APA JADI?
WAT IS DEBEKOS
SUDAH TAK GENG
Sumpah laknat Najib tak ada dalam Islam, kata Hadi
KOTA KINABALU: Presiden PAS Tuan Haji Abdul Hadi Awang berkata sumpah laknat yang dilakukan Najib bagi menafikan penglibatannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiada dalam Islam.
Beliau berkata, sumpah laknat atau “li’an” dalam Islam hanya boleh dilakukan sekiranya terdapat tuduhan daripada suami bahawa isterinya berzina dengan orang lain. Isteri boleh melakukan sumpah laknat di masjid bagi menafikan tuduhan tersebut.
“Yang lain (sumpah laknat) tidak ada. Suruh tidak ada, larang pun tidak ada. Jadi kita jangan main-main dengan sumpah ini.
“Sebab itu Allah tidak menyuruh kita sumpah dalam semua perkara,” katanya dalam majlis Bicara Santai Ambang 2020 di sini malam tadi.
Hadi berkata demikian bagi menjawab soalan seorang pengunjung yang ingin tahu pendiriannya mengenai sumpah laknat yang dilakukan Najib di Masjid Kampung Baru baru-baru ini.
Beliau bagaimanapun berkata terdapat kaedah dalam syarak untuk menafikan sebarang tuduhan yang dikenakan ke atas individu.
Beliau berkata individu yang membuat tuduhan perlu menampilkan saksi dan sekiranya ingkar, perlu bersumpah.
“Sepatutnya bila orang yang tuduh tidak ada saksi, (individu yang dituduh) senyap sahaja tidak perlu bersumpah. Itu kaedah yang ada dalam syarak,” katanya.
Najib melafazkan sumpah itu bagi menafikan dakwaan dalam akuan berkanun bekas anggota polis, Azilah Hadri yang mengaitkan beliau dengan kematian Altantuya.
Beliau juga pernah melakukan sumpah sama 11 tahun lalu di sebuah masjid di Bukit Mertajam, Pulau Pinang bagi menafikan mengenali Altantuya.
GUA DAH ROYAK
SUMPAH SUMPIT
SEMUA KARUT
TAKDA PETIR
TAKDA BUMI
NAK TELAN
SEMUA TIPU
AL-KARUT TUN
AL- TIPU ROON
KAH KAH KAH
--------------
Pulus habis lah, Mana nak geng geng lagi, selagi Ada pulus, ramai nak geng, semua nak kawan Najib, sekarang dah tahu Najib masalah, curik Wang, sondol belakang, bunuh orang Mana nak geng, kan hi Hadi Bawang stlyumul s kah lah kah
BalasPadam