Isnin, 3 Februari 2020

DARI HARAKAH








BETUL
Hahaha...amik dari harakahdaily... hihihi..huhuhuhu.. Gegege... hadi pulak tu... Najib lebih baik 6759x ganda dari hafi.... khalas 
on 
BACA 
BETUL BETUL
Publish | Delete | Spam
Unknown
on 03/02/20



Undi tak percaya lebih baik, tetap sokong Tun

KUALA LUMPUR: Peralihan kuasa Perdana Menteri yang dipolemikkan pihak-pihak tertentu ketika ini hanya boleh berlaku dengan cara peletakan jawatan dan mengadakan undi tidak percaya di Parlimen.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, pihak yang mahukan peralihan tersebut berlaku sepatutnya membuat undi tidak percaya di Parlimen sebagai tindakan paling tepat.

“Kalau saya lebih baik pilih yang undi tak percaya itu, tak menyusahkan rakyat sangat. Ini (membuatkan) rakyat susah, berlawan rakyat dengan polis. Tak pasal-pasal rakyat berlawan dengan polis. Jadi biar itulah, kita buat undi tak percaya di Parlimen. Itu lebih baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan khas di Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia membawa tajuk “Bicara Ini Demi Perpaduan” di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, pagi tadi.

Ditanya media sama ada PAS akan menyokong undi tidak percaya itu, PAS tegasnya masih lagi mempertahankan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri kerana suasana ketika ini memerlukan begitu.

Jelasnya, sebagaimana kenyataan beliau sebelum ini, janji peralihan kuasa yang dituntut pihak terbabit tidak mencukupi syarat dalam Islam termasuk syarat Sekular di mana janji itu tidak mulzim dan sekadar janji ‘cakap-cakap’ tanpa dimeterai.

Peringat beliau, PH memenangi PRU14 kerana menonjolkan Tun Mahathir sebagai ketua pasukan di mana perubahan kerajaan seperti hari ini tidak akan terjadi sekiranya pakatan tersebut menampilkan individu lain.

“Dulu Tengku Razaleigh 46 tak boleh ubah kerajaan. Dato’ Seri Anwar pun duduk depan tak berjaya. Bila letak Tun di depan, tiba-tiba jatuh kerajaan, berubah. Tak akan nak tarik tengah jalan? Tak betul lah. Jadi moral demokrasi itu salah, tak kena.

“Walaupun kita tak setuju dengan kerajaan, tapi pilihan raya dah berlaku. Ada proses demokrasinya. Proses demokrasinya ialah undi tidak percaya di Parlimen, itu lebih mudah,” jelasnya.

Malah, ketika ditanya kemungkinan PRU15 lebih awal, beliau menyatakan hal itu terserah kepada Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan kerajaan tetapi jika undi tidak percaya dibuat, maka PRU15 tidak perlu diawalkan. – HARAKAHDAILY 1/2/2020



----------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan