI BAJA BUNGA









REPUT

JADI

BAJA

BUNGA
keng bila mati akan masuk syurga sebab dia buat baik pecahkan lobang najib rosmah rompak negara. tt pula, bila mati akan mereput jadi tanah sebab dia taknak masuk syurga atau neraka. kahkahkah 
on 
YA USTAD
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 02/10/19

PP



--------

KAPIR MINTA NAJIB TAUBAT








INI

SUDAH

BERAT

BOSSKU

Nga minta Najib taubat, henti sebar berita palsu 

TIMBALAN Yang Dipertua Dewan Rakyat Nga Kor Ming meminta Najib Razak bertaubat dan tidak menggunakan berita palsu untuk menyerangnya mahupun parti DAP.

Nga berkata tindakan undang-undang turut akan diambil terhadap bekas perdana menteri itu, selain laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang telah dibuatnya.

“Kami akan mendapatkan nasihat undang-undang. Penasihat undang-undang saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Saya harap beliau (Najib) akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat,” katanya selepas majlis Persidangan Serantau Kesatuan Antara Parlimen (IPU)-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini.



KAPIR PUN

DAH MINTA

BOSS KU TAUBAT

INI BERAT

BOSS KU

PEMIMPIN ISLAM

WARAK JUJUR

SYUMUL

TELAH DIHINA

SADEMIKAN

KAH KAH KAH
PADAN MUKA



------------

OTOMATIK KE?








OTOMATIK KE?

TT, umat Islam otomatik dapat 73 bidadari bila mati ke? Yang hati busuk, biadab, tak bertamadun, tapi lagak cam wali dapat bidadari jugak ke? Bidadari cun ke, yang macam kak badak. Saje tanya, jangan marah. 
on 
DAH MATI 
APA HAL AMBIK POT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 02/10/19

s




-----------

KENAPA BERUCAP DI C.F.R TIDAK DI SENAWANG





KENAPA BERUCAP DI C. F. R

 TIDAK DI SENAWANG

Minggu lalu Mahathir di New York untuk hadir di Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA ( United Nation General Assembly)  ke 74. Untuk saya  UNGA 74 ini kira okaylah tak ada apa yang istemewa.  Orang Belgium kata – rien de special - Tak ada yang menakjubkan.  

Bukan saperti UNGA   pada 13 November 1974. Ini  apabila Yasser Arafat pemimpin gerila PLO - Pembebasan  Palestin - datang ke New York untuk berucap di UNGA ke 29.  Abu Ammar nama dalam gerakan gerila  datang dengan terselit sepucuk pistol dipianggang  dan setangkai pohon zaiton.  Zaiton tanda  keamanan dan pistol tanda perjuangan bersenjata.  PLO  tidak ada negara  ketika itu tapi telah dijemput datang. Pada tarikh ini  UNGA memberikan status pemerhati kepada PLO. 

Satu dunia heboh. Heboh. Heboh. Heboh.  Saya yang tidak ada tv mencari tv untuk  menumpang  tengok  Abu Ammar berucap.  Ini kejayaan  kemuncak PLO.

Dalam UNGA ke 74 ini Mahathir terus menimbulkan pakara  VETO. Kuasa  pemutus atau menghalang dari lima ahli negara kuasa besar  - Amerika, United Kingdom, China, Peranchis dan Rusia  - keatas anggota lain ahli PBB.  Sayugia diingatkan bahawa pekara veto ini   bukan kali pertama  diucapkan oleh Mahathir   di PBB. 

Veto ini pada pandangan Mahathir yang mewakili Malaysia adalah  hegemoni kuasa besar yang boleh membuli negara kecil. Justeru  Mahathir mahu dinilai kembali sistem veto ini. Khalas.

Kalau menimbulkan hal veto  di PBB  tidak istemewa  apa dia yang istemewa Mahathir berucap di CFR?

Para pembaca Budiman yang  istemewa kali ini bukan ucapan  Mahathir di UNGA , bukan hal veto, bukan hal orang pelarian Rohingya atau pedatang haram. Bukan bukan bukan. 

Kalau semua bukan apa yang istemewa ?

Yang istemewa di New York pada September lalu ialah temu bual Mahathir di Council of Foreign Relation (CFR).  

Ciss. Betul ke pekara ini ? Atau hanya lebong kering. Bukankah pada tahun lalu di New York ketika  dipersidangan PBB ke 73 Mahathir telah juga ditemui bual oleh CFR.  

Betul lagi tepat. Memang saheh Mahathir tahun lalu telah ditemu bual of CFR.

Kalau tahun lalu sudah ada maka  semua ini macam ulang tayang. Kalau ulang tayang tak  ada yang istemewa. Bosan bosan bosan.
Bro, sabar dulu. Orang Pakitan kata – sabar karo.

Tulisan ini ada satu pencerahan untuk memahami mengapa Hishamuddin Rais  menganggap temubual Mahathir  di CFR pada  26 September 2009 adalah yang paling teristemewa dalam sejarah politik Malaysia di luar negara. Hampir-hampir sama macam Tunku sampai ke London pada 18 Januari hinnga 16 Febuari 1956. Tiga minggu berbincang ajenda   Tanah Melayu Merdeka.
Justeru tulisan ini akan menganalisa  tanda dan makna  yang dibawa oleh CFR. Hishamuddin Rais akan menerangkan   apa itu Council of Foreign Relation.  Amin.

Organisasi CFR ini beribu pejabat di New York. Organisasi  ini ditubuhkan pada tahun 1921. Atau lebih tepat lagi ianya satu Lembaga. Ini bukan lembaga mencari untung – ini lembaga  non profit organization. Lembaga ini menjadi gedung pemikir – gudang fikrah.

Gedung pemikir CFR ini ada sadikit  persamaan dengan Baitul Hikmah yang wujud di kurun ke 8 di Baghdad yang dibina oleh Khalifah Harun Aminul Rashid.  

Sama saperti Baitul Hikmah para inteletual dan para pemikir telah berkumpul , dipungut, diberi dana, disokong  dari pelbagai negara  untuk menulis, menterjemah dan mengeluarkan padangan. 

Baitul Hikmah berasaskan  pandangan akal fikrah  manusia  pada ketika itu untuk kesejahteraan umat manusia yang merujuk kepada al-Quran. Malah Quran itu sendiri dibedah. Manakala di CFR yang menjadi asas punca fikrah ialah sistem ekonomi kapitalis yang wujud disekelilig kita pada ketika ini. Bukan pembedahan sistem kapitalisma.

Lembaga CFR bergerak secara terbuka dan secara rahsia.  

Sesudah Perang Dunia Ke2 – CFR telah  menjemput pemikir, intelektual, peguam,  ahli perniagaan, pemilik media, wartawan terkemuka untuk memberi cadangan kepada  Presiden  Harry S. Truman di Rumah Puteh.

Dari CFR muncul  ajenda European Recovery Program – atau lebih dikenali dengan nama Marshall Plan. Amerika menyediakan dana 18 bilion dolar – nilai tahun 2019 ialah 100 bilion dolar. Dana ini diberi kepada negara Eropah  Barat untuk bangun semula satelah hancur dalam perang. Ketika ini Eropah telah terpecah dua – Eropah Kapitalis – Eropah Sosialis.

Tidak cukup dengan ini CFR juga mecadangkan dibentuk perjanjian persenjataan  dinegara-negara Eropah untuk melawan musuh baru  -  negara sosialis yang dipimpin oleh Soviet Rusia. Perjanjian ketenteraan ini dipanggil NATO- North Atlantic  Treaty Organisation. NATO masih wujud hingga hari ini.

Dari konsep NATO muncul SEATO – South East Asia Treat Organisation untuk Asia Tenggara. Untuk Timur Tengah muncul CENTO atau Baghdad Pact. Semua ini adalah hasil fikrah CFR.

Jelas CFR adalam Lembaga kanan – menyokong kapitalis. Lembaga ini anti gerakan pembebasan. CFR anti sistem ekonomi yang adil untuk umat manusia. Justeru anti sosialis. 

Alaaamak… ini sejarah. Apa  garamnya dengan Mahathir berucap dalam bangunan CFR? Sabar karo.

Lembaga CFR ini juga menerbitkan dua bulan sekali majalah The Foreign Affairs. Inilah satu-satunya majalah yang paling berpengaruh dalam dunia. Setiap perpustakaan yang ada hormat diri akan melanggan majalah ini. Jabatan kerajaan terutama jabatan luar negara wajib membaca dan mengkaji apa isi Foreign Affairs. Hanya politikus jenis Lokman Adam sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah membaca  majalah Foreign Affairs.

Apa hebatnyn majalah ini?

Apa yang mucul dalam majalah ini adalah dasar luar Amerika. Juga tulisan-tulisan dan pandangan ini akan menjadi dasar Amerika.

The Grand Chessboard oleh Zbigniew Brezezinki diulas dalam majalah Foreign Affairs. Kini menjadi dasar pertahan geopolitik Amerika pasca Tembok Berlin. Buku ini mencadang dasar dan stratiji Amerika yang sedang  berhadapan dengan Rusia. Sosok ini ada ahli CFR yang juga  penasehat kepada  President Johnson dan kemudia menjadi Penasehat Pertahanan Presiden Carter. Amin.

Buku  – The End of History (1992) oleh Francis Fukuyama  bermula dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. The Clash of Civilisation (1996) buku garapan Samuel Huntinton bermula juga dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. Dua sosok ini adalah ahli CFR.

Alaaa… apa terernya buku-buku ini? Apa yang intemewanya?  Mahathir bukan membedah buku di CFR?

Betul temubual Mahathir bukan tentang buku. Tapi buku-buku tulisan ahli CFR ini mencadang dan mengajukan dasar luar untuk Amerika.  Cadangan dari tulisan ini menjadi dasar dan   pandangan Amerika kepada dunia luar. 
Spesial sangat ke buku-buku ini ?  Jawabnya senang sahaja. Kalau tak nak jadi Lokman  Adam sila beli, cari, pinjam dan  baca.

Apa lagi hebatnya CFR ini?

Sesudah perang dunia kedua ahli-ahli terpilh CFR telah mengumpulkan para pemikir  untuk merangka stratiji jangka pajang dasar Amerika. Kumpulan ini bersidang secara rahsia. Dari kumpulan ini muncul cadangan diwujudkan  Central Inteligence Agency – CIA . Ini untuk menggantikan Office of Strategic Service – OSS.

CIA muncul dibawah Presiden Trumann pada 18 September 1947.

CIA lembaga jentera rahsia Amerika bertugas untuk mengawal dunia. Menjaga kepentingan Amerika. CIA membuat jaringan bawah tanah, membina sokongan  sulit, merekrut  ajen baru, merekrut simpatisan, mempengaruhi dasar negara asing dan memastikan kapitalisma selamat.

Itu sahaja ? Ada lagi. CIA juga merancang siapa naik dan siapa turun – siapa jadi Perdana Menteri  atau Presiden dalam negara mana dalam dunia ini. CIA merancang rampasan kuasa menjatuhkan Sukarno di Jakarta  ( 1965) dan Allende di Chile (1974).  Siapa wajib Amerika disokong dan siapa wajib dijatuhkan semua diatur oleh CIA.  CIA merancang untuk kepentingan dunia kapitalis.

Pekara CIA ini saya amat yakin S.Husin Ali tahu bebenar. Sebelum PRU13 S.Hamid ali bekas pemimpin pelajar Univdersiti Malaya. S. Hamid yang juga adik kepada Syed Husin adalah juga  bekas gerila pembebasan Parti Komunis Malaya. Satelah berdamai Syed Hamid telah aktif membantu rakyat dengan  gerakan NGO bernama Insani di Batu Pahat . Syed Hamid menjadi ahli PKR dan bertugkus lumus membina sokongan warga Batu Pahat kepada parti.

Tup tup apabila PRU13 sampai nama Syed Hamid  telah digugurkan. Syed Hamid frus menonggeng. Kecewa bagai nak rak. Bila saya temui abangnnya Syed Husin tentang hal ini dia  berkata:
‘ Geng jeneral askar dalam PKR dan  jaringan CIA … yang halang  Meed..’

Lihat betapa jauhnya pengaruh CIA megikut analisa Syed Husin. Hinggakan siapa jadi calon PKR pun CIA mahu masuk campur. Khalas.

