Khamis, 2 Januari 2020

PEMIKIR DIFITNAH







LOKMAN ADAM

PEMIKIR  UMNO

OTAK BERJELAGA

OPPS.. BERGELIGA

DI FITNAH


Siasat Lokman Adam, kata 8 pemimpin akar umbi Pemuda Umno

LAPAN pemimpin akar umbi Pemuda Umno hari ini membuat aduan kepada lembaga disiplin parti meminta Ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam disiasat kerana melanggar disiplin parti.

Mereka mendakwa Lokman melanggar beberapa peruntukan dalam Perlembagaan Umno dan Kod Tatacara Etika Ahli Umno kerana mempertikaikan keputusan pimpinan berhubung siasatan disiplin terhadap bekas naib presiden Hishammuddin Hussein.

Sebagai ahli Umno, Lokman wajib memelihara nama baik, rahsia parti, patuh dan mengikut perintah parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan kod etika ahli, kata Ketua Pemuda Umno Bahagian Subang Mohd Alfie Zainal Abidin, yang menjadi jurucakap kepada tujuh yang lain.

“Lokman telah melanggar fasal tersebut dengan memanaskan isu peletakan jawatan Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno.

“Lokman juga telah mempertikai keputusan Majlis Tertinggi berkaitan prosiding lembaga disiplin terhadap Ketua Umno Bahagian Sembrong, Hishammuddin Hussein di media massa, dan ini jelas telah memberikan kesan kepada parti,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tujuh lagi yang membuat aduan bersama terhadap Lokman ialah enam ketua Pemuda Bahagian iaitu Zulkifli Rajalie (Ampang), Shah Zanuriman Nuar Paras Khan (Selayang), Ahmad Feardaus Daud (Gombak), Mohd Neezam Abdul Aziz (Pandan), Mohamad Syahir Mohd Yusof (Hulu Langat), Ashrul Ashryzad Mohd Nashri (Bandar Tun Razak), dan Mohd Khairul Nizam Mohd Isa (Bukit Bintang). Mereka disertai seorang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Subang, Izzat Zabir Sarif.

Minggu lalu, prosiding Lembaga Disiplin yang memanggil Hishammuddin untuk memberi penjelasan atas tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno tidak dapat dijalankan tanpa alasan yang jelas. 

Rentetan daripada itu, Apandi pada hari yang sama mengumumkan letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno kerana mendakwa wujud campur tangan dalam prosiding tersebut.

Lokman, individu yang membuat aduan terhadap Hishammuddin, kemudian meluahkan rasa kecewa terhadap usaha pimpinan parti mahu menyekat Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan secara bebas. 

Tanpa berselindung, beliau menamakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai individu yang menghalang siasatan tersebut.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa menegaskan pimpinan parti tidak campur tangan dalam sebarang proses atau prosiding Lembaga Disiplin Umno.

Sementara itu, menurut Alfie, sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman seharusnya faham dengan disiplin parti dan menggunakan saluran dalaman untuk menyelesaikan sebarang pertikaian, dan bukannya melalui media sosial.

Selain kes berkaitan Hishammuddin dan kritikan terhadap Zahid, Alfie dan tujuh pengadu lain turut mengadu beberapa kenyataan Lokman mengkritik timbalan presiden Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki secara terbuka.

Mereka juga mendakwa Lokman cuba melaga-lagakan pemimpin parti. – 2 Januari, 2020.

JELAS DALAM

UMNO MASIH

RAMAI YANG

BUKAN

LOKMAN ADAM

HANYA 

LOKAMAN ADAM

TERUS JADI

LOKMAN ADAM
KAH KAH KAH






---------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan