Khamis, 19 Mac 2020

PERANG KESEHATAN







PERANG 

KESEHATAN

KITA  SEKARANG

DALAM PERANG
KELMARIN RABU 18/3/2020
ADMAN SALEH DAN SAYA
TELAH MEMASUKI 
KOTA KUALA LUMPUR

BIASANYA HARI RABU
KAMI MAKAN DI RESTORAN
MELAYU DI GOMBAK
KEMUDIAN KE CHOW KIT

KERETA DISIMPAN DIKAWASAN
GUDWARA CHOW KIT
DENGAN BAYARAN 5 RINGGIT
ADAMAN DAN SAYA 
TELAH LAKUKAN INI
BERTAHUN TAHUN

TUJUAN KAMI
KE PASAR IKAN 
KE PASAR SAYUR DAN BUAH

KELMARIN 
PASAR IKAN
PASAR SAYUR
PASAR BUAH
RANCAK
MALAH PASAR IKAN
BERASAK ASAK
SEMUA MEMBELI DENGAN BANYAK

GUA SENDIRI
BELI KERANG UDANG 
IKAN TONGKOL IKAN KELISI
TONGKOL UNTUK EZI DAN TAK TAK
HARGA 
TIDAK BERUBAH

PASAR SAYUR JUGA SAMA
HARGA TIDAK BERUBAH

PASAR BUAH
BANYAK GERAI 
DITUTUP

DILUAR CHOW KIT
DI JALAN TAR
DI SEKITAR PWTC
SEMUA KEDAI TUTUP
KEDAI JAM KEDAI BEG
KEDAI TALIPON KEDAI GUNTING
KEDAI KASUT DAN DAN DAN
SEMUA TUTUP
MACAM  HARI AHAD

DIJALAN KERETA TAK RAMAI
PEJALAN JUGA TAK RAMAI
TAK ADA TEKSI BERSUSUN
DI PINTU MASUK KE PASAR

JALAN SYED PUTRA
JALAN BANGSAR
JALAN BRICKFEILD
ADA KERETA TAPI TAK RAMAI

KEDAI DAN RESTORAN
DIPINGGIR JALAN TUTUP
KECUALI RESTORAN KEDAH
DI LORONG SYED PUTRA KIRI

DI WILAYAH INI
GUA BERHENTI
MENUJU KE KEDAI RUNCIT
UNTUK BELI BAWANG DAN ROTI
GUA BELI BAWANG LAGI
WALAU PUN TADI 
GU ABELI 1 KILO 8 RINGGIT
DI CHOW KIT
KINI HARGANYA 10 RINGGIT SEKILO
GUA NAK BUAT
SAMBAL BILIS PETAI
( DAH SIAP PUN )

BIASANYA SEBELUM JAM 7.00 PAGI
JALAN DI BAWAH BLOK FLET GUA
LORONG SYED PUTRA KIRI
BERSUSUN KERETA MEWAH
CHINA KAYA HANTAR
ANAK KE SEKOLAH RENDAH
 KWAN CHENG
KINI SEMUA SENYAP
SEKOLAH CUTI

KERANA TAK BISING DIJALAN
TAK TAK 
TIDAK MEMBANGUNKAN GUA
BIASANYA JAM 7.00
TAK TAK AKAN MENERKAM
MEMBANGUNKAN GUA
UNTUK KE LUAR BERJALAN
KAH KAH KAH
NAMPAKNYA
KETIKA BERKHALWAT INI
MEMBOLEH KAN GUA
TIDUR HINGGA JAM LAPAN
KAH KAH KAH
AMIN



INI SENTI

3 ulasan: