BERKHALWAT
MASUK HARI KE LIMA
AHAD 22/3/2020
PAGI INI JAM 7.38 GUA
KELUAR MENUJU KWANTUNG
KAWASAN FLET KAMI
SENYAP
YANG BISING HANYA GRUMPY
GRUMPY MARAH MENDERAM
BILA GUA MELINTAS
DENGAN TAK TAK DAN EZI
KE WILAYAH YANG DIA KLIM
DI KAWASAN KUBUR
SENYAP BINTI SUNYI
SATU INSAN PUN TAK ADA
ZERO ORANG
HANYA KAMI BERTIGA
DALAM KAWASAN
LEBIH DARI 100 HEKTAR
YANG BISING HANYA
MINAH MURAI
KELICAP MERBAH TIONG
MINAH MURAI SAPERTI BIASA
BERKICAU TAK SUDAH SUDAH
PAGI INI TERKUKUR JUGA
TELAH AWAL BERSAHUTAN
MUNGKIN KERANA
PETANG KELMARIN HUJAN
BANYAK BELALANG SEJUK TERPERANGKAP BASAH
INI REZEKI LUMAYAN
DARI BUKIT
GUA MELIHAT KUALA LUMPUR
KELAM TIDAK CERIA
HOTEL MEREDIAN
HOTEL HILTON JELAS KELAM
MUNGKIN KABUS
KLCC TAK BERAPA JELAS
DERAMAN KERETA
SAYU SAYU
AMAT JUAH BUNYINYA
MUNGKIN DI SUNGAI BESI
APA AKAN JADI NANTI
GUA TANYA
DIRI GUA SENDIRI
GUA TAK ADA JAWAPAN
GUA TERUS MEMBACA
DAN
CUBA MEMAHAMI
APA YANG BERLAKU
SATU SMS
DARI RAHMAT HARUN
' THE GREAT RESET '
--------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan