BERITA BAIK
UNTUK NEGARA
SEMUA BOCOR
LOKMAN ADAM
TERUS JADI
LOKMAN ADAM
MEMBOCORKAN
HAL DALAMAN
TENGKIU
KAH KAH KAH
Lokman keterlaluan dan buat tuduhan salah terhadap Presiden UMNO
KUALA LUMPUR – Tindakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam menghebahkan apa yang disebut oleh presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat tertutup adalah salah dan tidak bertanggungjawab.
Ketua Penerangan UMNO, Shamsul Anuar Nasarah berkata, apatah lagi dalam keadaan Presiden UMNO hanya memberikan gambaran awal serta ingin mendapat pandangan dari pelbagai pihak berhubung perkara membabitkan kepentingan parti.
“Belum ada sebarang keputusan atau tindakan yang dimutamadkan oleh parti mengenai perkara itu. Apakah itu satu kesalahan sehingga dianggap Presiden UMNO melakukan satu pengkhianatan?” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Shamsul, tindakan memanipulasikan pelbagai isu, situasi serta membuat kenyataan terbuka dan melulu oleh Lokman juga tidak profesional malah boleh merosakkan imej parti.
Perbuatan seumpama itu juga, katanya, boleh menimbulkan kekeliruan di peringkat akar umbi yang sepatutnya dielakkan.
Beliau turut menarik perhatian mengenai tuduhan Lokman kononnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO menerima payroll atau bayaran.
Malah, katanya, kenyataan Lokman mengaitkan hubungan UMNO PAS dalam erti kata yang tidak tepat dan salah berkaitan isu kerajaan gabungan adalah amat keterlaluan dan sangat tidak bertanggungjawab.
“UMNO punyai kaedah yang tersusun. Segala keputusan parti pasti akan melalui saluran yang betul dan tepat.
“Sudah tentu Presiden UMNO dan kepimpinan tertinggi parti tidak akan membelakangkan kepentingan parti dalam membuat sebarang keputusan penting,” katanya.
Shamsul turut mengingatkan tentang keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 24 Julai 2019 bahawa hanya Presiden parti yang diberikan mandat untuk mewakili UMNO jika terdapat mana-mana pihak daripada luar yang ingin mengadakan sebarang kerjasama dengan UMNO.
Kerana itu, katanya, sebarang perbincangan atau perundingan mesti mematuhi apa yang telah dimuktamadkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. Dan proses ini dilakukan oleh Presiden UMNO dengan penuh tanggungjawab.
“Dengan tegas dinyatakan disini bahawa, UMNO tidak akan mengadakan sebarang kerjasama dengan mana-mana parti terutama parti-parti yang menganggotai Pakatan Harapan (PH) selagi mereka berkongsi kuasa politik dengan DAP. Maknanya UMNO menolak sebarang bentuk kerjasama yang melibatkan DAP.
“UMNO punyai prinsip dan idealoginya sendiri. Sesekali ianya tidak akan digadaikan,” katanya.
Lokman dalam kenyataannya petang tadi berkata, beliau amat malu kerana mempunyai seorang Presiden yang lemah dan tiada jati diri.
Beliau mendakwa, Ahmad Zahid iba-tiba muncul dalam mesyuarat JK Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO yang dipengerusikan oleh Tajuddin Abd Rahman.
Lokman berkata, Presiden UMNO itu dalam ucapannya telah menyatakan empat sebab utama kenapa beliau mahu UMNO berkerjasama dengan Dr Mahathir Mohamad antaranya untuk menjaga Muafakat Nasional dan menyelesaikan masalah Bossku. – MalaysiaGazette
KITA TUNNGU
KITA LIHAT
APA AKAN
TERJADI
KAH KAH KAH
ORANG PAKISTAN
KATA
SABAR KARO
KAH KAH KAH
--------------
Agak-agak mana lebih elok antara Bakal PM dan Mantan PM pd mata hati PM?
BalasPadamAahhh akhirnya ada juga ahli umno yg berani bercakap benar. Syabas lobakman. Anda lebih berani berbanding KJ. Presiden parti anda memang lembik dan lemah.
BalasPadamMaknanya atok confirmed tak cukup nombor.
BalasPadamKau kira sendiri la hisham.