Isnin, 2 Mac 2020

KENG DAN FAKTA SEJARAH





KENG

DAN FAKTA

SEJARAH


Muhyiddin punca krisis dan saya kecewa juga dengan Anwar, kata Dr Mahathir


MUHYIDDIN Yassin menjadi punca krisis politik yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kata Dr Mahathir Mohamad kepada pemimpin akar umbi PH hari ini.

Dalam pertemuan di pejabatnya di Putrajaya hari ini, beliau ditanya sama ada krisis itu dimulakan oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim yang sepatutnya menggantikan beliau sebagai perdana menteri.
Namun Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan Anwar apabila presiden PKR itu bersepakat dengan PKR, DAP dan Amanah – selepas Bersatu keluar PH – untuk menamakannya sekali lagi sebagai calon perdana menteri.

Langkah itu dibuat selepas PH menukar taktik menamakan Dr Mahathir sebagai calon apabila Muhyiddin menerima sokongan daripada Bersatu, Umno dan PAS.

Dr Mahathir berkata beliau meletak jawatan pada Isnin lalu untuk melihat sokongan terhadapnya dan mendapati mempunyai lebih banyak sokongan dari Anwar untuk menjadi perdana menteri.

“Saya kecewa dengan proses pemilihan apabila PH menamakan beliau berbanding saya.

“Jika PH menamakan saya, sudah ada 150 undi. Namun disebabkan beliau mahu jawatan itu juga, beliau gagal,” kata Dr Mahathir.  – 1 Mac, 2020.


JELAS TUNTAS

SIAPA KENG


-----------

4 ulasan:

  1. Baru teringat kes adib dulu kenapa polis bertindak mcm kayu.. rancangan si sembab rupanya. Ada dalang disebalik tok dalang.

    BalasPadam
  2. Tun M buat pertama kali di lengitkan ..itu baru pertempuran tembak-tembak ala High Noon ..perang ala Lord of The Ring akan menyusol ..TUNGGU ..

    BalasPadam
  3. Gua paling kecewa ngan madey, anwar, muhyiddin, najib, zahid, hadi, nik amar, azmin, cikgu pa spender, isa samad, shahir, rosmah dan Isham TT. Takat ni gua berpuas hati ngan Mat Over je.

    BalasPadam