AKHIR
NYA
Seorang rakyat Malaysia positif koronavirus
SEORANG rakyat Malaysia disahkan positif novel koronavirus (2019-nCoV) selepas lawatan selama tujuh hari ke Singapura, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.
Dzulkefly berkata lelaki berusia 41 tahun dari Selangor itu disahkan positif semalam dan kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Ini merupakan kes pertama koronavirus membabitkan warga tempatan.
Mengikut sejarah perjalanannya, lelaki berkenaan berada di sebuah negara sebelum terkena jangkitan.
“Dia berada di sana dari 16 hingga 23 Januari untuk menghadiri mesyuarat bersama deligasi antarabangsa termasuk dari China. Dia pulang ke Malaysia pada 23 Januari.
“Pada 29 Januari, dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Selangor kerana batuk dan selesema. Hospital itu memaklumkan kepada kami dan dia kemudian dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari.
“Dia disahkan positif pada 3 Februari (semalam),” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
“Mangsa kini dalam keadaan stabil. Kita kini sedang bekerjasama dengan pihak kesihatan negara jiran tersebut untuk mengenal pasti contact tracing.”
Pesakit itu antara dua kes baharu yang disahkan positif koronavirus di Malaysia.
Seorang lagi pesakit adalah warga China dari Wuhan, yang tiba di negara ini pada 13 Januari. Pesakit itu mengalami demam pada 23 Januari dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta yang kemudian memaklumkan Kementerian Kesihatan.
Dia kemudian dimasukkan ke wad berasingan dan disahkan positif koronavirus semalam.
Kedua-kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan individu positif koronavirus seramai 10 orang di Malaysia. Hanya satu kes melibatkan warga tempatan, manakala selebihnya warga China. – 4 Februari, 2020.
AWAS
BER
SAMA
SAMA
--------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan