Selasa, 31 Mac 2020

JIRAN SEBELAH







JIRAN SEBELAH
PAGI KELMARIN
SEPULANG  GUA DARI KWANTUNG
MAK CIK JIRAN SEBELAH
MEMBUKA PINTU
DAN TERUS MEMBERI GUA
DUA IKAT DAUN SEMAMBU

' GANTUNG PINTU'
'GANTUNG TINGKAP DAPUR'
INI ARAHAN DARI MAK CIK

GUA TAK TAHU DAUN APA
GUA BERTERIMA KASEH
DAN 
MENGIKUT ARAHAN

JIRAN SEBELAH RUMAH GUA
KELUARGA INDIA
MEREKA BARU PINDAH
KE FLET  HUJUNG YANG
LEBIH BESAR

GUA INGAT LAGI
KELUARGA INI DATANG
SEBELUM DEWALI TAHUN INI
KETIKA DEWALI
MAK CIK INI PERNAH
BERI GUA KUEH KUEH 

GUA PERNAH BERSEMBANG
SANG SUAMI BARU PENCEN
DARI JAY BEE
BEKERJA DENGAN TENAGA
SANG ISTERI SURI RUMAH
DUA ANAK LELAKI 
SEORANG ANAK PEREMPUAN

ANAK ANAK SEMUANYA
PROFESIONAL
BEKERJA DI KL

KETIKA GUA MENYEDIAKAN
MINUMAN PAGI
SANG ANAK AKAN
MELINTAS DEPAN TINGKAP
PERGI PEJABAT

KELUAGA INDIA INI
MEMILIKI SAEKOR 
POODLE PUTEH
SAYANGNYA
JAY JAY TELAH MENDAPAT
SERANGAN  JANTUNG
MAKA JAY JAY TAK BERJALAN
HANYA DUDUK DEPAN PINTU

BILA EZI DAN TAK TAK
NAMPAK JAY JAY
DEPAN PINTU
KETIGA EKOR BUDAK BUDAK
AKAN BISING
APA YANG MEREKA JERITKAN
GUA TAK TAHU

DARI MAKLUMAT
GUA DIFAHAMKAN 
DAUN SEMAMBU
BOLEH MENGHALANG VIRUS
OOOH
INI NIAT BAIK
MAK CIK SEBELAH RUMAH

MAKLUMAT DARI DIKIN
YANG AYANANDANYA
PENGAMAL HERBA MELAYU
MENGATAKAN 
DAUN SEMAMBU INI
PERLU DIREBUS
DAN 
DIMINUM AIRNYA
YANG AGAK PAHIT
UNTUK KUATKAN BADAN
GUA AKAN CUBA

JIRAN GUA INI WARAK
DEPAN PINTU
ADA PATONG GANESHA
PAGI PETANG TAK LUPA
SEMBAHYANG
LOCENG BERBUNYI
DAN 
SETANGGI DIBAKAR
AROMANYA SAMPAI
KE TEMPAT GUA MENULIS

KETIKA KITA BERPERANG
MELAWAN KARONA
KITA AKAN BERTEMU
SOSOK TERHODOH
DAN
SOSOK TEBAIK
GUA MERASA 
AMAT SELAMAT
KERANA
GANESHA JUGA
ADA DI SEBELAH PINTU
AMIN

4 ulasan:

  1. Tt ni saja je kan? Menjentik hati, melurut kote.mesti banyak komen sebab melayu konservatif mana boleh tengok semua ni.tegak bulu roma tengkuk.

    BalasPadam
  2. Isham, pasal air daun semambu yg pahit - ia mencatat paras alkaline yg tinggi (pH 10 - 14). Yang ko asyik makan minum yg Manis, mala pH darah Lu Pon acidic (bermakna pH kurang Dari 7). Si virus covid ni, pH dia Di antara 5.5 hingga 8.5 (acidic). Oleh kerana pH darah Lu acidic, ia sesuai untuk jadi host virus covid. Acidic Sama acidic ngam. Itu sbb makcik Tu suruh Lu minum air pahit daun semambu (no same as samsu), Kasi neutralise pH darah lu agar tak sesuai jadi hos untuk virus covid. Kalo Lu xcaya gwa, Lu pi Google pH coronavirus.

    BalasPadam
  3. Ubat deman campak. Dulu kecik2 masa aku dua beradik kena deman campak, mak aku mandikan kami dgn air rendaman semambu ni. Lepas mandi, di libas libas ikatan daun tu kat badan. Cepat mengecut buntil2 kat badan dan tak ada parut hodoh kesan chickenpox tu. Ntah la, aku pun tak tau mana yg mujarab daun semambu tu ke atau ubat yg kami makan dan sapu ke badan. Ikhtiar nananya. Sama macam penubuhan kerajaan PN. Puncanya abam gila nak jadi PM atau malikul sembab dan azmin bernafsu besar. Yg nyata, madey tak perasan akan berlaku. Kikiki selamat berkhalwat tt.

    BalasPadam
  4. kamu adalah apa yang kamu sembah, Menyembah ganesha bererti penganutnya mencntai pengetahuan bukan untuk melindungi lu jadi lu telah mintak mintak tolong pada tuhan yang salah

    BalasPadam