Jumaat, 3 Januari 2020

SYABAS BUNG JOKO









SYABAS

BUNG

JOKO


Indonesia tolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan

JAKARTA: Indonesia semalam menolak tuntutan China ke atas kawasan Laut China Selatan yang menjadi pertikaian sebagai “tiada asas undang-undang”, 2 hari selepas mengemukakan bantahan kepada Beijing berhubung keberadaan kapal pengawal pantai China dalam perairannya.

Kapal itu menceroboh zon ekonomi eksklusif Indonesia di pantai kepulauan Natuna, menyebabkan pegawai kerajaan Indonesia mengemukakan “bantahan keras” dan memanggil duta China di Jakarta.

Bercakap di Beijing kelmarin, jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang berkata China berdaulat ke atas Kepulauan Spratly dan perairannya dan China dan Indonesia menjalankan aktiviti perikanan “normal” di sana.

Dalam satu teguran tajam, Kementerian Luar Indonesia dalam kenyataan semalam menyeru China menjelaskan “asas-asas undang-undang dan sempadan yang jelas” berkenaan tuntutannya ke atas zon ekonomi eksklusif itu, berdasarkan Konvensyen Bangsa-bangsa Bersatu tentang Undang-undang Laut (Unclos).



DASAR TEPAT

DASAR BERANI

MALASYIA JUGA

WAJIB BERSAMA

TOLAK HEGEMONI

CHINA MERAH
------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan