TAK PERLU
CAKAP BANYAK
BANGUN LAWAN
Orang Asli Tasik Chini mahu lawan kerajaan Pahang
ORANG Asli Tasik Chini, Pahang bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah adat mereka yang didakwa dimusnahkan kerajaan negeri.
Wakil penduduk Kampung Gumum di Tasik Chini, Nobi Sia berkata masyarakat suku Jakun itu mahu mendapatkan semula tanah yang kini musnah selepas diambil alih kerajaan bagi pembalakan, lombong dan ladang.
Kesanya, mereka kehilangan sumber mata pencarian disebabkan penerokaan hutan yang membawa pencemaran dan kerosakan di komplek tasik semula jadi kedua terbesar itu, katanya.
“Sekarang ini tanah adat kami sudah habis semua telah dicerobohi, tidak ada apa yang tinggal. Kerana itu kami semua berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang dapatkan semula hak kami.
“Kami sudah berjumpa dengan peguam dan penduduk kampung semua sudah bersetuju,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui di kampungnya.
Kawasan sekitar Tasik Chini yang mendapat pengiktirafan oleh Unesco sebagai Kawasan Perlindungan Biosfera dihuni kira-kira 800 penduduk Orang Asli suku Jakun dan Semelai di lima buah kampung.
Masyarakat yang mendiami Kampung Gumum, Kampung Ulu Gumum, Tanjung Puput, Kampung Cendahan dan Kampung Melai ini juga menganggap Tasik Chini sebagai tempat keramat mereka.
Pencemaran teruk
Kini kompleks Tasik Chini yang digelar sebagai “laut” oleh Orang Asli seluas 5,084 hektar dengan 12 tasik itu teruk tercemar.
Menurut penyelidik, kawasan berkenaan akan hilang status rizab biosfera sekiranya penerokaan terus berjalan dan audit sudahpun dijalankan oleh Unesco bermula Mei sehingga September lalu.
Kerajaan negeri pada tahun lalu mengesahkan sebanyak 118 hektar daripada keseluruhan kawasan hutan diteroka dan perlombongan dijalankan di kawasan seluas 4.68 hektar.
Sebagai langkah mengatasinya, kerajaan negeri pada tahun lepas mengumumkan akan mewartakan Enakmen Bioderversiti Negeri Pahang sebagai langkah memulihkan Tasik Chini.
Namun menurut penduduk Orang Asli, langkah itu tidak akan dapat memulihkan semula kehidupan mereka.
Nobi, 66, berkata satu lagi penyumbang masalah adalah tebatan yang dibina pada 1990-an di Kuala Sungai Chini untuk mengempang dan mengawal paras air bagi perjalanan bot apabila air surut.
Tebatan itu dibuat kerana penggunaan bot merupakan satu-satunya cara perjalanan masyarakat tempatan pada waktu itu bagi menghubungkan Sungai Chini dengan Sungai Pahang.
Namun projek tebatan itu gagal kerana bukan saja tidak dapat mengawal paras air tasik malah menjejaskan tangkapan udang dan ikan, kata Nobi.
“Bila tebatan ini dibina ikan dan udang dari Sungai Pahang tidak dapat masuk ke Kuala Sg Chini.
“Bila empangan dibina memang habis kami (hilang mata pencarian). Nak cari hasil hutan, habis bukit gunung kena tarah. Orang sudah tak mahu datang lagi ke sini. Cuaca dulu sini sejuk sekarang panas.
“Memang habis semua dah tidak ada lagi untuk kami,” katanya.
Oleh itu beliau mengharapkan kerajaan negeri dapat memberikan pampasan sewajarnya kepada Orang Asli yang kehilangan mata pencarian mereka.
Nobi turut menyalahkan ahli Parlimen kawasan itu, Najib Razak yang menurutnya tidak mengendahkan tuntutan mereka.
Malah mereka tidak dapat bertemu dengan Najib sewaktu ahli Parlimen Pekan itu masih menjadi perdana menteri, untuk mengemukakan memorandum mereka.
“Najib tipu kami. Kami patut jumpa beliau untuk hantar memorandum pada November 2012.
“Ketika itu kami dijanjikan Najib akan berjumpa pada kami pada jam 10 pagi di pejabatnya tapi hanya wakil beliau sahaja yang menunggu. Sebab itu kami Orang Asli tidak senang dengan Najib,” katanya.
Nobi juga mendakwa Najib tidak pernah mengunjungi kampung mereka dan menteri besar terdahulu, Adnan Yaakob juga tidak mengendahkan tuntutan mereka untuk mengiktiraf kawasan Orang Asli.
