KENAPA BERUCAP DI C. F. R
TIDAK DI SENAWANG
Minggu lalu Mahathir di New York untuk hadir di Persidangan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) atau UNGA ( United Nation General Assembly) ke 74. Untuk saya UNGA 74 ini kira okaylah tak ada apa yang istemewa. Orang Belgium kata – rien de special - Tak ada yang menakjubkan.
Bukan saperti UNGA pada 13 November 1974. Ini apabila Yasser Arafat pemimpin gerila PLO - Pembebasan Palestin - datang ke New York untuk berucap di UNGA ke 29. Abu Ammar nama dalam gerakan gerila datang dengan terselit sepucuk pistol dipianggang dan setangkai pohon zaiton. Zaiton tanda keamanan dan pistol tanda perjuangan bersenjata. PLO tidak ada negara ketika itu tapi telah dijemput datang. Pada tarikh ini UNGA memberikan status pemerhati kepada PLO.
Satu dunia heboh. Heboh. Heboh. Heboh. Saya yang tidak ada tv mencari tv untuk menumpang tengok Abu Ammar berucap. Ini kejayaan kemuncak PLO.
Dalam UNGA ke 74 ini Mahathir terus menimbulkan pakara VETO. Kuasa pemutus atau menghalang dari lima ahli negara kuasa besar - Amerika, United Kingdom, China, Peranchis dan Rusia - keatas anggota lain ahli PBB. Sayugia diingatkan bahawa pekara veto ini bukan kali pertama diucapkan oleh Mahathir di PBB.
Veto ini pada pandangan Mahathir yang mewakili Malaysia adalah hegemoni kuasa besar yang boleh membuli negara kecil. Justeru Mahathir mahu dinilai kembali sistem veto ini. Khalas.
Kalau menimbulkan hal veto di PBB tidak istemewa apa dia yang istemewa Mahathir berucap di CFR?
Para pembaca Budiman yang istemewa kali ini bukan ucapan Mahathir di UNGA , bukan hal veto, bukan hal orang pelarian Rohingya atau pedatang haram. Bukan bukan bukan.
Kalau semua bukan apa yang istemewa ?
Yang istemewa di New York pada September lalu ialah temu bual Mahathir di Council of Foreign Relation (CFR).
Ciss. Betul ke pekara ini ? Atau hanya lebong kering. Bukankah pada tahun lalu di New York ketika dipersidangan PBB ke 73 Mahathir telah juga ditemui bual oleh CFR.
Betul lagi tepat. Memang saheh Mahathir tahun lalu telah ditemu bual of CFR.
Kalau tahun lalu sudah ada maka semua ini macam ulang tayang. Kalau ulang tayang tak ada yang istemewa. Bosan bosan bosan.
Bro, sabar dulu. Orang Pakitan kata – sabar karo.
Tulisan ini ada satu pencerahan untuk memahami mengapa Hishamuddin Rais menganggap temubual Mahathir di CFR pada 26 September 2009 adalah yang paling teristemewa dalam sejarah politik Malaysia di luar negara. Hampir-hampir sama macam Tunku sampai ke London pada 18 Januari hinnga 16 Febuari 1956. Tiga minggu berbincang ajenda Tanah Melayu Merdeka.
Justeru tulisan ini akan menganalisa tanda dan makna yang dibawa oleh CFR. Hishamuddin Rais akan menerangkan apa itu Council of Foreign Relation. Amin.
Organisasi CFR ini beribu pejabat di New York. Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 1921. Atau lebih tepat lagi ianya satu Lembaga. Ini bukan lembaga mencari untung – ini lembaga non profit organization. Lembaga ini menjadi gedung pemikir – gudang fikrah.
Gedung pemikir CFR ini ada sadikit persamaan dengan Baitul Hikmah yang wujud di kurun ke 8 di Baghdad yang dibina oleh Khalifah Harun Aminul Rashid.
Sama saperti Baitul Hikmah para inteletual dan para pemikir telah berkumpul , dipungut, diberi dana, disokong dari pelbagai negara untuk menulis, menterjemah dan mengeluarkan padangan.
Baitul Hikmah berasaskan pandangan akal fikrah manusia pada ketika itu untuk kesejahteraan umat manusia yang merujuk kepada al-Quran. Malah Quran itu sendiri dibedah. Manakala di CFR yang menjadi asas punca fikrah ialah sistem ekonomi kapitalis yang wujud disekelilig kita pada ketika ini. Bukan pembedahan sistem kapitalisma.
Lembaga CFR bergerak secara terbuka dan secara rahsia.
Sesudah Perang Dunia Ke2 – CFR telah menjemput pemikir, intelektual, peguam, ahli perniagaan, pemilik media, wartawan terkemuka untuk memberi cadangan kepada Presiden Harry S. Truman di Rumah Puteh.
Dari CFR muncul ajenda European Recovery Program – atau lebih dikenali dengan nama Marshall Plan. Amerika menyediakan dana 18 bilion dolar – nilai tahun 2019 ialah 100 bilion dolar. Dana ini diberi kepada negara Eropah Barat untuk bangun semula satelah hancur dalam perang. Ketika ini Eropah telah terpecah dua – Eropah Kapitalis – Eropah Sosialis.
Tidak cukup dengan ini CFR juga mecadangkan dibentuk perjanjian persenjataan dinegara-negara Eropah untuk melawan musuh baru - negara sosialis yang dipimpin oleh Soviet Rusia. Perjanjian ketenteraan ini dipanggil NATO- North Atlantic Treaty Organisation. NATO masih wujud hingga hari ini.
Dari konsep NATO muncul SEATO – South East Asia Treat Organisation untuk Asia Tenggara. Untuk Timur Tengah muncul CENTO atau Baghdad Pact. Semua ini adalah hasil fikrah CFR.
Jelas CFR adalam Lembaga kanan – menyokong kapitalis. Lembaga ini anti gerakan pembebasan. CFR anti sistem ekonomi yang adil untuk umat manusia. Justeru anti sosialis.
Alaaamak… ini sejarah. Apa garamnya dengan Mahathir berucap dalam bangunan CFR? Sabar karo.
Lembaga CFR ini juga menerbitkan dua bulan sekali majalah The Foreign Affairs. Inilah satu-satunya majalah yang paling berpengaruh dalam dunia. Setiap perpustakaan yang ada hormat diri akan melanggan majalah ini. Jabatan kerajaan terutama jabatan luar negara wajib membaca dan mengkaji apa isi Foreign Affairs. Hanya politikus jenis Lokman Adam sahaja yang tidak tahu dan tidak pernah membaca majalah Foreign Affairs.
Apa hebatnyn majalah ini?
Apa yang mucul dalam majalah ini adalah dasar luar Amerika. Juga tulisan-tulisan dan pandangan ini akan menjadi dasar Amerika.
The Grand Chessboard oleh Zbigniew Brezezinki diulas dalam majalah Foreign Affairs. Kini menjadi dasar pertahan geopolitik Amerika pasca Tembok Berlin. Buku ini mencadang dasar dan stratiji Amerika yang sedang berhadapan dengan Rusia. Sosok ini ada ahli CFR yang juga penasehat kepada President Johnson dan kemudia menjadi Penasehat Pertahanan Presiden Carter. Amin.
Buku – The End of History (1992) oleh Francis Fukuyama bermula dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. The Clash of Civilisation (1996) buku garapan Samuel Huntinton bermula juga dengan satu artikle dalam Foreign Affairs. Dua sosok ini adalah ahli CFR.
Alaaa… apa terernya buku-buku ini? Apa yang intemewanya? Mahathir bukan membedah buku di CFR?
Betul temubual Mahathir bukan tentang buku. Tapi buku-buku tulisan ahli CFR ini mencadang dan mengajukan dasar luar untuk Amerika. Cadangan dari tulisan ini menjadi dasar dan pandangan Amerika kepada dunia luar.
Spesial sangat ke buku-buku ini ? Jawabnya senang sahaja. Kalau tak nak jadi Lokman Adam sila beli, cari, pinjam dan baca.
Apa lagi hebatnya CFR ini?
Sesudah perang dunia kedua ahli-ahli terpilh CFR telah mengumpulkan para pemikir untuk merangka stratiji jangka pajang dasar Amerika. Kumpulan ini bersidang secara rahsia. Dari kumpulan ini muncul cadangan diwujudkan Central Inteligence Agency – CIA . Ini untuk menggantikan Office of Strategic Service – OSS.
CIA muncul dibawah Presiden Trumann pada 18 September 1947.
CIA lembaga jentera rahsia Amerika bertugas untuk mengawal dunia. Menjaga kepentingan Amerika. CIA membuat jaringan bawah tanah, membina sokongan sulit, merekrut ajen baru, merekrut simpatisan, mempengaruhi dasar negara asing dan memastikan kapitalisma selamat.
