BETUL KE NI?
ROMBAKAN KECIL
TAK CUKUP RAMAI
ADUN Guar Chempedak MB Kedah yang baharu?
KUALA LUMPUR – Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Menteri Pendidikan manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Dr. Ab. Rahman Ku Ismail menggantinya sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu?
Begitulah desas desus terbaharu yang mula bertiup kencang sejak pagi ini menerusi aplikasi Whatsapp pemimpin politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed pula satu-satunya pemimpin UMNO yang lompat ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disebut mengambilalih Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang disandang Mohamed Azmin Ali.
Namun, tidak pula disebut Mohamed Azmin akan dipindahkan ke kementerian mana.
Manakala khabar angin yang menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar bakal dilantik sebagai Menteri Pendidikan oleh Dr. Mahathir Mohamad tidak lagi menjadi bualan.
Begitu juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah yang sebelum ini disebut sebagai pengganti Mukhriz di Kedah pula dikekalkan di kementerian asalnya.
INI
PERSEDIAAN
UNTUK ?
UNTUK APA?
GUA TAK MAU
ROYAK
GOTU GONI
KAH KAH KAH
----------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan