Isnin, 23 Mac 2020

DONGA DONGA







DONGA DONGA

APO ATUK CAKAP


Dr Mahathir nasihat rakyat Malaysia kekal di rumah

RAKYAT Malaysia perlu mengikut arahan dan tinggal di rumah, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata jika arahan tersebut diingkar, usaha untuk membendung penyakit Covid-19 akan menjadi sukar dan menyebabkan lebih banyak kematian.

“Walaupun teruk duduk di rumah sampai berhari-hari. Tetapi apa boleh buat, kalau tidak buat macam ini, penyakit akan merebak dan ramai meninggal dunia.

“Sebab itu, janganlah tolak arahan dan kita bergerak sana sini seperti keadaan biasa.

“Ini akan menyebabkan penyakit ini berterusan dan lebih ramai akan meninggal,” katanya menerusi satu video yang dimuatnaik dalam laman Facebooknya.

Petang tadi, Dr Mahathir disahkan bebas Covid-19. Beliau menjalani ujian saringan tersebut selepas bertemu dengan Ahli Parlimen Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen yang diuji positif virus itu.

Namun Dr Mahathir akan terus dikuarantin dan dipantau selama 14 hari.

Dr Mahathir berkata beliau meluangkan masa dengan membuat pelbagai aktiviti sepanjang tempoh kuarantin itu.

“Saya sedang menjalani kuarantin, kurung di rumah. Tapi amat membosan, tetapi saya cubalah (mengharunginya).

“Nak kurangkan perasaan itu (bosan), (hanya) dengan membaca buku, menulis dan sebagainya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengucapkan rasa terima kasih kepada petugas perubatan dan keselamatan yang bertungkus-lumus menangani kes Covid-19.

“Saya berterima kasih kepada mereka yang di barisan hadapan (iaitu) pegawai-pegawai hospital, polis, tentera dan lain-lain yang terpaksa menjalankan tugas supaya kita selamat.

“Kepada mereka, kita ucap terima kasih.” 

Malaysia mencatatkan dua lagi kematian hari ini menjadikan jumlah keseluruhan korban Covid-19 meningkat kepada 10 orang.

Setakat pukul 12 tengah hari, 123 kes positif Covid-19 dicatatkan dengan keseluruhan kes kini menjadi 1,306. – 22 Mac, 2020.


SALING BANTU

MEMBANTU

UNTUK 

KESELAMATAN

KITA BERSAMA
--------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan