MARI
BERJAGA JAGA
Pengarah bukan eksekutif subsidiari Ambank Group disahkan positif Covid-19
AMMB Holdings Bhd (AmBank Group) hari ini memaklumkan pengarah bukan eksekutif di satu daripada subsidiarinya disahkan positif Covid-19.
Hasil pemeriksaan awal mendapati pengarah terbabit tidak ada kontak langsung dalam tempoh 10 hari dengan mana-mana kakitangan atau melawati mana-mana premis Kumpulan AmBank.
“Kementerian Kesihatan sedang mengambil langkah menjejaki kontak langsung pengarah bukan eksekutif tersebut.
“Mana-mana kakitangan yang berhubung dengan pengarah bukan eksekutif tersebut dalam tempoh 14 hari terakhir telah dikuarantinkan dan akan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan