Khamis, 12 Mac 2020

JENG JENG JENG - PERANG



JENG JENG JENG

PERANG LAGI KE?

KAH KAH KAH



Bubar saja Parlimen, kata pemimpin Umno

KERAJAAN baharu pimpinan Muhyiddin Yassin berdepan kemelut untuk runtuh selepas beberapa pemimpin Umno meluahkan kecewa terhadap pengagihan jawatan dalam Jemaah Menteri, termasuk menyeru agar Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya semula.

Majlis Tertinggi Umno mengadakan mesyuarat hari ini dengan agenda antara lain membincangkan pentadbiran Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin sebagai perdana menteri serta peranan Umno dalam kabinet.

Ahli Majlis Tertinggi Tajuddin Abdul Rahman menganggap tindakan Muhyiddin menamakan Mohamed Azmin Ali sebagai pemimpin paling kanan dalam kabinet bertujuan untuk mengukuhkan Bersatu, sedangkan Bersatu dan Umno adalah rakan kongsi dalam kerajaan.


BELUM REDA

KAH KAH KAH

INI SUARA

DARI KEM SAPA
KAH KAH KAH





---------

6 ulasan:

  1. Sudah mula dah....hahahaha!!!

    Dulu tuduh Kerajaan PH sibuk berebut jawatan sampai lupa diri dan rakyat bila dapat kuasa.

    Nampaknya, penyakit ni dah menular ke dalam kerajaan PN pulak. Bahaya penyakit ni, sama macam Coronovirus. Langsung takda penawar kerana virus menyerang hati menjadikannya membengkak dan busuk. Penyakit busuk hati ni yg payah nak ubat.

    Silap-silap hari bulan, kerajaan PN runtuh sebelum Parlimen bersidang. Bersatu kembali bertaut!!!!...

    Atok tak perlu join geng jelajah Mat Sabu. Relaks sudah,sambil naik basikal keliling tasik Puterajaya. Takkan lari gunung dikejar.....

    BalasPadam
  2. Ramai penyamun2 umno yg tak dpt jawatan menteri yg rasa tak puas hati dgn Mat Sembab.Cuba mskan Zahid sbg TPM semua penyamun lain akan senang hati..

    BalasPadam
  3. Isham, gwa nak tau - Kalo Ada pilihanraya Hari ini, Lu support sapa? Gwa syak Lu sendiri pun xtau.modal Lu ialah Abam. Kalo Abam standing, Lu XDA modal lagi, hahaha.

    BalasPadam
  4. Dulu masa PH kata ramai Kapir Laknat jadi Menteri. La ni dlm PN ada 95% Menteri Melayu ..pun masih tak puas.
    Kalau jiwa dah BUSUK-BERULEK camtu lah.

    BalasPadam
  5. TT sekarang blh start turun ke jalan balik untuk jatuhkan umno.. Aritu umno mati kubor merah lagi tiba² arini idup balik. Sabaq na TT

    BalasPadam
  6. Anak pon tak respek bapa,
    Bapa tak respek tok wan,
    Inikan pulak respek Presideng,
    Kalau tidak bagi duit,
    Manusia tidak cium tangan,
    Cium tangan tanda respek,
    Politik Malaysia cukup Mahal,
    Untuk berkuasa kena berbelanja,
    Untuk berbelanja kena lah cari duit,
    Sapa ajar budaya ini?
    Sapa paling lama perintah ???
    Kah kah kah
    Baru sekarang nak jerit klepokrat?
    Baru sekarang nak suci murni?
    Hampeh lah orang macam ini,
    Suara suara menentang ditamatkan,
    Pasti yang jahat hidup amat lama,
    Setiap yang berlaku ada hikmahnya,
    Kah kah kah
    Masa akan sampai untuk bayar balik khianat terhadap rakyat,
    Satu seksa anak masuk penjara, satu seksa kanser, satu semburit sampai jua, anak semua billion nak sorok mana? Kah kah kah

    BalasPadam