Rabu, 26 Februari 2020

BRO ... RELAK LAA BRO






BRO... RELAX LAA

BRO...KAH KAH

Kalau jadi PM sekali lagi, Dr Mahathir mahu kerajaan tanpa parti politik


DR Mahathir Mohamad berkata, kalau masih mendapat sokongan di Dewan Rakyat, beliau akan membentuk sebuah kerajaan yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik sebaliknya meletakkan kepentingan negara jauh lebih utama mengatasi politik.

Dalam perutusan khas kepada rakyat Malaysia, Dr Mahathir yang kini memegang jawatan sebagai perdana menteri sementara berkata Malaysia sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan ini masanya untuk mengetepikan politik.

“Politik, orang politik dan parti politik terlalu utama politik sehingga lupa negara menghadapi masalah ekonomi dan kesihatan yang mengancam negara.

“Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang.

“Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan.

“Jika diizin inilah yang akan saya cuba,” katanya dalam perutusan khas itu yang disiarkan secara langsung di televisyen dan radio, petang ini.– 26 Februari, 2020.


BRO

GUA REST 

MY CASE BRO

KAH KAH KAH
-------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan