Sabtu, 7 Mac 2020

BUKAN TENGEKU FRAUD SORANG



BUKAN 

TENGKU FRAUD

SEORANG AJE

RAMAI LAGI

Dengan kekayaan Ku Nan terdedah, Muhyiddin mesti lantik Kabinet bersih

UJIAN pertama Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ialah pemilihan anggota Kabinetnya dan sama ada beliauu akan memegang janjinya untuk tidak memilih ahli Parlimen yang berdepan perbicaraan kes rasuah, kata pemerhati.

Dan jika calon Kabinetnya tidak berdepan perbicaraan sekalipun, kes bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor dan kekayaannya yang melebihi RM900 juta akan menyukarkan tanggapan bahawa ada orang yang bersih dalam kalangan wakil rakyat Umno dan PAS.

“Muhyiddin dengan jelas menyatakan dalam ucapan pertamanya bahawa pasukannya akan terdiri daripada mereka yang berintegriti tinggi dan ada kemampuan untuk berkhidmat dengan baik,” kata ahli majlis tertinggi Bersatu.

Rais mengulas tentang sama ada Kabinet pertama Muhyiddin akan termasuk ahli Parlimen Umno seperti Tengku Adnan, wakil rakyat Putrajaya, yang pada ketika ini sedang berdepan perbicaraan kes rasuah.

Presiden Transparency International (Malaysia) Dr Muhammad Mohan berkata tidak mungkin Tengku Anda, yang pernah menjadi menteri Wilayah Persekutuan, akan dipilih .

“Tidak, melihat kepada kesnya di mahkamah yang sedang berlangsung. Dan juga kekayaannya yang tidak dapat dijelaskan dan akan disiasat oleh SPRM kerana aset yang dimilikinya itu agak mengejutkan.

“Jadi bodohlah kalau PM masukkan ahli politik seperti itu dalam Kabinetnya,” kata Muhammad.

Dilaporkan semalam, Tengku Adnan memiliki aset bernilai sehingga RM938 juta pada 2001.

Tengku Adnan, 69, sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan Chai Kin Kong pada 2016.

Bekas setiausaha agung Umno itu antara beberapa pemimpin parti itu yang sedang dibicarakan dalam kes rasuah dan salah guna kuasa, dengan yang paling berprofil tinggi ialah Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, kedua-duanya ahli Parlimen.

Najib mempertahankan kekayaan Teng Adnan dengan mengatakan ia sah, hasil daripada saham dipegangnya dalam beberapa syarikat pada 1990-an.

Wajibkan pengisytiharan aset

Pengarah Eksekutif Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel berkata ini sebabnya ahli Parlimen dan anggota Kabinet perlu diwajibkan untuk mengisytiharkan aset mereka.

Katanya, Tengku Adnan antara contoh terbaik tentang mengapa pengisytiharan harta itu amat diperlukan.

Muhyiddin perlu bertegas untuk meneruskan amalan mengisytiharkan harta jika beliau mahukan kerajaan yang bersih, kata Muhammad.

“Beliau perlu buat begitu jika mahukan kerajaan yang bersih, ahli politik bersih dan menghapuskan rasuah. Kumpulan persatuan sivil akan terus menggesa kerajaan memastikan semua ahli politik mengisytiharkan aset mereka.” – 7 Mac, 2020.


BUKAN SAJE

KABINET BERSIH

YANG WAJIB

KE 

SUNGAI BULUH

WAJIB 

DISEGERAKAN



---------

2 ulasan:

  1. Bro TT.
    Gua dulu belajar dalam bidang sains matematik, agak tergeliat juga hotak anak kampung ni nak cuba adaptasi apa yang diajar semasa di kampus dulu, sekarang ni terjumpa balik satu masalah yang semua org di malaysia tak dapat merungkai mesteri yang begini susah. Gua cuba sedaya yang boleh mencari penyelesaiannya tapi kalau salah jangan marahkan gua.

    DS Najib cakap Ku Nan berjaya disekitar 1990,masa tu umurnya adalah 39 tahun (2020-1990=30tahun oleh itu 69 tahun umur sekarang tolak 30).
    Tahun 2000 beliau sudah memiliki harta sebanyak 938,000,000.00. Wah gua berjaya selesaikan akhirnya.

    Bill gate belum lagi bergelar billionare lagi pada masa itu. Jadi kesimpulannya dengan bakat dan pengurusan kewangan yang baik yang ditunjukan oleh beliau,maka, pada hemat saya dialah orang yang paling layak dilantik sebagai menteri kewangan sekarang ni. Rakyat malaysia perlukan genius yang seperti ini untuk mentadbir negara. Masa gua berumur 39 tahun hutang kereta pun masih belum habis nak bayar.
    Boleh dapat anugerah Nobel ke dengan penyelesaian gua ni?

    BalasPadam
  2. Caya! Chaloe Delhi...

    BalasPadam