Selasa, 28 Januari 2020

INI MAKIN BERAT






MAKIN BERAT

SETIAUSAHA 

PKR

KENA TIBAI

OLEH AMK


Setiausaha agung usah jadi jurucakap puak, kata Hilman


KUMPULAN penyokong Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menyelar setiausaha agung parti itu, Saifuddin Nasution yang berkeras untuk tidak mengadakan semula kongres sayap parti.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Hilman Idham berkata Saifuddin sepatutnya memahami tuntutan mereka dan tidak memihak kepada mana-mana puak dalam parti itu.

“Sebagai setiausaha agung, beliau patut lebih proaktif untuk faham dan tahu apakah bantahan yang dilakukan oleh pimpinan (Pemuda PKR) kepada RoS (Jabatan Pendaftar Pertubuhan).

“Beliau patut mainkan peranan yang lebih besar daripada sekadar menjadi jurucakap kepada satu-satu fraksi dalam PKR,” kata Hilman kepada The Malaysian Insight.

Beliau menjawab kenyataan Saifuddin yang tetap enggan mengadakan semula kongres sayap parti berkenaan seperti dituntut kumpulan penyokong timbalan presiden Azmin itu.

Menurut Saifuddin, mesyuarat yang dicemari kekecohan bulan lalu tetap berlangsung mengikut rukun dan syarat ditetapkan RoS dan hanya boleh dilakukan semula jika dikehendaki badan tersebut.

Katanya, tuntutan untuk mengadakan semula kongres Pemuda PKR itu masih timbul kerana perang proksi.

Namun menurut Hilman, ia perlu dijalankan sekali lagi kerana ramai individu tidak dapat menyertai kongres kontroversi itu.

“Ratusan perwakilan dan pemerhati yang dihalang (menyertai kongres) adalah mereka yang sah dan dipilih oleh majoriti anggota parti. (Bantahan kami) bukan mewakili mana-mana fraksi,” kata beliau.

Hilman bersama 18 pemimpin sayap itu sudahpun mengemukakan laporan kepada RoS supaya menyiasat kongres pada Disember dan mengadakannya semula.

Kumpulan tersebut, yang juga setia kepada Azmin, menegaskan insiden kekecohan dan pergaduhan yang berlaku itu juga mencemarkan perjalanan kongres.

Hilman juga tetap mahu kongres itu disiasat dan menuntut Saifuddin menjawab alasan menyekat perwakilan dan pemerhati yang sah daripada menyertai kongres.

Katanya anggota berkenaan dihalang memasuki kongres dengan pelbagai alasan walhal ratusan individu yang bukan ahli parti berada dalam dewan.

“Bayangkan ada lebih 1,000 perwakilan AMK yang sah daripada seluruh negara tetapi dewan yang digunakan hanya boleh memuatkan kurang 500 orang perwakilan,” jelas beliau.

Selain itu, kumpulan 19 anggota Majlis Pimpinan Pusat Pemuda PKR itu juga menuntut ROS meneliti kesahihan penyingkiran tujuh rakan mereka daripada jawatankuasa tersebut minggu lalu.

Ketua Pemuda PKR Akmal Nasrullah Mohd Nasir pada 16 Januari lalu menjelaskan tujuh anggota jawatankuasa itu dipecat kerana tidak menjawab surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat.

Selain itu, kumpulan ini  juga tegas menyokong Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin yang diberikan surat tunjuk sebab untuk diambil tindakan disiplin oleh parti.

Ia berhubung kenyataan Zuraida yang didakwa memperlecehkan anggota dan pemimpin parti, khususnya Anwar. – 27 Januari, 2020. 


AMK NI MUDA

TAPI AMAT

BERANI TIBAI

SETIAUSAHA

INI BERAT

KAH KAH KAH

ANAK MUDA

TAK TUNJUK

HORMAT PADA

ORANG TUA

KAH KAH KAH

BERAT MEMANG

AMAT BERAT

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



----------

1 ulasan:

  1. Kelapa makin tua makin byk santan tapi orang orang tua pkr makin tua makin kurang air mani..sebab tu orang muda pkr tak hormat..kecuali bos besar pkr makin tua makin menjadi jadi julur pisang ..kah kah kah

    BalasPadam