Jumaat, 20 Mac 2020

HARI KE 3 PAGI INI







BERKHALWAT

HARI KE 3

PAGI INI SUNYI SENYAP
TANPA KERETA
UNTUK PERTAMA KALI
GUA BANGUN JAM  7.45 
KERANA TAK TAK
TAK MENJERIT TAK MELAUNG
KERETA SEBAGAI JAM TANDA
TELAH HILANG DARI JALAN
KHALWAT MENJADIKAN
TAK TAK HILANG JAM
KAH KAH KAH

DI 
PERKUBURUAN KWANTUNG 
GUA TERDENGAR DERAMAN KERETA
ARAH LAPANGAN TUDM
INI LALUAN UNTUK
KE LEBUH RAYA PLUS

DARI BRICKFEILD SENYAP
TAKDA KERETA
TAKDA BUNYI KERETAPI

TERJUMPA MAT BASIKAL 
LALU BERTANYA KHABAR
DIA ORANG BUKIT ROBSON
BUKIT DISEBELAH KAMPONG GUA

TERSEREMPAK
DENGAN TIGA ANAK MUDA MYAMAR
MEREKA MEMAKAI BAJU T ITAM
GUA INGAR KOMANDO
KAH KAH KAH
BETUL MEREKA KOMANDO
KAH KAH KAH
KOMANDO MYAMAR CARI TUPAI
KAH KAH KAH
MEREKA SEMUA MEMBAWA
SATU BOTOL BESAR AIR
 SAORANG MEMBAWA BEG PLASTIK
GUA TAK NAMPAK
LASTIK BATUNYA
KAH KAH KAH

KAPCAHI MELINTAS
INI MUKA JUPA TIAP PAGI
APEK TUKANG JAGA KUBUR
DARI MOTORNYA DIA BERKATA
' TAK LA OLANG.. TAK LA KELIJA..'

DIPINGGIR JALAN
ADA DUA POKOK ARA RENDANG
SATU TELAH DI GUNTING
SATU LAGI SEANG BERBUAH
HEBOH HEBOH HEBOH
LEBIH HEBIH DARI JOM HEBOH
PELBAGI UNGGAS DATANG MAKAN
MALAH GUA PERNAH TERNAMPAK
BURUNG PUNAI
DATANG BERKUMPULAN 
MAKAN BUAH ARA
DARI MANA PUNAI INI MELAYANG
TIDAKLAH GUA TAHU

PAGI INI GUA TERDENGAR 
AYAM HUTAN BERKOKOK
AGAR KASAR KOKOK
AYAM HUTAN
TIDAK SEENAK AYAM KAMPONG
MACAM  TOK BILAL BANGLA  BANG
TIDAK SEMERDU
TOK BILAL MELAYU

MAKANAN GUA MASIH ADA
TAPI GUA RISAU
DAGING DAN TULANG
UNTUK TAK TAK DAN EZI

GUA ADA
SETANDAN PISANG
YANG GUA BELI
DARI CHOW KIT SEMINGGU DULU
GUA PERAM DALAM BEG
KINI SEMUA TELAH MASAK

GUA KERAP MENALIPON
KAWAN KAWAN
BERTANYA KHABAR
UNTUK TAHU
KEADAAN DI WILAYAH
DI KAMPONG MEREKA

GUA TALIPON DIKIN
DI KELUANG
ADAM ALY DI TANJUNG
KECIK DI SERDANG
NANI DI PUBLIKA
SHAMILA DI TANJUNG
AMIR DI TEMERLOH
ZANI DI LONDON
BLAK DI SHAH ALAM
MAYA TOMMY DI DAMANSARA
 ZAMAN DI SHAH ALAM
RI DI SANDAKAN
FADIL DI TITIWANGSA
ISMAIL DI PJ

GUA PUTUS HUBUNGAN
DENGAN MUS
YANG PULANG KE KAMPONG
DI PATANI SIAM
KERANA 
KENDURI  ADIK KAWIN

GUA JUGA MENALIPON
KAKAK GUA DI CHENOR JELEBU
KAKAK GUA
DI SEMENYIH
GUA NAK  TAHU 
MACAM MANA
KEADAAN DI KAMPONG
KERANA RAMAI
ORANG KL
BERPUSU PUSU
BALIK KAMPONG

HUBUNGAN KEMANUSIAN KITA
DENGAN SAHABAT
DENGAN KENGKAWAN
JANGAN PUTUS
KITA MENJARAK DIRI
BUKAN 
MEMUTUS HUBUNGAN

HARI INI
GUA NAK MASAK
MEE KARI UNDANG
YUM YUM YUM

MARI SESAMA KITA
BERWASPADA
VIRUS KARONA
TAK KENAL 
JANTAN BETINA
TUA MUDA
KAPIR ISLAM
MELAYU CHINA
PAS AMANAH
BERSATU PKR
DAP UMNO
AMIN







-------------

1 ulasan:

  1. https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/20/army-to-join-mco-enforcement-this-sunday/

    TT, gua heran pasei apa menhan yg bg statement,mana mnteri KDN?? Bwh KDN ada 25 battalion PGA,belum mobilized PGA tp dah panggil askar. Ikut SOP dah x betoi,mana mneteri kabinet yg lain,depa udah kene kuarantin ke,batang idung kemik melayu depa x nmpk pun.msia nie 3 org je ke menterinya. Azmin sakit lubang ponggong ke x nmpk2. Hahaha

    BalasPadam