Woit… Hishamuddin Rais… janji nak beritahu apa yang teristemewanya Mahathir berucapa di CFR.

Opps… saya hampir terlupa. Di Amerika Serekat  selain dari CFR ada  satu lagi organisasi bukan kerajaan  yang amat amat berpengaruh. Namanya ialah  AIPAC – American Israel Public Affairs Committee.  Sesiapa yang hendak menjadi Presiden Amerika akan menyembah  AIPAC.  Tanpa sokonagn CFR dan AIPAC  mustahil ada sosok yang akan  berjaya menjadi Presiden Amerika.

Setiap bakal Presiden Amerika akan ditemu bual oleh CFR dan AIPC. Jangan salah cakap. Jika salah cakap masa depan politik akan lungkup.

Satelah saya terangankan sejarah dan peranan CFR maka saya harap kita bukan lagi Lokman Adam untuk gagal memahami makna dan tanda CFR. Untuk memperkukuhkan lagi surah saya tentang peranan CFR ini biar  saya surahkan satu lagi babak.

Ini babak PNAC – Project  for the New American Century. PNAC ini  adalah juga Ngo yang mencadangkan dasar luar Amerika. Ahli-ahli PNAC  adalah juga ahli CFR.  Antara nama yang dikenali dunia ialah Donald Rumsfeld – Menteri Pertahan Amerika. Dick Cheney Naib Presiden George  W Bush. Dan Paul Wolfowitz duta Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan juga  Dekan yang mengajar di John Hopkin Universiti. 

Kumpulam PNAC inilah yang berjaya meyakinkan Presiden Bush untuk menyerang Iraq.

Siapa Paul WolfowitZ ini? Namanya macam pernah dengar. Betul. Paul Wolfowitz ini ialah kawan baik Anwar Ibrahim. Penyokong setia Anwar di Amerika.  Apa sangkut pautnya  antara   Mahathir ditemu bual di CFR dengan Paul Wofowitz dan Anwar Ibrahim?

Inilah yang teristemewa . Ini induk berita. Inilah daging burger. Inilah caviar. Inilah yang special   untuk ucapan Mahathir di CFR dan bukan di Senawang. Mahathir berucap dihadapan kaum kanan Amerika. Mahathir berucap dihadapan ajen-ajen CIA, simpatisan CIA  dan jaringan CIA.

Tapi lebih penting Mahathir mangatakan bahawa dia akan terus menjadi PM sehingga  PRU15. Yang ini Syed Husin Ali amat faham. Maka Syed Husin jadi panas baran.

Dalam temubual ini Mahathir tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai pengganti.

Mahathir hanya berkata ’ …..I will step down.. and give to another candidate…’   Yang ini kita semua wajib faham faham.

Sabenarnya temubual di CFR ialah jawapan Mahathir kepada temu bual Anwar Ibrahim dengan  Bloomberg pada 17 September lalu. Mahathir secara stratijik telah berucap  dihadapan kelab penyokong Anwar. Kawan baik Anwar Saudara Paul Wolfowitz tidak hadir, Saudara  Al Gore pun tak nampak muka. Tapi saya yakin semua ucapan Mahathir ini telah sampai kepada Saudara Paul. Dan telah juga sampai kepada  Saudara Anwar dan jaringan yang lain. Amin.  (TT)













---------

LU NAK TIPU LAT KOYA?









KANTOI
LU INGAT 

LU BOLEH TIPU

PUTAR ALAM

DENGAN

LAT KOYA

LU SILAP BESAR


Muslihat bekas pengarah Kastam terbongkar


SELAMA setahun seorang bekas pengarah kastam mengerahkan pasukan penguatkuasaannya memburu sindiket penyeludupan, namun beliau memastikan mereka tidak menghidu sindiketnya sendiri.

Muslihat pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia itu, yang dipercayai sudah mengaut jutaan ringgit daripada kegiatan seludup arak rokok, terbongkar sehingga membawa kepada penangkapannya hujung minggu lalu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insight bahawa sejak setahun lalu bekas pengarah kastam negeri itu menyalurkan maklumat mengenai kegiatan penyeludupan sindiket lain sebagai helah menutup belangnya sendiri.

Bekas pengarah itu menubuhkan sebuah badan masyarakat selepas beliau bersara pada November tahun lalu dengan matlamat membantu pihak berkuasa menangani aktiviti penyeludupan rentas sempatan.

“Bagaimanapun, ia serampang dua mata apabila maklumat mengenai sindiket lain disalurkan kepada pihak berkuasa sementara sindiket yang didalanginya bebas beraksi kerana mampu membaca gerak geri penguatkuasa di sempadan.

“Kedudukannya sebagai bekas pengarah negeri membuatkan orang ramai yakin dan percaya untuk salurkan maklumat mengenai aktiviti penyeludupan di sempadan.

“Apa yang dia tidak tahu, sindiketnya juga diperhatikan oleh pihak berkuasa,” kata sumber kepada The Malaysian Insight.

The Malaysian Insight difahamkan sindiket bekas pengarah kastam ini beroperasi dengan lancar menyeludup arak dan rokok kerana mempunyai maklumat dalaman.

“Pengalamannya bekerja di negeri juga membantu sindiket yang didalanginya senang keluar masuk menyeludup barangan terlarang dari negara jiran,” tambah sumber.

Bekas pengarah kastam itu ditahan bersama dua lagi suspek iaitu pengarah syarikat swasta yang sudah lama dikehendaki pihak berkuasa kerana mendalangi banyak aktiviti penyeludupan.

“Mereka kebal selama ini kerana mempunyai pengaruh malah terkenal sebagai raja penyeludup rokok dan arak tiruan.

“Mereka turut mendalangi sewa lesen import secara haram kepada sindiket menyeludup arak dan rokok tiruan.

“Mereka mengeluarkan setem kastam tiruan dan menyalahgunakan lesen import yang dikeluarkan agensi cukai itu untuk aktiviti haram,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Ahad mengumumkan ketiga-tiga mereka ditahan pada Sabtu dan dibenarkan untuk ditahan reman selama lima hari bermula Ahad oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Bekas Pengarah Kastam itu ditahan ketika memberikan keterangan di pejabat SPRM di Kelantan sementara dua pengarah itu ditahan di sebuah hotel di Genting Highlands.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga mendapat perintah untuk membekukan akaun suspek serta beberapa individu lain yang disyaki terlibat.

“Keseluruhannya, akaun 20 individu dan empat entiti dibekukan,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan satu sindiket tempatan dikesan mendalangi pengeluaran lesen haram kepada pengimport arak dan rokok untuk membawa masuk bahan kawalan itu.

Sindiket yang aktif di Kuala Lumpur dan Selangor itu mengeluarkan lebih 10 lesen sejak awal tahun ini dengan mengaut antara RM100,000 hingga RM200,000 untuk setiap lesen.

The Malaysian Insight sebelum ini juga melaporkan agensi anti rasuah mula menyiasat beberapa pegawai tinggi kastam yang dipercayai terlibat dalam kes penyeludupan rokok dan minuman keras.

Siasatan itu turut melibatkan kegiatan enam buah syarikat yang didakwa menyalah guna lesen import yang dikeluarkan oleh kastam, yang membolehkan mereka membawa masuk rokok dan arak tanpa membayar cukai. Enam syarikat itu dalam pemantauan SPRM. – 2 Oktober, 2019.




RAKYAT

TUNGGU

PASTI

RAMAI

LAGI
----------

ANAK MUDA HEBAT






ANAK

MUDA

HEBAT

Tulang belakang Foodpanda lancar mogok

LEBIH 100 penghantar makanan Foodpanda mengadakan bantahan di ibu pejabat syarikat aplikasi itu di Kuala Lumpur hari ini sebagai sokongan kepada rakan mereka yang melancarkan mogok di beberapa negeri sejak dua hari lalu.

Mogok itu sebagai membantah sistem pembayaran baharu yang tidak lagi dibuat berasaskan masa tetapi semata-mata jumlah penghantaran. Skim itu berkuatkuasa hari ini.

Mereka membantah kerana mendakwa sistem pembayaran baharu itu bakal menjejaskan pendapatan.

Bantahan di luar pejabat Foodpanda di Cheras, Kuala Lumpur bermula 11 pagi dan berakhir 3.30 petang.