Itu sahaja ? Ada lagi. CIA juga merancang siapa naik dan siapa turun – siapa jadi Perdana Menteri atau Presiden dalam negara mana dalam dunia ini. CIA merancang rampasan kuasa menjatuhkan Sukarno di Jakarta ( 1965) dan Allende di Chile (1974). Siapa wajib Amerika disokong dan siapa wajib dijatuhkan semua diatur oleh CIA. CIA merancang untuk kepentingan dunia kapitalis.
Pekara CIA ini saya amat yakin S.Husin Ali tahu bebenar. Sebelum PRU13 S.Hamid ali bekas pemimpin pelajar Univdersiti Malaya. S. Hamid yang juga adik kepada Syed Husin adalah juga bekas gerila pembebasan Parti Komunis Malaya. Satelah berdamai Syed Hamid telah aktif membantu rakyat dengan gerakan NGO bernama Insani di Batu Pahat . Syed Hamid menjadi ahli PKR dan bertugkus lumus membina sokongan warga Batu Pahat kepada parti.
Tup tup apabila PRU13 sampai nama Syed Hamid telah digugurkan. Syed Hamid frus menonggeng. Kecewa bagai nak rak. Bila saya temui abangnnya Syed Husin tentang hal ini dia berkata:
‘ Geng jeneral askar dalam PKR dan jaringan CIA … yang halang Meed..’
Lihat betapa jauhnya pengaruh CIA megikut analisa Syed Husin. Hinggakan siapa jadi calon PKR pun CIA mahu masuk campur. Khalas.
Woit… Hishamuddin Rais… janji nak beritahu apa yang teristemewanya Mahathir berucapa di CFR.
Opps… saya hampir terlupa. Di Amerika Serekat selain dari CFR ada satu lagi organisasi bukan kerajaan yang amat amat berpengaruh. Namanya ialah AIPAC – American Israel Public Affairs Committee. Sesiapa yang hendak menjadi Presiden Amerika akan menyembah AIPAC. Tanpa sokonagn CFR dan AIPAC mustahil ada sosok yang akan berjaya menjadi Presiden Amerika.
Setiap bakal Presiden Amerika akan ditemu bual oleh CFR dan AIPC. Jangan salah cakap. Jika salah cakap masa depan politik akan lungkup.
Satelah saya terangankan sejarah dan peranan CFR maka saya harap kita bukan lagi Lokman Adam untuk gagal memahami makna dan tanda CFR. Untuk memperkukuhkan lagi surah saya tentang peranan CFR ini biar saya surahkan satu lagi babak.
Ini babak PNAC – Project for the New American Century. PNAC ini adalah juga Ngo yang mencadangkan dasar luar Amerika. Ahli-ahli PNAC adalah juga ahli CFR. Antara nama yang dikenali dunia ialah Donald Rumsfeld – Menteri Pertahan Amerika. Dick Cheney Naib Presiden George W Bush. Dan Paul Wolfowitz duta Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan juga Dekan yang mengajar di John Hopkin Universiti.
Kumpulam PNAC inilah yang berjaya meyakinkan Presiden Bush untuk menyerang Iraq.
Siapa Paul WolfowitZ ini? Namanya macam pernah dengar. Betul. Paul Wolfowitz ini ialah kawan baik Anwar Ibrahim. Penyokong setia Anwar di Amerika. Apa sangkut pautnya antara Mahathir ditemu bual di CFR dengan Paul Wofowitz dan Anwar Ibrahim?
Inilah yang teristemewa . Ini induk berita. Inilah daging burger. Inilah caviar. Inilah yang special untuk ucapan Mahathir di CFR dan bukan di Senawang. Mahathir berucap dihadapan kaum kanan Amerika. Mahathir berucap dihadapan ajen-ajen CIA, simpatisan CIA dan jaringan CIA.
Tapi lebih penting Mahathir mangatakan bahawa dia akan terus menjadi PM sehingga PRU15. Yang ini Syed Husin Ali amat faham. Maka Syed Husin jadi panas baran.
Dalam temubual ini Mahathir tidak pun menyebut nama Anwar Ibrahim sebagai pengganti.
Mahathir hanya berkata ’ …..I will step down.. and give to another candidate…’ Yang ini kita semua wajib faham faham.
Sabenarnya temubual di CFR ialah jawapan Mahathir kepada temu bual Anwar Ibrahim dengan Bloomberg pada 17 September lalu. Mahathir secara stratijik telah berucap dihadapan kelab penyokong Anwar. Kawan baik Anwar Saudara Paul Wolfowitz tidak hadir, Saudara Al Gore pun tak nampak muka. Tapi saya yakin semua ucapan Mahathir ini telah sampai kepada Saudara Paul. Dan telah juga sampai kepada Saudara Anwar dan jaringan yang lain. Amin. (TT)
---------