“Banyak yang kami lakukan, tapi kerajaan langsung tidak dengar suara kami,” keluhnya yang menganggap sikap tersebut seolah-olah membunuh masyarakat mereka.
Anaknya Jamal pula berkata, kehancuran Tasik China yang merupakannya tempat mereka membesar dari tahun ke tahun juga menghancurkan hati mereka.
“Kami rasa patah semangat banyak aduan kami buat.Kami sampai ke menteri besar, perdana menteri tapi semuanya tidak dipeduli. Banyak kesedihan kami sebenarnya,” katanya.
Air kotor, ikan pupus
Tambahnya, penduduk Orang Asli kini meredah kawasan yang lebih jauh di dalam hutan untuk mencari hasil.
“Kita terpaksa keluar masuk dalam (hutan) sejauh 40 kilometer semata nak cari hasil hutan, macam tongkat ali, rotan, akar-akar kayu sebab hutan dekat Tasik Chini ini sudah tidak ada hasil.
“Kalau sebelah sana ada pelombongan (Bukit Ketaya) sebelah sini pula sudah buka ladang kelapa sawit. Memang habis semua hutan dekat Tasik Chini,” kata Jamal.
Namu mereka tetap meneruskan aktiviti menangkap ikan di Tasik Chini biarpun tahu tasik tercemar.
“Untuk ikan itu terpaksalah juga sebab nak beli hari-hari tak mampu kita, tapi rasanya sudah tak sedap macam dulu.
“Dan ikan pun tak banyak macam dulu. Ada juga spesies yang sudah tidak ada macam kelisa,” katanya.
Mereka juga tidak berani menjadi air Tasik Chini sebagai sumber minuman seperti dilakukan generasi terdahulu sewaktu tasik berkenaan masih jernih kebiru-biruan.
“Namun sekarang ini tidak ada orang berani. Nak mandi pun dekat tasik tengok lah air, dah coklat keruh tak macam dulu, katanya.
Selain itu, kemusnahan alam juga menyebabkan tiada lagi pengunjung datang, terutama dari luar negara, dan masyarakat Orang Asli tidak lagi dapat menjual hasil kraftangan.
“Kalau dulu dengan jual kraftangan saja kita boleh dapat tambah pendapatan sekurangnya RM400 hingga RM300 sehari. Paling rendah pun RM100,” katanya.
Hanya tinggal nama
Beliau juga bimbang generasi muda Orang Asli hanya akan dapat mendengar nama dan cerita mengenai Tasik Chini saja sekiranya kawasan itu terus diteroka.
“Kalau saya hidup saya sempatlah ceritakan lagi sebab saya mula di sini (membesar) dan kemungkinan berakhir di Tasik Chini ini,” katanya.
Seorang pengusaha rumah penginapan di Kampung Gumum, Nee Tankiat, 73, mengakui tiada lagi pelancong yang mahu datang ke Tasik Chini.
“Dulu ramai pelancong banyak luar negara yang datang tinggal sini, tapi sekarang memang dah tak ada.Mereka terkejut Tasik Chini ini dah tak macam dulu,” katanya.
“Kalau ada pun rakyat tempatan sahaja tapi pelancong luar sudah tidak ada lagi,” katanya yang mengusahakan rumah penginapan sejak lebih 30 tahun bersama mendiang suaminya
Kesan daripada penerokaan tanah untuk pembalakan, perlombongan dan ladang itu menyebabkan air Tasik Chini menjadi busuk pada satu ketika, katanya. – 12 Februari, 2020.
HANYA
SATU KATA
SATU SUARA
LAWAN
Orang2 asLi bukang isLang Lawang kerajaang isLang... ini sudah perang sabiL pertahangkang pemerintahang dang kerajaang isLang... Semuanya orang2 isLang kena berhadapang di barisang hadapang supaya tiada kekaLahang.. mati masyuk syorga Loka makang kupang kerang hujung weekend candaT sotong d Lautang
BalasPadamTasik Chini oh Tasik Chini ..dari sudut enviromen ia semacam malapetaka bertopeng. Lu caya tak kat Tasik Chini ada komplek besar Saintis UKM, dibina 25 tahun duluk, kunon utk jago tasik. Lu caya tak sawit ditanam hingga cecah ke air tasik ..mampos ikan dan teratai. Lu caya tak akta milik tanah hanya dibawah Kanon Tanah Nogaro ..malangnye tanah org Asli takda dlm Akta ..mampos. Lu caya tak tasik chini dah mcm longkang. Lu caya tak Haji Mapadulong hanya TIPU yg di sunatkan dlm ISLAM ..taqbeer. Gwa caya ada naga sebesar Bik Mama dlm tasik tu ..
BalasPadam