Media sebelum ini melaporkan pekerja Foodpanda di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan merancang mogok tiga hari sementara di Pulau Pinang selama seminggu. Mogok sama juga berlangsung di Perak dan Sabah. 30 September, 2019.


INI KALI 

PERTAMA

TEKNOLOJI

MEMBOLEHKAN

ANAK MUDA

MENYUSUN

BERGERAK

UNTUK BANGUN

MELAWAN

KAPITALISMA
---------

KENAPA MADEY DI C.F.R









KENAPA
MADEY

DI C.F.R

JAM 

SATU

SILA

BACA





---------

ANAK MUDA BANGUN LAWAN





ANAK 

MUDA

BANGUN

LAWAN

Penghantar makanan Foodpanda solidariti rakan di luar Lembah Klang




Penghantar makanan Foodpanda solidariti rakan di luar Lembah Klang


BERITA MENYUSUL


--------

LAT TERUS BONGKAR






LAT 

TERUS

LAGI

Muslihat bekas pengarah Kastam terbongkar


BERITA MENYUSUL


-----------

DAH MATI ABIS CERITO






DAH MATI

ABIS CERITO
jawapan mudah je..
kalau dah mati ikut yg hidup la nak buat guana...nak campak ke laut ke..nak biar atas tanah ke..nak gantung kat pokok ke..apa susah susah nak pikir...yg mati tak leh pikir dah..lantak la org nak buat apa kat mayat tu...tapi kalau tt yg mati mungkin doktor pelatih simpan buat eksperimen...sebab genius budak jolobu ni.. 
on 
DAH MATI 
APA HAL AMBIK POT
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 01/10/19

Sa


------

SAKAI TAK BERLAKON







SAKAI 

TAK BERLAKON

org bodoh cakap pasal hidup mewah selepas mati, masa idup buat durjana, rompak duit rakyat, curi tabung masjid, dapat lubang 72, janji janji manis, janji capati, sesiapa yang beriman nescaya menerima balasan yang setimpal, pasal tu orang Tarak respek, 
cakap lain sondol belakang, berkuliah siang malam rasuah masuk, syabu masuk, beer masuk, nombor ekor beli, sapu bini orang, kah kah kah...orang Sakai sekurang kurangnya tidak berlakon macam engkau tu, mereka masih daif walau merdeka dah 62 tahun,
 kah kah kah syukur 
on 
DAH MATI
 APA HAL AMBIK POT
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 02/10/19

Biar


--------

LEBONG ARAB KANTOI






LEBONG

ARAB

KANTOI

Tuan TT, aku rasa aku nak lantik ko jadi nabi akhir zaman la.. Ada gak orang melayu pagan jadi Nabi,, ni asik asik kuor jer..nabi negeri tak boleh di arab.. tak abis abis.. kebanyakan nye orang tak boleh arab...urang arab...hishh Ko layak TT.. ko kan tukang hasut no 1... kalau ko jadi nabi boleh la pulak hasut semua orang jadi baik...
tapi tah payah lah pegi janji bongok bongok tu... apa punya turrr janji 72 bidadari laa,,, tanah lueh untuk duk sorang sorang sampai macam 1 negeri syiria tuh... ko dah duduk dalam surga buat per nak tanah lueh lueh macam tu.. ko nak bercucuk tanam ker.. aper cekih nya nak bercucuk tanam lagi daaa... 
masa tu kalau nak makan aper aper just teringat nak makan aper jerr... kuar macam citer DOREMI tu... Ni satu lagi jangan lak ko janji nak bagi sampai 72 bidadari tu,,, nanti abih ostad yang mengajor dok asik teringat ... masuk surga dapat 72 bidadari...punya la bangang punya imagination...Dulu bole la..orang tak boleh arab ..opps orang arab tu memang kuat 
on 
ENTOT 73 BIDADARI 
AJARAN SAKAI PAGAN
Publish | Delete | Spam
yopkome
on 01/10/19

Mca






-----------

CARA NABI






CARA NABI
Tu lah gwa ckp ..
perang ikut cara nabi .. 
on 
SAUDI AKAN KALAH
Publish | Delete | Spam
panglimo potaseh
on 01/10/19

Sau




-------