Sabtu, 11 Januari 2020

G25 TAK FAHAM



G25 TAK FAHAM

JAKIM INI ALAT

PROPAGANDA

MADEY NAK 

TUNJUK PADA

PARTI ISLAM PAS

UMNO  PUN 

LEBIH ISLAMIK

DARI  PAS

JAKIM NI

TAK SANGKUT

PAUT DG ISLAM  


Jakim tidak sah mengikut Perlembagaan, kata G25

JABATAN Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (JAKIM) adalah tidak sah di bawah Perlembagaan kerana tidak ada undang-undang membenarkan penubuhannya, kata bekas hakim kanan.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Hishamudin Yunus, mengatakan Jakim yang wujud ketika ini ditubuhkan melalui keputusan pentadbiran dan pada awalnya ditubuhkan sebagai badan sekretariat bagi Majlis Raja-Raja Melayu.

Sekretariat itu bertujuan untuk menyelaraskan hal ehwal agama Islam di antara negeri-negeri Semenanjung, Sabah dan Sarawak kerana kuasa untuk meluluskan undang-undang agama berada di bawah kuasa mereka.

Jakim dalam bentuknya ketika ini diwujudkan pada tahun 1997 sewaktu Dr Mahathir Mohamad masih memegang jawatan perdana menteri melalui jabatan hal ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tidak ada undang-undang yang membenarkan Jakim beroperasi dalam bentuknya ketika ini yang merupakan badan pengurusan hal ehwal Islam di peringkat kebangsaan, kata Hishamudin pada sebuah forum masyarakat sivil hari ini.

“Ia pada mulanya ditubuhkan untuk menjadi sekretariat tetapi kini ia adalah gergasi yang mempunyai belanjawan besar,” kata Hishamudin dalam satu forum sempena pelancaran buku terbaru G25 Malaysia.

Hishamuddin adalah salah seorang ahli panel di forum itu bersama pakar lain Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil dari Institut Pengajian Islam Lanjutan dan Zainah Anwar daripada NGO Musawah.

Hujah Hishammuddin itu adalah hasil kajian tiga tahun G25 Malaysia mengenai pentadbiran Islam dalam negara, bertajuk “Pentadbiran Hal Ehwal Islam”.

Sejak 1997, Jakim berkembang menjadi badan yang melangkaui sekretariat tersebut seperti mengeluarkan sijil halal dan kemajuan dasar mengenai Islam.

“Jabatan itu perlu disusun semula dan diperbaharui supaya dapat diselaraskan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjadi badan yang lebih berkesan yang beroperasi dengan prinsip belas kasihan, keadilan,” kata kajian itu.

Kajian semula ke atas Jakim perlu dilakukan oleh Majlis Raja-Raja untuk menentukan sama ada ia masih relevan dan adakah fungsinya tidak dapat dilaksanakan pihak berkuasa negeri.

“Sekiranya majlis raja-raja memutuskan Jakim masih diperlukan, Perlembagaan harus dipinda untuk memasukkan peruntukan untuk mengesahkan Jakim di bawah Perlembagaan,” kata kajian itu lagi.

Pengerusi G25 Malaysia Mohd Sheriff Mohd Kassim berkata kajian itu dan kandungannya akan dibawa kepada Mujahid Yusof Rawa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab berkaitan urusan hal ehwal agama. – 11 Januari, 2020.


ZAMAN NABI

DULU MANA

ADA JAKIM

MANA ADA

JAIS JAIK

JAINS JAIJ TAPI

JAKUN SETIASA

ADA  DALAM

N. SEMBILAN

SUKU BIDUANDA

YANG LEBIH TUA 

LEBIH SUCI

DARI SEMUA

YANG BARU
KAH KAH KAH

-------------

2 ulasan:

  1. Bubar je Jakim.Beri peruntukan ratusan juta tp pegawai dia gi intai org entot.Gi ketok pintu hotel org sedap entot.Ramai yg mati tak pasal2 terjun tingkap.Pah tu pegawai dia ramai peel mcm Taliban..

    BalasPadam
  2. bodo jugak tt nie... zaman nabi dah tentu ada nabi...
    skang nie da takde nabi, kena pakat2 la tegakkan nasihat nabi...
    bukan penasihat najib... tp nasihat nabi, amaran nabi, akhlak nabi...
    sama jugak pentadbiran, kena ada pemikirny yg ikut nasihat nabi...
    toksah nak liberal sngat la dol...

    BalasPadam