Ahad, 1 Mac 2020

TERKINI TER NOWW






TERKINI 

TER NOWW

Muhyiddin angkat sumpah jawatan PM tanpa majoriti, kata Dr Mahathir


PAKATAN Harapan (PH) tidak akan menghadiri majlis mengangkat sumpah jawatan perdana menteri kelapan di Istana Negara hari ini, kata Dr Mahathir Mahathir.

Katanya, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah jawatan tersebut walau tidak mendapat majoriti.

“(Kami) tidak akan pergi ke istana. Tidak,” katanya yang turut mengumumkan Yang di-Pertuan Agong sudahpun memutuskan untuk melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri kelapan.

“(Muhyiddin) akan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan dan saya perlu menamatkan tempoh jawatan sebagai perdana menteri interim,” katanya.

Katanya, beliau mengumumkan perkara itu kepada pemberita hari ini kerana tidak lagi dapat berunding dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Yang di-Pertuan Agong memutuskan tidak mahu menerima saya menghadap lagi dan sebaliknya melantik  Muhyiddin sebagai perdana menteri.

“Saya tiada peluang untuk memberitahu Yang di-Pertuan Agong bahawa (Muhyiddin) tidak mendapat majoriti,” kata Dr Mahathir.

Jelasnya ,114 ahli Parlimen termasuk 92 daripada PH membentuk majoriti.

Ahli Parlimen berkenaan menyatakan demikian dalam bentuk akuan bersumpah dan juga dalam bentuk surat, katanya. – 1 Mac, 2020

KEMELUT POLITIK

BELUM SELESAI

HIGH NOON

BERTERUSAN

KITA LIHAT

DAN NANTI
---------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan