Isnin, 13 Januari 2020

LU MAU CAKAP APA



PENYOKONG 

BOSS KU

AHLI 

GEROMBOLAN

LU MAU 

CAKAP APA? 

Pengawasan elektronik sah ikut undang-undang, kata menteri

PENGAWASAN elektronik oleh agensi penguatkuasaan undang-undang di Malaysia adalah sah di sisi undang-undang namun tertakluk kepada perlindungan yang mencukupi  untuk mencegah sebarang penyalahgunaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

Beliau berkata undang-undang Malaysia berhubung pengawasan elektronik selaras dengan piawaian antarabangsa dan agensi penguatkuasaan undang-undang tidak memulakan pengawasan elektronik mengikut  kehendak mereka.

“Terdapat parameter yang diperuntukkan bagi pengawasan elektronik dalam undang-undang  serta perlindungan yang mencukupi untuk mencegah sebarang penyalahgunaan pengawasan ini.  

“Agensi mesti terlebih dahulu membentangkan  kes mereka kepada pendakwa raya. Sekiranya pendakwa raya yakin bahawa sesuatu pengawasan itu benar-benar diperlukan untuk mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu kesalahan jenayah, maka hanya dia boleh menghendakkan pengawasan tersebut dijalankan. Tidak ada sesiapa yang lain,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Kenyataan ini susulan pertanyaan berhubung sama ada pengawasan elektronik di negara ini sah di sisi undang-undang, pada majlis sumbangan Tahun Baharu Cina 2020 kepada warga emas dan sumbangan ‘kepala singa’ kepada persatuan dan kelab di Batu Sapi hari ini.

Liew berkata Parlimen telah meluluskan beberapa peruntukan undang-undang bagi membenarkan pengawasan elektronik dengan Seksyen 116C Kanun Tatacara Jenayah sebagai peruntukan am.

“Pengawasan elektronik merupakan satu langkah yang dipraktikkan oleh hampir setiap negara bagi memastikan keselamatan rakyat mereka,” katanya.

Berkenaan beberapa kebimbangan hak asasi manusia melibatkan hak privasi, Liew menjelaskan ia merupakan satu hak yang penting tanpa keraguan, tetapi tiada hak asasi manusia yang mutlak.  

“Sentiasa wujudnya beberapa pengecualian bagi mengimbangkan antara kepentingan individu dan negara yang kadang kala bercanggah. Salah satu pengecualian dalam kes ini ialah pengawasan elektronik yang diperlukan untuk melindungi keselamatan negara dan memerangi jenayah yang semakin kompleks pada hari ini,” katanya.  – Bernama, 12 Januari, 2020.

NAJIB PASANG

JERAT BABI

DIA KENA

ANAK BINI

PADAN MUKA

KAH KAH KAH
-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan