Rabu, 11 Mac 2020

MERAKAM SEJARAH - APA SABENARNYA BERLAKU






MERAKAM SEJARAH
JILID DUA
APA SABENARNYA BERLAKU


Saya pernah menulis  bahawa kita manusia bercakap  antara satu sama lain melalui tiga tahap. Pertama – tahap  membawang. Membebel sesama sendiri tentang hal orang lain. Mengumpat dan bergosip. Kedua – tahap berlabon tentang kejadian. Berlabon dan membincangkan kejadian yang dilihat. Bersembang tentang  benda yang  tercacak didepan mata. Ketiga  - tahap konsep dan inti pati – sebab  musbab dan akibat.

Saya mahu membawa pencerahan dalam tulisan  merakam sejarah jilid dua ini ke tahap ketiga.  Tahap  dimana kita bersurah berlabon dan membincangkan   konsep, struktur, sebab, akibat  dan intipati.  Pada hemat saya pencerahan ditahap ini lebih bermanafaat untuk dijadikan ilmu pegetahuan. 

Seratus tahun dari hari ini jika sesiapa mengkaji apa yang berlaku pada awal tahun 2020 akan mendapat pencerahan hendaknya.  Malah siri merakam sejarah ini juga adalah pengumpulan pengalaman untuk dijadikan ilmu dalam usaha  memupuk kelahiran negara bangsa.

Untuk sementara waktu kita tinggalkan manifestasi. Saya menolak pembawangan manifestasi  dalam kuliah pencerahan politik ini walau pun membawang dilihat lebih menarik dan  amat amat menghairahkan.

Saya boleh membawang panjang lebar  tentang bagaimana Anwar merayu pada Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri. Atau   bagaimana titisan air mata Mat Sabu meminta Mahathir  agar jangan berundur. Atau bagaimana sebaknya Lim Guan Eng apabila diberitahu  Mahathir telah meletak jawatan. Atau  bagaimana Eli menangis dalam talipon apa bersurah kepada saya tentang bagaimana  Mahathir menunggu tercegat dipintu Istana. 

Membawang memang mengghairahkan. Membawang politik tentang apa yang berlaku dua minggu dahulu memang sexy dan menggiurkan. Tapi saya tidak  akan membawang jauh sekali membawa peglipur lara.  Amin

Bila saya menulis ini Muhyiddin telah menjadi Perdana Menteri. Ahli  kabinet telah diumum petang kelmarin Senin 9/3/202. Dua minggu badai dan gelombang politik dilihat reda. Maka saya  membuka sirah.

Apa sabenarnya telah berlaku:

Politik ialah kontradisi.  Kontradiksi adalah bertembungan atau konflik. Kontradiksi inilah yang memacu pergerakan alam samesta. Alam samesta kita bergerak kerana kontradiksi. Hakiktnya  kontradikdsi ini adalah hukum alam – hukum sosial.

Hukum ini ditemui oleh ahli falsafah German bernama Friedrich Hegel (1770-1831). Hukum sosial ini dinamakan sebagai dialektik.  Karl Marx  (1818-1883) memperluaskan teori dialektik Hegel ini untuk menjadi Dialiktika Meterialisma.  Hukum sosial ini  tidak beralih-alih dalam negara mana pun. Agama apa pun yang dipegang hukum sosial ini tetap wujud berjalan.

Hakikatnya - mereka yang bijak dan cekap berpolitik akan menggunakan teori ini untuk mara ke hadapan.  Untuk kaum Marxis kontradiksi dan dialektika  adalah rukun yang wajib untuk difahami untuk memahami dunia. Pandangan dunia tanpa dialketik dan kontradiksi adalah pandangan dunia yang senget dan tidak tuntas.

Dalam kontradisi ada konflik  - ada bertempuran. Ada  tesis bertembung dengan antithesis. Pertembungan ini akan melahirkan sintesis. Kunci disini ialah bertembungan.  Satu bertempur dengan  dua untuk melahirkan tiga.  Tanpa bertembungan satu dan dua tidak akan wujud tiga.

Dipersada politik dimana pun dalam dunia ini akan  wujud  kumpulan kumpulan yang berkepentingan. Malah tugas parti politik mewakili kepentingan tersebut. Semua kepentingan ini adalah kepentingan ekonomi yang dibalut oleh  kepentingan kelas.  Ini juga  adalah hukum sosial  yang hakiki dan tidak berubah. Hakikatnya dua kumpulan wajib dan sentiasa wujud untuk berkonflik.

Di Malaysia  wujud dua kumpulan. Satu kumpulan mahu Anwar Ibrahim menjadi pengganti  Mahathir Muhamad. Kumpulan ini menuntut agar Mahathir berudur dan Anwar dinobatkan sebagai Perdana Menteri  Malaysia ke 8.

Satu lagi ialah kumpulan yang tidak suka, tidak berminat dan tidak mahu Anwar Ibrahim untuk menggantikan Mahathir Muhamad.

Kumpulan penyokong Anwar terdiri dari anak-anak muda Parti Keadilan Rakyat (PKR). Dari orang kampong yang terpesona dengan ucapan Anwar. Dari aparachik parti yang berharap jika Anwar menjadi Perdana Menteri maka mereka boleh berkenduri sama. Dari para Yang Berhormat PKR yang berharap apabila Anwar menjadi Perdana Menteri mereka juga akan berjawatan. Ada yang bermimpi hendak menjadi Menteri Besar, ada yang bermimpi hendak menjadi Menteri Kecil dan ada  Ketua Cabang bermimpi hendak menjadi calon. Ini hakikat  dan hukum sosial perjalanan parti politik bukan hanya terjadi dalam PKR.

Jangan lupa dalam kumpulan penyokong Anwar  ada para cukong dan para towkay yang sedia dan sedang  melabur dana. Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri maka masa depan perniagaan atas tanah atau  perniagaan bawah tanah mereka akan melimpah ruah.

Dalam kumpulan pro Anwar ini ada  rakan setia  Anwar dari zaman Reformasi 1998 yang berharap Anwar akan menjadi Perdana Menteri. Dalam istilah Peranchis inilah raison d'être – tujuan wujudiah  Otai Reformis samenjak mereka turun ke jalan raya pada petang 20 September 1998.  Pada tahun 1998 Anwar telah dinafikan kerusi Perdana Menteri. Maka pada tahun 2020 mereka terus beratip, berdoa dan berwirid mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri mengantikan Mahathir. Khalas.

Satu lagi kumpulan adalah kumpulan yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri. Malah mahu Anwar diundurkan dari persada politik Malaysia.

Sebab mereka tidak suka kepada Anwar Ibrahim jelas walau pun berrbeza-beza. 

Ada kumpulan yang tidak suka Anwar kerana mereka menolak kelakuan Anwar yang pada hemat mereka melaggar ajaran hukum Islam. Ini bersangkutan dengan dua kali terpenjaranya Anwar atas tuduhan  liwat. Kumpulan ini diwakili oleh Parti Islam Pas.

Ada juga kumpulan yang merasakan masa depan politik mereka akan ditamatkan oleh Anwar Ibrahim dan suku sakatya. Mereka ini  berada dalam PKR. Malah ada diatara mereka ini telah diundi dan dipilih  untuk memimpin PKR. Kumpulan ini merasakan bahawa masa depan mereka akan hancur jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Kumpulan ini dimanifestasikan  dengan nama Kartel dan dipayungi oleh  Azmin Ali.

Dalam Kartel ini juga sama saperti  dalam kumpulan penyokong Anwar wujud para YB yang berharap masa depan politik mereka akan bersinar dibawah payung Azmin. Ada juga aktivis muda  yang berharap masa depan politik mereka untuk menjadi YB akan maju jaya bersama Kartel.

Ada lagi satu kumpulan yang merasakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri  maka besar kemungkinan keselamatan negara akan tergugat.  Kuasa kuasa besar  saperti China Merah dan Amerika akan mengugut Anwar kerana Anwar memiliki rekod ‘ gelap’ yang pasti dimiliki oleh intel mereka.  

Media kapitalis  luar negara dilihat cenderung  untuk mengajukan agar Mahathir berundur dan war mengambil alih. Ini menimbulkan lagi syak wasangka kumpulan ini bahawa Anwar adalah proxi mereka.

Juga peranan Singapura yang memiliki jaringan sokongan dalaman dalam politik Malaysia. Ini dilihat dengan cara  dan lengok media Singapura   yang dibaca  agak  bersimpati terhadap Anwar Ibrahim.

Munculnaya  kes peras ugut kerna salah laku seksual Anwar Ibrahim  bukan pekara baru. Anwar sendiri telah mengakui bahawa dia telah diperas ugut oleh Yahya Ismail. Pada 20 Jun 2019 MalaysiaKini telah melaporkan berita peras ugut ini. Malah Anwar sendiri telah membuat laporan polis.

Ini baru peras ugut 400,000 ringgit dari seorang penulis buku. Bagaimana dengan China  Merah yang mengintai kotrek, yang mahu perlabuhan tentera laut, yang mahu pengkalan tentera darat atau Amerika yang mahu Malaysia menjadi macai.

Ada satu lagi kumpulan yang diluar PKR tetapi dalam Pakatan Harapan. Kumpulan dalam BERSATU. Kumpulan ini merasakan mereka terpinggir. Mereka melihat para Menteri Pakatan Harapan  yang sedia wujud lamat ekeh. Mereka bekas pemimpin United Malays National Organisation yang masuk ke dalam Bersatu agak terlambat untuk mendapat jawatan. Mereka merasa diri mereka lebih layak. Justeru mereka tidak akan menyokong Anwar Ibrahim.

Dalam kumpulan anti Anwar ini ada lagi satu  kumpulan yang agak besar. Mereka ini benci kepada Anwar kerana telah dikencing oleh Anwar. Pelik tetapi benar kumpulan ini pelbagai bentuk. Pada satu  ketika sosok-sosok ini adalah penyokong tegar Anwar Ibrahim. Ada yang seangkatan dalam gerakan   Angatan Belia Islam. Ada ahli perniagaan yang   telah dijanjikan sesuatu oleh Anwar. Ada penyokong setia dari zaman pelajar. Hakikanya semua mengenal Anwar kaki putar dan kaki kencing. Amin.

Dua kumpulan ini – anti dan pro Anwar -  siap siaga menyusun untuk bertempur.  Peluang bertempur ini menjadi cerah apabila Si Anwar sendiri tidak sabar-sabar  cuba menolak Mahathir.

Manifestasi dari ketidak sabaran Anwar ini amat jelas.  Ada buku dilancar untuk menobatkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke8. Ada forum diatur.  Ini manifestasi  kegopohan Anwar yang dapat dilihat dan dibaca umum. Yang tidak dilapor media – yang hanya soh seh soh seh – bergantang bertimbun.

Dalam masa yang sama Anwar ke hulu kehilir beratip – I have the number… Maknanya Anwar mengakui bahawa dia memiliki  jumlah YB yang lebih dari 112 orang untuk mengelincirkan Mahathir.

Malah  dilaporkan bahawa telah wujud Plan B untuk memaksa Mahathir mneyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada Anwar. Apakah butiran  Plan B hanya Guru Nanak yang tahu.

Dalam masa yang sama kumpulan anak muda penyokong Anwar, Otai dan  YB PKR terus bersuara menuntut  Mahathir menunaikan janji. Janji dimana Mahathir akan melepaskan jawatan kepada Anwar satelah dua tahun menjadi Perdana Menteri.

Ketika semua ini berlaku – dibelakang babak-babak ini ada  lagi dua kumpulan. Ini adalah kumpulan gergasi perniagaan. Satu dibawah Tun Daim. Satu  lagi dibawah Syed Mokhatar. Saperti yang telah saya nyatakan awal tadi  bahawa semua konflik ialah konflik perebutan punca-punca  ekonomi.

Kumpulan pro Anwar dan kumpulan tidak menyokong Anwar semuanya mendirikan United Front – Barisan Bersatu.  Mereka bergabung untuk  menibai satu sama lain. Hakikatnya  medan konflik – kontradiksi telah sedia terbuka.

Dibelakang  hujah modal, dibelakang hujah peras ugut  wujud lagi satu intipati yang merangkumi semua. Ini ialah persolan nasional yang belum selesai.  Dalam persolaan nasional  ini peranan DAP maju mendadak.  Apa peranan DAP?  Tunggu minggu hadapan. (TT)




-------

2 ulasan:

  1. DAP ini dijadi kan hantu. Kah Kah Kah. Woii kalau takut sngt DAP suruh KDN haramkan terus. DAP di biarkan utk takutkan melayu. LOrd I rest my case..

    BalasPadam
  2. Taktaulah sama ada aku ni bongok atau lembab atau apa. Tapi tang Mana sejarahnya? Semua tak jelas. Watak nama pun banyak takdak.takut kantoi tulis benda tak betoi ka macam mana?

    BalasPadam