Isnin, 17 Februari 2020

KES MAKIN BERAT






KES ANWAR

NAK JADI PM

MAKIN BERAT


Isu peralihan kuasa mencabar kuasa Agong

KUALA LUMPUR- Peralihan kuasa Perdana Menteri yang sedang hangat dibincangan ketika ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pendapat itu adalah berdasarkan Perkara 40(2) dan 43(2)(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara itu menyebut, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara mutlak untuk melantik Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.

Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong tidak memerlukan nasihat, desakan atau tekanan daripada mana-mana pihak seperti apa yang jelas kelihatan dilakukan oleh Pakatan Harapan sekarang, tambahnya.

“Perjanjian Peralihan Kuasa’ yang dikatakan bertarikh 7 Januari 2018 yang kononnya menghadkan tempoh Perdana Menteri ke-7, Dr. Mahathir, dan kemudiannya digantikan oleh  Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-8 sekiranya benar-benar wujud adalah juga bercanggah dengan undang- undang dan tidak sah.

“Ini kerana ‘Perjanjian’ yang dikatakan wujud itu dibuat sebelum 9 Mei 2018 iaitu tarikh PH mendapat kuasa melalui PRU 14.

“Adalah amat ganjil ‘Perjanjian Peralihan Kuasa’ dibuat sebelum pihak-pihak yang dikatakan mengikat perjanjian tersebut mendapat dan mempunyai kuasa,” katanya.

Dengan itu ujarnya, PAS tetap berpandangan hanya Usul Undi Percaya dalam Dewan ataupun Akuan Bersumpah (statutory declaration) di luar Dewan sahaja boleh menentukan sama ada Perdana Menteri masih mendapat sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat.

“Usul Undi Percaya di dalam Dewan walaupun suatu perkara yang belum pernah berlaku (unprecedented), namun ianya bukanlah tidak sah,” tambahnya lagi.- MalaysiaGazette





BARU KITA

TAHU JANJI

ITU TAK SAH

KAH KAH KAH

PASAI APA 

TAK SAH 

KAH KAH KAH

MAT TAKI INI

PEGUAM KAH?

SAJE TANYA

JANGAN MARAH
KAH KAH KAH


------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan